Siku dan lutut merupakan bahagian tubuh badan yang mudah kering. Terutamanya bagi anda yang bekerja di ruangan berhawa dingin atau ketika cuaca panas tidak menentu seperti El Nino yang sedang melanda negara ketika ini. Hingga mengakibatkan kulit mengalami dehidrasi.

Malah, siku dan lutut antara anggota yang paling cepat terkesan. Siku dan lutut yang kering akan mengalami kulit pecah serta menimbulkan rasa perit. Mesti hijabi pun pernah ada pengalaman seperti ini kan? Oleh itu, Hijabista mahu berkongsi beberapa tips yang boleh diaplikasikan untuk merawat siku dan lutut yang kering!

1. Aplikasikan Vaseline Pada Siku & Lutut

Siku, Lutut ‘Kerepot’ Dan Buruk! 4 Cara Ini Bantu Hijabi Pulihkannya

Pertama sekali, untuk merawat masalah kulit bahagian siku dan lutut yang pecah. Hijabi boleh memanfaatkan petroleum jelly  atau Vaseline yang banyak dijual di pasaran. Ini kerana, petroleum jelly ini mampu merawat siku dan lutut dari rasa kering, sekaligus menjadi lembab dan lembut. Ini merupakan cara lama yang biasa dipakai oleh orang-orang terdahulu. Petua orang lama gittew!

Anda hanya perlu sapukan petroleum jelly pada siku dan lutut yang kering sebelum tidur. Kemudian balut bahagian siku dan lutut menggunakan kain suam. Kerana ini dapat melindungi bahagian siku dan lutut dengan baik semasa anda tidur. Dalam masa sama ia akan mengembalikan lembapan kulit pada bahagian yang kering itu.

Rutin melakukan perawatan seperti ini dapat membantu menjaga kelembapan kulit. Namun perlu diingat, petroleum jelly boleh menyumbat liang pori dan memberi iritasi terhadap individu yang mempunyai gangguan kulit seperti psoriasis dan sebagainya.

Ads

Artikel berkaitan: Sering Mengalami Siku Kering? Ini Cara Mengatasi Siku Yang Kering Dengan Mudah! 

2. Gosokkan Kulit Pisang Pada Siku & Lutut

Siku, Lutut ‘Kerepot’ Dan Buruk! 4 Cara Ini Bantu Hijabi Pulihkannya

Beberapa pakar menyarankan untuk menggosokkan kulit pisang pada kulit siku dan lutut yang kering. Ini kerana menerusi hasil kajian saintifik dari Journal of Pharmacognosy and Phytochemistry, pisang merupakan buah yang kaya kandungan vitamin C, dan kulitnya telah tebukti secara klinikal mengandungi kebaikan anti-kulat dan antibiotik. Hijabi hanya perlu gosokkan kulit pisang dengan gerakan mengikut arus kulit untuk mengurangi rasa kering pada siku dan lutut.

Ads

3. Gantikan Losyen Dengan ‘Emollient Cream’

Siku, Lutut ‘Kerepot’ Dan Buruk! 4 Cara Ini Bantu Hijabi Pulihkannya

Body butter dah tak berfungsi untuk mengubati rasa kering pada siku dan lutut? Cuba hijabi gantikan dengan emollient cream. Kerana, Emollient merupakan jenis pelembap yang sering digunakan untuk menjaga hidrasi kulit dan memberikan skin barrier (lapisan pelindung) yang baik pada kulit.

Selain itu, emollient juga membantu mengurankan trans-epidermal water loss (kehilangan air trans-epidermal) sehingga membantu kulit terlihat dan terasa lebih halus. Jika hijabi ingin membeli emollient cream, pilih produk yang mengandung sunflower seed oil (minyak biji bunga matahari), soy sterol, lanolin, atau glycerol stearate.

Ads

Itulah cara merawat siku dan lutut yang kering. Malah, boleh juga diaplikasikan pada bahagian tubuh yang lain, seperti tumit yang cenderung mengalami kering dan pecah-pecah. Lakukan beberapa tips di atas untuk dapat mengatasi dan merawat kulit kering, selamat mencuba!

Artikel berkaitan: Rupanya Kawasan Lutut Dan Siku Gelap Macam Berdaki Boleh Hilang Dengan Guna Bahan Di Rumah Jer!

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI