Simpan Duit Ikut Tarikh Hari Bulan, Ini Cara Menabung Paling Berkesan Untuk Yang Boros Berbelanja

Share

Amalan menabung perlu diterapkan dalam minda masyarakat yang masih kurang melaksanakan perancangan kewangan dengan baik. Mungkin bagi sesetengah orang agak sukar menabung kerana terlalu boros berbelanja.

Walau bagaimanapun amalan menabung ini amat penting kerana ia menjadi jaminan untuk masa depan. Kesedaran untuk menambung perlu ditanam dalam diri sejak masih kecil lagi.

CARA MENABUNG ORANG BOROS 

Cara menabung yang dikongsikan wanita ini paling mmudah untuk dilakukan. Anda hanya perlu menyimpan wang mengikut tarikh hari bulan.

Menyimpan ikut tarikh hari bulan
1 hb RM1
2 hb RM2
3 hb RM3
4 hb RM4 dan begitulah seterusnya sampai hujung bulan
30 hb RM30
31 hb RM31

Dan ulang teknik yang sama untuk bulan-bulan seterusnya. Yang penting ikut tarikh hari bulan. Jadi kalau genap 12 bulan= setahun, kita akan dapat jumlah terkumpul RM5767.00

Ini cara paling menarik yang semua orang boleh buat. Cara ini sangat berkesan pada orang yang boros berbelanja.

Jumlah untuk setahun.

Boleh pakai cara ini bagi:

1. Anda yang mahu deposit kereta atau beli barang kesukaan diri.
2. Anda yang mahu berkahwin (boleh tambah untuk majlis atau wang hantaran)
3. Anda yang mahu lengkapkan barangan dapur, rumah dan sebagainya.
4. Anda yang mahu ubahsuai rumah, keperluan keluarga dan lain-lain.

Contoh jadual menabung untuk setahun.

Ini tabung untuk memberi ganjaran kepada diri. Jadi pakailah untuk apa yang dihajati. Paling penting sekali, bulan-bulan jangan lupa bagi mak ayah duit belanja. Jangan lupa bersedekah dengan adik beradik dan keluarga. Jangan lupa untuk sentiasa bersyukur dengan segala rezeki yang Allah bagi walaupun sekecil-kecil nilainya.

Boleh juga beli barang yang selama ini diidamkan.

Semoga kalian berjaya menyimpan untuk tahun 2021. Jom menabung!

HIJABISTA: Amat penting untuk kita menabung kerana ia sebagai bekalan masa hadapan. Jangan boros ketika berbelanja sebaliknya beli hanya yang perlu sahaja. 

Sumber kredit: Anaa Sofiaana

Published by
Norhasliza