Untung Sangat Dapat Jodoh Anak Sulung! Ini Sifat Anak Sulung Yang Anda Wajib Tahu!

Share

Setiap anda yang dilahirkan ke dunia mempunyai personaliti tersendiri dan personaliti anak sulung hingga ke bongsu berbeza-beza. Namun tahukah anda, menurut kajian pakar, personaliti seorang anak juga boleh dipengaruhi oleh kedudukannya dalam keluarga.

Hijabista ingin kongsikan 15 fakta anak sulung yang mungkin ada yang tidak perasan. Semoga bermanfaat pada anda semua!

Contohnya anak sulung, kebanyakan mereka mempunyai personaliti dan ciri yang hampir sama. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan fakta anak sulung yang anda wajib tahu.

1. Garang dan tegas

Selaku anak pertama yang bertanggung jawab ke atas adik-adik dan membantu ibu dalam menguruskan urusan rumah, kebiasaannya anak sulung mempunyai sifat yang garang dan tegas. Nama pun Along, sebagai anak yang paling tua, anak sulung terpaksa bersifat garang dan tegas ke atas adik-adik, dan sifat ini akan terus melekat dalam diri dan terbawa-bawa sehingga ke dalam rumah tangga dan ke tempat kerja.

Namun jangan pula anda pandang serong kepada anak sulung. Mereka mungkin nampak garang dan tegas, namun hatinya baik dan lembut. Bak kata orang, dalam hati ada taman. Mereka garang dan tegas kerana sayangkan adik-adik dan mahu mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh ibu. Ini adalah sesuatu yang baik, kan?

2. Karakter yang dominan dalam hubungan, pergaulan, dan di tempat kerja

Apabila dah terbiasa menjadi ketua yang menjaga adik-adik di rumah, secara tak langsung sifat dominan akan muncul dalam diri anak sulung, dan seperti sifat tegas dan garang, sifat dominan juga akan terus melekat di dalam dirinya dan terbawa-bawa ke dalam hubungan, pergaulan, dan di tempat kerja.

Sesetengah orang akan menganggap bahawa sifat dominan anak sulung kurang menyenangkan, namun percayalah ianya bukan sesuatu yang dibuat-buat atau disengajakan. Jika anda kurang selesa dengan sifat dominan mereka, apa kata anda luahkan perasaan dan minta supaya ianya dikurangkan.

3. Lebih matang daripada usia

Inilah keistimewaan anak sulung, umum mengetahui bahawa anak sulung menggalas tanggung jawab yang besar di rumah. Menjaga adik-adik, membantu ibu membuat kerja rumah, dan banyak mengalah demi adik-adik. Sedikit sebanyak, tanggung jawab tersebut membuatkan anak sulung menjadi seorang yang sangat matang, malah lebih matang daripada rakan sebaya yang lain.

4. Penyayang

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa anak sulung merupakan seorang yang sangat penyayang. Apa tidaknya, sejak kecil lagi anak sulung terpaksa membantu menjaga adik-adik dan sentiasa mengalah demi adik-adik. Sifat penyayang dalam diri anak sulung telah dipupuk sejak mereka kecil lagi. Untung sangat kalau anda berpasangan dengan anak sulung.

5. Mudah memaafkan

Fakta anak sulung yang seterusnya ialah mereka sangat mudah memaafkan kerana hati mereka sangat lembut. Anak sulung mungkin kelihatan garang, tegas, dan dominan namun jika anda mengenali mereka dengan lebih dekat, anda akan menyedari bahawa mereka mempunyai hati emas yang mudah memaafkan orang lain.

6. Tidak kedekut dan tidak berkira

Sejak kecil, anak sulung telah biasa mengalah dengan adik-adik yang lain. Anak sulung akan berkongsi segalanya dengan adik-adik, dan mengorbankan perasaan sendiri. Sifat ini membentuk diri mereka. Jarang sekali anda akan berjumpa dengan anak sulung yang kedekut dan berkira.

7. Hatinya lembut

Anak sulung, nampak sahaja garang dan tegas tapi hatinya sangat lembut dan mudah tersentuh. Mereka jenis mudah mengeluarkan air mata. Orang kata, hati tisu.

8. Suka memendam perasaan

Fakta anak sulung yang seterusnya ialah anak sulung suka memendam perasaan dan sukar untuk berkongsi perasaan dengan orang lain. Sifat ini mungkin timbul akibat anak sulung yang terpaksa berkorban perasaan demi adik-adik sejak mereka kecil. Itulah di antara pengorbanan paling besar seorang anak sulung.
Dan sifat tersebut akan terus kekal dalam diri mereka sehingga berpasangan dan berumah tangga. Oleh itu, kalau anda berpasangan dengan anak sulung, kalau nampak macam ada yang tak kena dengan mereka, ringan-ringankanlah mulut untuk bertanya jika mereka ada masalah atau perkara yang ingin dikongsikan.

9. Penyayang

Anak sulung sememangnya seorang yang penyayang, tak kira lelaki atau perempuan. Apa tidaknya, sejak kecil lagi mereka dah biasa menjaga adik yang masih kecil, malahan ada yang terpaksa menggantikan tempat ibu yang bekerja. Sifat penyayang anak sulung telah digilap sejak mereka kecil lagi.

10. Mudah mesra

Selain penyayang, anak sulung juga mudah mesra terutamanya apabila bertemu orang yang baru. Mereka sangat mudah bergaul dan menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.

11. Ceria

Fakta anak sulung yang seterusnya ialah anak sulung kebiasaannya seorang yang ceria dan happy go lucky. Kenapa ye? Mungkin kerana sejak kecil mereka dah biasa menghiburkan dan membahagiakan adik-adik, makananya sifat tersebut terus kekal dalam diri mereka.

12. Sensitif

Percayalah, anak sulung nampak saja garang dan tegas namun hatinya agak sensitif. Menurut kajian, sifat sensitif dalam diri anak sulung berkemungkinan berpunca daripada keadaan yang memaksa mereka untuk mengalah sejak kecil. Jika terpaksa mengalah sejak kecil, dan ditambah pula dengan kekurangan perhatian dan kasih sayang kerana ibu bapa terpaksa memberi perhatian kepada adik-adik yang lebih kecil, akan timbul perasaan mudah terusik.

13. Romantik

Anak sulung bukan sahaja seorang yang penyayang malah mereka juga sangat romantik. Untunglah siapa yang dapat anak sulung.

14. Rajin

Mahunya tak rajin? Sejak kecil lagi anak sulung dah biasa tolong ibunya menjaga adik-adik dan membuat kerja rumah.

15. Mudah dikejutkan dari tidur

Fakta yang terakhir ni dengar macam kelakar, tapi ianya merupakan salah satu daripada kelebihan yang ada pada anak sulung. Tak payah anda bertempik sampai bergegar satu rumah. Kejut sikit je mereka akan terjaga.

Kebarangkalian fakta di atas ada kena mengena dengan sifat anda akan tetapi mungkin tiada. Jangan terlalu menganggap fakta ini seratus peratus ada pada anda, sekiranya tiada apa pun sifat anda kekalkan positif vibes di sekitar anda.

SUMBER: Bidadari

Published by
SH