‘Simpan’ Fibroid Sebesar 10 SM, Nora Danish Tangguh Hasrat Timang Anak Ketiga. Minta Netizen Doakan Kesihatannya!

Share

Sejak melahirkan anak keduanya, kelibat pelakon Nora Danish jarang dilihat aktif di media massa. Kesibukan menguruskan anak menyebabkan dia hanya aktif di media sosial. Walaupun usia perkahwinan Nora Danish dan Nedim baru menjangkau dua tahun, namun pelbagai rintangan dihadapi oleh pasangan ini.

Menurut Nora ketika kehamilan anak keduanya dia diberitahu doktor dirinya disahkan menghidap fibroid sebesar 10 sm. Ketika mengandungkan Neney di saat kandungan 8 bulan memang doktor memberitahu akan ada komplikasi sehingga boleh menyebabkan rahim dibuang jika perkara ini menjadi serius.

Namun segalanya adalah ketentuan Illahi apabila Nora selamat melahirkan Neney. Akan tetapi buat masa sekarang Nora belum berkesempatan untuk membuang ketumbuhan fibroid dalam perutnya.

Dek kerana jadual berlakon yang padat Nora berdoa terus dalam keadaan yang sihat dan insya-Allah dia akan membuang ketumbuhan ini.

Hasrat Menimang Anak Perempuan

Walaupun berhasrat untuk memiliki puteri dalam rumahtangga memang ada tetapi keadaan Nora ketika ini tidak mengizinkan untuk mengandung lagi. Justeru Nora meminta netizen mendoakan agar dirinya dalam keadaan yang sihat.

Dia dan suami yang akal menyambut ulang tahun kedua perkahwinannya tidak lama lagi, Nora akui mahligai yang dibina kali ini memberi sedikit ketenangan. Ini kerana dia dikurniakan suami yang cukup memahami dirinya. Nora turut merasakan diri sangat beruntung kerana pernah melalui episod duka dalam rumahtangga sebelum ini.

Isu Anak Tidak Pernah Membantutkan Rutin Harian

Pernah tular sebelum ini isu ramai yang mengatakan Neney anak kecil pasangan ini tidak comel. Akan tetapi situasi itu tidak pernah membantutkan Nora dan Nedim untuk muat naik gambar cahaya mata mereka Neyqal di laman sosial Instagram.

Bagi Nora dan suami biarlah apa pun pendapat netizen, janji mereka sekeluarga bahagia. Memang pada mulanya Nora agak terkesan dengan komen netizen, namun beruntung kerana suami sering menenangkan Nora.

Anak Lebih Mesra Dengan Bosned

Melihat entri di Instagram ramai pengikut Nora akui Neney lebih rapat dengan suaminya Bosned berbanding Nora.

“Salah tanggapan itu ya! gurau Nora. Ya memang betul Neney bila bersama Ned dia tampak lebih happy, lagipun Ned rajin muat turun momen bersama Neney di Instagram berbanding Nora. Tetapi kami sama-sama menghabiskan masa bersama Neney, kecuali Nora ada kerja, Ned suami yang bertanggungjawab menjaga Neney, Alhamdulilah!”

Bersyukur dikurniakan pasangan yang cukup memahami Nora.

Perjalanan dua tahun bersama Bosned, Nora bersyukur temui pasangan yang betul-betul memahami. Nora berlajar dari pengalaman dalam dua tahun ini memang banyak dugaan dengan suami yang sentiasa memahami dan memberi semangat selalu. Ned banyak buat kejutan yang manis dan tidak di jangka.

Tiga hero kesayangan Nora dan Nedim.

Pelakon kecil molek ini ditemui ketika majlis pelancaran HIjab Jovian x Oh Most Wanted pada 23 Mac baru-baru ini.

Published by
SH