Tiada siapa yang dapat membayangkan keadaan sebenar di akhirat kelak. Pastinya yang kita harapkan adalah amalan timbangan kita melayakkan kita ke syurga Firdaus. Keadaan pada hari itu sangat dahsyat kerana semuanya hanya akan mementingkan diri sendiri dan tidak akan peduli mengenai orang lain.
Pada hari itu, kita hanya akan sibuk memikirkan timbangan amalan kita sahaja. Menulis di twitter, @sofi_zai telah berkongsikan intipati yang diterimanya daripada Ustaz Tengku Hannan Attaki mengenai lelaki yang paling sibuk di akhirat kelak.
Masing-masing menghitung dosa sendiri.
kredit: twitter @sofi_zai
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bermula Hanya Di Car Boot ‘Sales’, Kini Kak Nab Menjadi Inspirasi Ramai!
Bukan mudah untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. Nabilah Bahrin atau lebih dikenali sebagai Kak Nab telah berkongsi mengenai pengalaman suka dukanya yang bermula dengan hanya menjual barangan melalui ‘car boot sales’
Pasti anda familiar dengan figura seorang ini yang sering tular dengan video makeup di laman media sosial iaitu ‘Mudahnya makeup-by kaknab’. Bukan sahaja video makeup, kini dia juga sering tular di TikTok dengan video-video makanan. Kak Nab juga sering menjadi kegemaran ramai dan terkenal dengan celotehnya (‘beletiaq’) dalam loghat utara. Suka betul dengar!
@nabilahbahrin_ Kaknab layan ikan pulak harini .. nyumss #makanlokal #fypage #fyp #kaknab #kaknabmakan #kedahfoodie ♬ original sound – nabilahbahrin_
Berusia 31 tahun, Siti Nabilah Dol Bahrin atau Kak Nab ini telah memiliki empayar sendiri dalam bidang kosmetik iaitu Averly Cosmetics dan juga butik pakaian iaitu Nabella Butik. Mari dalami kisah usahawan ini dengan lebih lanjut!
Mula berniaga lapan tahun lepas
Memetik perkongsiannya bersama Nona, usahawan wanita ini mendedahkan bahawa dia mula berniaga kira-kira lapan tahun lepas.
“Terdetiknya mahu berniaga sekitar tahun 2014. Dengan hanya berbekalkan modal RM500 dari kawan lelaki yang sekarang dah jadi suami, saya gigih jual tudung dekat Pasar Tani, Pasar Malam termasuk Car Boot Sale.”
“Sebelum ini saya pernah bekerja di sektor perbankan. Pagi kerja di bank, sebelah malam pula saya berniaga di pasar. Memang letih tapi puas. Alhamdulillah, saya sentiasa dapat sokongan daripada keluarga dan kawan-kawan.” ujar usahawan wanita ini.
Artikel berkaitan: Bukan Mudah Keluarkan Produk Kecantikan Lokal, Hijabi Ini Imbas Setahun Perjalanan Bergelar Usahawan
Belajar erti hidup susah
Kak Nab juga telah meluahkan rasa syukur kerana melalui perniagaan ini dia belajar erti hidup susah.
“Sejak zaman universiti lagi saya dah mula berniaga kecil-kecilan. Saya jual barang-barang terpakai kepunyaan sendiri secara Door to Door. Ketuk pintu rumah orang untuk menjual sebab kawasan tersebut jauh dari kedai dan supermarket.
“Sebenarnya sejak awal berniaga, untung yang saya dapat tak adalah banyak mana. Lebih kepada kepuasan dan bantu tampung perbelanjaan yang kurang.” tambahnya lagi.
Permulaan perniagaan
Kak Nab juga telah berkongsi mengenai keseronokan bekerja sendiri dan titik permulaan perniagaannya iaitu Nabella Butik.
“Seronoknya berniaga sebab kita boleh rancang masa sendiri, tambahan pula bila dah ada anak. Sebab itu jugalah saya berhenti kerja dan serius berniaga. Kira-kira dua tahun kumpul duit jualan tudung barulah saya mampu buka butik dengan kos RM15,000.”
Menurutnya, Nabella Butik ini pada awalnya berkonsepkan vendor, tapi bila dah ada modal lebih, dia mula membawa masuk barang sendiri seperti baju, tudung,
handbag, kasut dan macam-macam aksesori.
Setelah itu, apabila dia sudah dikenali dan mempunyai ramai pelanggan, dia cuba untuk mengembangkan perniagaannya dalam bidang kosmetik pula iaitu Averly Cosmetics. Produk kosmetiknya itu kini sudah pun memiliki empat produk iaitu Beauty Oil, Foundation, Krim Jerawat dan Magic Gloss.
