Kecantikan

Sibuk Kerja Sampai Tiada Masa Untuk Jaga Kulit? Lakukan Di Rumah Sahaja Dengan 5 Petua Ini!

Share

Jika mahu kulit sentiasa cantik dan menawan, rajin-rajinlah pergi ke spa! Tetapi mengikut dari keadaan hari ini, walaupun keadaan sudah kembali normal seperti sediakala selepas Covid-19 melanda dunia, namun masih ramai diantara kita yang was-was untuk keluar dari rumah dan melakukan aktiviti harian. Ini membantutkan niat untuk pergi ke spa bagi mencantikan tubuh badan. 

Bukan itu sahaja malah, kesibukan kerja menyebabkan kita terlupa akan kesihatan dan kecantikkan diri sendiri. Tidak lupa juga dengan kos kehidupan yang semakin meningkat, sudah pasti sesi spa, manicure, pedicure, dan juga facial tidak akan menjadi prioriti utama.

Sumber gambar: Angela

Kali ini, team Hijabista akan kongsikan rahsia kecantikkan yang bukan sahaja akan memberi hasil yang amazing tetapi pada masa yang sama juga dapat menjimatkan wang dan masa!

1. Skrub Badan

Sumber gambar: Greta

Skrub badan memberi banyak kebaikan kepada kulit anda! Apa kata anda cuba cara rahsia ini. Trick ini adalah benda yang sama digunakan di kebanyakkan spa terkemuka, cuma yang membezakannya adalah suasana tempat itu dan cara urutan mereka. Antara bahan yang diperlukan untuk mengembalikan kulit halus itu adalah:

  • ½ cawan gula perang
  • ¼ cawan minyak zaiton
  • 4 sudu besar madu
  • 2 sudu besar serbuk kulit kayu manis

Campurkan kesemua bahan itu dan lumurkan ke seluruh badan, biarkan ia kering dan sambil itu, bolehlah anda urut bahan tersebut perlahan-lahan di permukaan kulit.

2. Hilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata

Sumber gambar: H2 Clinic

Bagi anda yang sellau sibuk dengan urusan kerja dan berjaga lewat malam, pastinya masalah panda eyes menjadi signature look bagi anda. Oleh itu, jadikan remedi ini sebagai tabiat dan kamu akan mendapat wajah yang lebih segar before you even know it!

Anda hanya perlukan:

  • Segengam daun pudina

Tumbukkan daun pudina itu sehingga hancur dan tekapkan pada bawah mata kamu 20 minit pada setiap hari. Kemudian, bilas sehingga bersih. Lakukan dengan kerap untuk hasil yang terbaik!

3. Masker Rambut

Sumber gambar: ptankilevitch

Tak perlu bazir duit pergi ke salon! Satu sesi terapi rambut di salon boleh mencecah ratusan ringgit. Apa kata anda cuba resepi ini dan lakukannya sendiri di rumah. Ia bukan sahaja akan melembutkan rambut tetapi pada masa yang sama menguatkan dan memberikan sinar semulajadi. Bahan yang diperlukan adalah:

  • 2 biji telur
  • 5 sudu besar minyak zaitun
  • Beberapa titik minyak Lavender

Adun kesemua bahan tersebut sehingga kamu mencapai konsistensi seperti mayonis, kemudian lumurkan ke seluruh rambut dari akar hingga hujung. Balut dan biarkannya selama 40 minit kemudian cuci sehingga bersih. Ulang terapi ini setiap minggu dan anda akan mendapatkan keputusan yang sangat mengagumkan. Mudah dan menjimatkan kos!

4. Memutihkan kulit

Sumber gambar: Rambynicole

Pertamanya tak perlu berhabisan duit untuk ke spa! Seterusnya tak perlu membazir masa untuk mencari produk terbaik untuk memutihkan kulit. Hanya dengan menggunakan madu sahaja, kulit boleh menjadi putih kerana ia terkenal dengan bahan semula jadi yang mempunyai kandungan antioksidan tinggi. Kandungan ini sangat bermanfaat untuk mengawal radikal bebas yang banyak terdapat pada persekitaran. Cara untuk membuat masker madu adalah:

  • Sapu rata madu pada kulit yang baru sahaja dibasuh dan dikeringkan.
  • Biarkan selama 15 – 20 minit. Kemudian bersihkan dengan menggunakan kain dan air suam.
  • Terakhir, basuh dengan air dingin untuk menutup pori-pori kulit.

5. Melembapkan kulit

Sumber gambar: Shiny Diamond

Pastikan selepas mandi, anda menyapu minyak terlebih dahulu sebelum menyapu losen. Mungkin ada yang tidak selesa bila mendengar perkataan minyak. Namun, minyak tubuh badan dan minyak muka tidaklah memiliki formula yang tidak menyenangkan. Teksturnya lebih ringan diibaratkan seperti anda tidak menyapu apa-apa pada kulit tubuh. Sapukan minyak ini untuk perlindungan yang lebih pada kulit tubuh badan anda!

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

Published by
Putra