Namanya pernah berada di kemuncak industri seni suara tanah air, apabila single berjudul ‘Cinta Muka Buku’ meledak hingga menjadi siulan ramai satu ketika dahulu. Malah, mungkin ada dikalangan pembaca HIJABISTA hari ini yang masih lagi memuja figura yang juga komposer lagu yang satu ini.
Namun, tuah ayam nampak di taji, tuah manusia siapa yang tahu apabila seawal usia 29 tahun gadis kelahiran Batu Pahat, Johor ini akhirnya melebarkan sayap dan terbang begitu tinggi dalam dunia Pendidikan.
Dulu Penyanyi, Kini Najwa Latif Pensyarah Universiti!
Memetik laporan akhbar tempatan, Najwa atau nama sebenarnya Imratul Najwa Abdul Latif kini merupakan salah seorang tenaga pengajar di salah sebuah Universiti tempatan terkemuka di Dengkil.
Bagaimanapun, Najwa memaklumkan bahawa sepanjang menjadi tenaga pengajar di peringkat Universiti, belum ada pelajar yang pernah bertanya tentang sisi peribadinya sebagai seorang artis yang membawa jenama Najwa Latif.
Tambahnya lagi, dia enggan mencampuradukkan kerjaya sebagai seorang anak seni dan pendidik, justeru Najwa memilih untuk bersikap profesional sepanjang bergelar pendidik kepada anak bangsa.
“Saya tidak pasti sama ada mereka kenal saya atau tidak. Dalam kelas pun saya kenalkan diri sebagai Miss Najwa. Muka mereka nampak biasa sahaja.
“Tapi saya profesional sahaja, sebab baru masuk,” selorohnya.
Menerusi perkembangan sama, suri hati kepada komposer Akwa Ariffin itu juga mengesahkan bahawa sejak Oktober tahun lalu, dia merupakan salah seorang pensyarah bagi program Teaching of English as a Second Language (TESL) yang berkhidmat di Pusat Asasi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dengkil.
Ads
Najwa Latif Tak Marah, Cuma Akui Sedikit Terkejut
Ketika ditanya tentang respon yang diterima sebaik mengetahui berita dirinya kembali menjadi tenaga pengajar tular, Najwa berkata beliau tidak merasa marah, hanya sedikit terkejut.
“Saya tidak tahu bagaimana orang boleh jumpa maklumat saya kembali bergelar pensyarah. Saya terkejut sahaja, tapi tidak marah, kerana apa yang tular itu memang sudah tertera di dalam portal.
Ads
“Sekarang saya mengajar di UITM tapi masih terlalu awal untuk ceritakan pengalaman susah senang. Baru jumpa pelajar sebulan, mereka terus duduki peperiksaan dan cuti.
Untuk recap, Najwa Latif adalah graduan ijazah Sarjana Muda Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) daripada Universiti Antarabangsa Unitar dan turut memiliki sarjana dalam bidang sama dari Universiti Malaya.
Kini beliau sedang melanjutkan pengajian di peringkat doktor falsafah (PhD) TESL di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Najwa yang sebelum ini pensyarah di UNITAR telah melangsungkan perkahwinan dengan rapper dan komposer Akwa Arifin pada 11 November 2022.
Bagaimanapun, setelah dua tahun melayari bahtera rumah tangga Najwa sempat disahkan hamil sebelum mengalami keguguran cahaya mata sulung pada Disember lalu. HIJABISTA mendoakan agar suatu hari nanti rezeki menjadi seorang ibu bapa berpihak pada Najwa dan suami.
Dewasa ini ramai di kalangan hijabi yang suka memakai pendakap gigi atau braces dengan tujuan untuk mencantikkan susunan gigi. Ia sudah jadi satu trend terutama bagi golongan muda dengan memilih pelbagai warna menarik bagi braces ini.
Namun begitu, harganya yang mahal menyebabkan ramai yang tidak mampu memakai yang original, sebaliknya memilih pendakap gigi palsu yang jauh lebih murah. Oleh kerana harganya murah, pendakap gigi palsu ini ada kesan buruk yang ramai tak tahu.