Bangkit semua setelah ditipu
Bak kata pepatah ‘bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian’. Perjalanan untuk mencapai kejayaan ini bukannya sesuatu yang mudah dan pasti ada dugaan tersendiri. Buat usahawan ini, dia juga pernah mengalami kerugiaan sebanyak RM20,000 akibat ditipu.
“Untung hasil jualan di butik, saya labur RM20,000 beli kain untuk koleksi raya. Waktu itu saya ambil khidmat orang tengah. Bila dapat sample, kain memang cantik dan kualiti pun ok. Sebaik saja kain sampai, saya terus hantar jahit tanpa periksa keadaan kain.
“Tailor pula tak maklumkan apa-apa. Hampir tiga puluh peratus dah siap dan dihantar kepada saya untuk cuba..Rupanya, material kain tersebut mudah koyak dan pecah. Sudahnya, saya terpaksa juga bayar kos jahit dan buang semua kain sebab dah tak boleh pakai” ujarnya lagi.
Artikel berkaitan: Pak Cik Terkejut Dengar Graduan Ijazah Jual Takoyaki Sepenuh Masa, Ambil Pengalaman Itu Sebagai Pembakar Semangat
Walaupun pernah ditipu berpuluh ribu ringgit, ianya tidak mematahkan semangat usahawan ini untuk terus bangkit. Dengan hanya berbekalkan usaha dan bermula daripada bawah, kini sudah membuahkan hasil buat usahawan ini. Para hijabi boleh menjadikan kisah Kak Nab ini sebagai inspirasi dan pembakar semangat di masa hadapan.
Sumber info dan gambar: Nona dan nabilahbahrin_
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Industri Seni Kehilangan Sebutir Bintang, Syazlin Zainal Meninggal Pada Usia 26 Tahun
Pelakon serta pempengaruh, Syazlin Zainal, 26, telah meninggal dunia pada khamis lalu. Menurut laporan dari Harian Metro, difahamkan Allahyarhamah meninggal dunia di Johor namun punca kematiannya tidak dapat dikenalpasti lagi.
Berita sedih ini telah dikongsikan oleh salah seorang rakan Syazlin iaitu Zeatyalia menerusi InstaStory miliknya semalam. Ramai juga yang terkejut dengan permegian arwah kerana dia kelihatan sihat beberapa hari sebelumnya.
Selalu nampak ceria dan tersenyum manis
Namun, apa-apa kenyataan oleh Zeatyalia sendiri tidak dapat dimaklumkan dengan lebih lanjut tentang Syazlin. Katanya lagi, dia perlu menghormati privasi keluarga Allayarhamah tentang itu.
Artikel berkaitan: Allahu Sedihnya! Baru Nikah, Suami Pergi Buat Selamanya Sebelum Sempat Bersanding
“Tidak ada kenyataan lain yang akan dikongsikan. Saya perlu menghormati privasi keluarganya,
“Saya kehilangan rakan hari ini. Saya tidak tahu bagaimana untuk luahkan perasaan saya sekarang ini. Saya juga sedang memahami apa yang berlaku.” tulisnya di InstaStory.
Melalui hasil siasatan pihak polis, mereka mengesahkan kematian pelakon itu adalah kerana terjatuh dari tingkat 22 di sebuah pangsapuri di Taman Iskandar, Johor Bahru. Orang awam di sekitar kawasan itu menjumpai tubuhnya dan segera melaporkan kepada pihak polis.
Berita pemergian Syazlin membuatkan ramai pihak terkejut sehinggakan rakan-rakan serta peminat tidak menyangka pemergiannya itu. Ada salah sebuah akaun Instagram kelab peminat arwah juga memaklumkan akan memadam akaun tersebut.
Artikel berkaitan: “Semoga Mak Tenang Di ‘Sana’…” Pengsan Ketika Dialisis, Ibu Abby Abadi Meninggal Dunia
“Semoga segala urusan dipermudahkan dan mohon maaf atas segala kekurangan atau kekhilafan. Akaun ini akan ditutup.” tulis admin akaun tersebut.
Allayarhamah merupakan anak bongsu daripada lima adik-beradik dan dia merupakan anak perempuan tunggal dalam ahli keluarganya. Arwah pernah membintangi beberapa dram tempatan seperti ‘Oh My Hantaran’ dan juga pempengaruh terkenal.
