Manfaat lada hitam untuk kecantikan dipengaruhi oleh kandungannya yang kaya dengan antioksidan. Di samping itu juga kandungan antioksidan yang terkandung dalam lada hitam dapat menyokong kesihatan tubuh, termasuk kulit dan rambut yang sihat.
Selain itu, lada hitam juga mengandungi pelbagai nutrien lain seperti karotena dan vitamin K, dan banyak lagi. Ia mampu mengurangkan tanda-tanda penuaan pramatang. Kedutan, garis-garis halus, dan bintik-bintik gelap adalah tanda penuaan pramatang yang disebabkan oleh radikal bebas dan sinar UV.
Manfaat lada hitam untuk kecantikan boleh menjadi penjagaan harian. Penggunaan lada hitam untuk kecantikan kulit dapat dilakukan bukan hanya dengan menerapkannya pada wajah, tetapi juga dengan memakannya sebagai tambahan untuk memasak.
Digelar sebagai raja kepada rempah ratus maka sebab itulah setiap makanan di Eropah mengandungi lada hitam. Banyak khasiat tersembunyi dari uniknya lada hitam ini. Selain ia menambah rasa sedap, ia juga mempunyai manfaat untuk kesihatan dan juga kecantikan.
Berikut dikongsikan manfaat lada hitam untuk kesihatan dan juga kecantikan. Elok diamalkan dalam diet harian dan juga dijadikan sebagai salah satu rejim penjagaan kecantikan.
1. Bertindak sebagai anti radang dan menghilangkan inflamasi dinding dan saluran jantung. Ia juga mampu untuk melancarkan peredaran darah dan mencegah kolestrol daripada menyumbat saluran jantung.
2. Ia juga mampu memberi keseimbangan tubuh badan dan melancarkan peredaran darah.
Ia kaya dengan vitamin C dan mencegah tekanan darah daripada menjadi tinggi.
3. Hanya perlu mencampurkan lada hitam dengan kunyit, ia mampu mencegah tubuh badan daripada pertumbuh sel kanser.
4. Sakit perut seperti ketidakhadaman yang membawa kepada kembung, cirit birit dan keasidan tinggi dapat dicernakan melalui amalan memakan makanan bersama lada hitam. Pengambilan secara kerap akan merangsan deria rasa supaya menghantar isyarat ke perut dan tingkatkan pengeluaran asid hidroklorik.
Asid inilah yang akan menyelesaikan segala ketidakhadaman dalam perut.
5. Lada hitam juga menambah kesihatan pada kulit kepala hingga kelemumur pun dapat dikurangkan dan rambut bolehlah ‘flip flip’ macam iklan syampu.
6. Lada hitam juga mampu mengurangkan selesema dan batuk. Hanya taburkan lada hitam pada sup panas kemudian tiup dan hirup perlahan-lahan.
7. Sakit gigi juga mampu reda sedikit dengan cara mencampurkan 3 sudu teh serbuk lada hitam dengan secubit garam. Tambah sedikit air untuk dijadikan pes. Kemudian sapukan pes lada hitam di tempat gigi yang sakit.
8. Lada hitam juga mampu menjadi anti-depresi secara semulajadi. Ia berupaya mengembalikan mood dan buat diri gembira tiap hari.
9. Secara naturalnya ia mengandungi ciri anti biotik melalui kandungan vitamin C. Ia berfungsi untuk tingkatkan imunisasi badan.
10. Ini yang paling wanita suka. Makan lada hitam boleh membuatkan badan berpeluh. Maka toksin akan bebas daripada kulit. Jadi masalah jerawat dapat dikurangkan dan kulit akan jadi semakin licin.
HIJABISTA: Lada hitam juga amat membantu untuk mencegah jerawat. Gunakan lada hitam yang dicampur dengan yogurt sebagai masker wajah. Biarkan selama 20 minit kemudian bilas dengan air hingga bersih.
Sumber kredit: Suzy Honey Top image: Photo by Anas Alhajj on Unsplash Photo by Yehor Milohrodskyi on Unsplash