Perkongsian gadis ini yang bekerja di sebuah klinik gigi pernah mendedahkan cara bagaimana untuk mengesan braces palsu yang semakin berleluasa ini. PostingAyu di twitter milikinya bercerita keburukan menggunakan pendakap gigi palsu ini.
Ada pesakit nak review braces, ingat Ori tapi rupanya Fake.
Bila ditanya buat kat butik, harganya tak sampai RM1 ribu.
Kalau nak tahu fake braces, harga deposit bermula dari RM400 – RM800 yang berlokasi di butik, hotel atau dalam kereta.
Bracket pun dipasang terbalik.
Gam pula pakai gam biasa macam gam gajah yang katanya terbaik.
Ini beza wire braces ori atau tidak.
Kesannya gigi tak akan jadi cantik, malah burukkan lagi gigi.
Pesannya kalau nak pakai braces, pergi ke klinik gigi yang betul atau untuk budak sekolah register dengan hospital kerajaan. Kalau pakai fake takut kesannya terus hilang gigi.
Kalau sayang gigi jangan gatal-gatal pakai yang fake.
Tunggu dua tiga tahun kalau nak tahu kesan braces fake ini. Silap-silap kena pakai gigi palsu nanti.
Bukan doktor gigi tapi bekerja sebgai nurse di klinik gigi yang betul.
Kos sebenar untuk pasang braces ini boleh mencecah sehingga RM4,500.
Kalau di hospital kerajaan, pelajar sekolah kos sekitar RM500 saja.
Deposit pula sekitar RM1,500 dan harga penuh tak pernah ada harga bawah RM3 ribu atau RM2 ribu.
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Siapa tidak kenal selebriti Rozita Che Wan atau lebih dikenali dengan panggilan Che Ta. Anak jati kelahiran Kedah itu dilihat sering menggunakan ‘populariti’ yang dimilikinya untuk memberi impak positif kepada orang sekeliling.
Malah, sejak memutuskan untuk bertudung, penampilan isteri kepasa aktor Zain Saidin ini sering menjadi inspirasi kepada wanita berhijab diluar sana.
Memetik laporan HIJABISTA ketika menemui figura berkenaan, Che Ta menegaskan tidak sukar untuk seseorang berubah ke arah yang lebih baik, namun perlu bijak mengutip dan menambah ilmu di dada serta sentiasa memperbaiki diri sendiri.
Banyak Cara Mudah Nak Belajar Agama Sekarang Ini – Che Ta
“Sekarang nak belajar agama banyak cara yang mudah. Follow je ustaz yang boleh kita yakini dan kenal pasti ilmu agamanya. Dari situ kita akan lebih mempelajari ilmu agama secara mendalam dengan mereka ini.
“Macam sekarang saya akui ada follow mereka yang tidak bertudung. Tetapi bila kita like dan share orang tak pakai tudung, selama mana kita kongsi gambar itu kita akan tanggung dosa. Oleh sebab itu saya dah jarang like atau share gambar mereka yang tak berhijab,” ujarnya.
“Ia sebenarnya haram. Selama mana kita letak di Instagram kita, selama itulah kita kena tanggung dosa sebab kita menyebarkan gambar mereka yang tidak menutup aurat.
“Tambahan pula, sejak mengetahui perbuatan itu salah, saya terus berhenti berbuat demikian.
“Saya tak nak bila kita ada follower yang banyak di Instagram, tetapi tak kongsi benda yang bagus dan bermanfaat untuk orang lain,” katanya lagi.
“Malah kalau ada yang DM tanya berapa harga untuk review barang, saya bagi tahu balik kalau ada produk bagi je dan tidak akan kenakan sebarang caj. Kebanyakan mereka tidak ada bajet dan saya akan review produk mereka.
“Bukan maksudnya wajib promote, tapi bagi saya itu seperti tanggung jawab. Apa gunanya ada follower yang banyak tetapi tidak gunakan untuk menolong orang lain,” jelasnya lagi yang mempunyai follower seramai 5.1 juta di laman Instagram.
Memang tidak dinafikan wanita pada hari ini lebih berdikari dan ‘berani’ lagi-lagi di zaman serba moden ini. Namun wanita yang bergelar isteri walau bagaimana hebat dan berjaya pun suami adalah paling utama dan syurga kita.
Mari membaca coretan buat peringatan bersama yang dikongsikan oleh Fauziah Hashim ini tentang dugaan dan kealpaan seorang isteri.
1. Banyakkan Bersabar
“ Jadi seorang isteri, hal yang amat kritikal bagi kita ialah suami. Kita – makhluk Allah yang sarat dengan emosi dan kadang terlalu menuruti kata hati, lalu memang satu hal yang menakutkan kalau ada kata-kata dan tindak tanduk kita yang melukai hati suami – sengaja atau tidak sengaja.
Rasulullah S.A.W sebut dengan jelas tentang perangai orang perempuan – saat berdepan dengan satu saja pun keburukan suami, si isteri boleh lupa dengan kebaikan suaminya yang lain. Perangai inilah yang paling banyak menjerumuskan perempuan ke neraka. Allah. betapa ngerinya!
2. Banyakkan Meminta Maaf
Jadi seorang isteri, banyak-banyakkanlah minta maaf dari suami. Mungkin ada terkurang layanan kita, terkasar bahasa kita, terlajak berprasangka, tercerita tentang aibnya pada sesiapa.
Allah ya Allah, rendahkan hati kita untuk merayu kemaafan darinya. Jangan kita hanya nampak kelemahan dia tapi kita lupa kelemahan kita. Jangan kita sibuk besar-besarkan kesilapannya tapi kita pandang kecil kesilapan kita.
3. Pandang Muka Suami Dengan Kasih Sayang
Pandang muka suami kita, siapa pun dia, itulah yang Allah dah pilihkan sebagai jodoh kita. Itulah lorong nikmat, itulah juga lorong ujian Allah buat kita. Semua buruk baik dia boleh jadi asbab kebaikan untuk kita. Mungkin untuk tundukkan ego kita. Mungkin untuk Allah beri pahala melalui sabar kita. Mungkin untuk latih kita berdikari dan keluarkan potensi diri. Ada sebabnya. Pasti ada sebabnya!
4. Banyakkan Berdoa
Minta Allah jaga rumah tangga kita. Kalau ada hal tentangnya yang kita tidak suka, banyakkan berdoa pada Allah. Kita tidak boleh ubah suami kita, tapi Allah boleh. Minta dari Allah. Jaga hubungan kita dengan Allah agar mudah kita minta Allah jaga rumah tangga kita.
Masya-Allah, indahnya kesudahan hidup seorang isteri andai dia mati dalam keadaan mendapat redha seorang suami. Indahnya janji Allah bahawa isteri yang diredhai suaminya boleh masuk syurga dari mana-mana pintu yang disukainya. Indah sangat, kawan-kawan! Tidak teringin ke kita untuk mendapatkannya?
5. Perbetulkan Niat
Hari ini, ayuh simpan niat untuk jadi isteri yang lebih baik daripada semalam. Simpan hasrat untuk cuba dan kemudian cuba. Allah pandang usaha kita. Allah pasti beri ganjaran walau pun pada sekecil-kecil usaha kita. Inshaa-Allah.
Ayuh tutup aurat kita serapat mungkin agar kita bakal menjadi ketua bidadari untuk suami kita di syurga kelak. Lindungi walau sehelai rambut. Litupi walau hanya tapak kaki yang kita rasa hanya berada di bawah tapi ia yang bakal menentukan ke syurga kah kita.
Ya Allah,
Jadikanlah isteri yang membaca ingatan ini sebagai isteri menyejukkan hati suami mereka ya Allah. Aamiin. ‘
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Mengejar definisi kesempurnaan barangkali sudah menjadi gaya hidup manusia pada hari ini untuk mendapat sebakul pujian juga untuk mengaut bilangan pengikut yang ramai. Adakah ia relevan sehingga ada yang sanggup mengambil risiko untuk kekal sempurna di laman sosial?