Sumber: Harian Metro
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wajah BEBAS Kedut Milik Kris Dayanti Jadi Sorotan! Hanya Buat Satu Amalan, Peroleh Cantik & Pahala Sekaligus!
Menginjak usia 50 tahun, namun pesona diva kesayangan Indonesia, Krisdayanti masih kelihatan cantik dan anggun persis wanita muda. Siapa yang melihat pasti terpikat dengan kejelitaan isteri Raul Lemos ini.
Memiliki raut wajah sempurna, figura ini mempunyai nama besar dalam industri seni negara jiran dan turut terkenal di Malaysia. Tidak sekadar dikurniakan kelunakan suara dan rupa paras jelita, dia juga melakar kejayaan tersendiri apabila turut bergelar ahli politik di Indonesia.
Dua Orang Cucu Kris Dayanti Warisi Kecantikkan Aurelie Hermansyah!
Genap 48 tahun pada Mac lalu, penyanyi bersuara lunak yang mula melakar kerjaya bergelar anak seni sejak 30 tahun dahulu ini rupanya sudah memiliki dua orang cucu perempuan yang sangat comel mewarisi kecantikkan ibunya, Aurel Hermansyah.
Anak perempuan sulung Krisdayanti, Aurelie telah berkahwin dengan Atta Halilintar dan hasil perkongsian hidup mereka diserikan dengan kehadiran dua orang cahaya mata yang turut menceriakan hari-hari Kris Dayanti yang digelar Gemini (nenek).
Walau Kris Dayanti sibuk membela nasib masyarakat dan memartabatkan kaum wanita di sana namun minat Krisdayanti terhadap nyanyian masih menebal. Lebih istimewa, apabila dua anak perempuan mengikut jejak langkahnya sebagai penyanyi.
Rahsia Awet Muda Kris Dayanti
Walau sibuk dengan tugas harian, Kris tetap aktif mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersenam dan mempelajari seni mempertahankan diri Wushu. Serta melaksanakan derma darah setiap tiga kali dalam seminggu.
Ibu Aurel Hermansyah ini turut berkongsi tip awet muda, rupanya bukan kerana DNA Salmon. Bagaimanapun, penderma darah yang juga peneraju awet muda ialah empat anaknya. Bekas isteri Anang Hermansyah ini, sering menderma darah tiga kali seminggu.
Artikel berkaitan: Muka Copy Paste! Mahu Dipanggil Grandmi, Foto Kris Dayanti Bersama Cucu Curi Tumpuan Ramai
“Satu hal yang menjadi resepi tampak muda, salah satunya adalah derma darah,” kata Krisdayanti di dalam temuramah portal di Indonesia.
“Tubuh kita, melalui saraf tunjang, sentiasa mengeluarkan darah baru,” kata Krisdayanti. Menurutnya, derma darah merupakan satu bentuk bantuan kemanusiaan yang memberi impak kepada ramai orang.
“Kita tidak perlu mengeluarkan bantuan material, tetapi ia boleh membantu seseorang untuk terus hidup,” katanya.
Kebaikan Derma Darah
- Membantu pesakit yang memerlukan, juga dapat menjaga kesihatan si penderma
- Menderma darah mengurangkan risiko sakit jantung bahkan turut membantu dalam menyeimbangkan zat besi di dalam badan penderma.
- Menderma darah juga mengurangkan risiko terhadap penyakit kanser.
- Penderma darah dapat mengurangkan kalori di dalam badan.
- Menderma darah dapat menggantikan sel-sel darah yang baru lalu mengekalkan kecergasan dan menjadi perderma lebih produktif dalam melakukan kerja.
- Paling utama, menderma darah dapat menyatukan ummah.
Inilah sebab paling utama untuk menderma darah bahawasanya ia mengingatkan kita bahawa sesungguhnya kita semua adalah sama.
Untuk rekod, Krisdayanti dilantik sebagai Duta Donor Darah Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia pada 24 November 2021. Malah, sebelumnya pada April 2021, beliau turut menerima pengiktirafan dari HighEnd Magazine Indonesia yang memilih figura ini sebagai salah seorang daripada 21 penerima Indonesia Beautiful Woman Award 2020/2021.
Dengan menderma darah, kita dapat menyelamatkan nyawa tanpa mengira agama, budaya dan juga boleh dianggap sebagai suatu sedekah, dan terdapat pahala dalam bersedekah.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari majalah NONA & HIJABISTA
SUMBER: celebrities.id & Instagram Kris Dayanti
Artikel berkaitan: Penampilan Berhijab Anak Dara KRIS DAYANTI Ketika Tunai Umrah Raih Pujian “Cantik Sangat Amora…
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI