Dalam institusi rumah tangga, faktor agama adalah elemen yang penting. Pegangan agama yang kukuh dalam perkahwinan adalah tonggak kebahagiaan rumah tangga seperti mengamalkan solat berjemaah dapat mengeratkan hubungan suami isteri dengan restu Allah SWT.
Pasangan suami isteri yang gagal mempertahankan keharmonian rumah tangga sehingga berlaku penceraian didapati berpunca daripada sikap keengganan menunaikan solat lima waktu.
Melalui perkongsian Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri di laman Instagramnya, kata beliau kegagalan menjaga rukun Islam kedua itu menyebabkan wujudnya habluminassyaitan iaitu hubungan yang terbina antara manusia dengan syaitan.
Kalau solat ini merupakan hablumminannas (hubungan sesama manusia), bila mana wujudnya habluminnallah (hubungan manusia dengan Allah), hablumminannas akan terwujud.
Bila wujudnya hablumimallah, maknanya tak wujud lagi hablumminasyaitan kerana sifat syaitan akan pisahkan suami isteri, tetapi apabila ini berlaku, dia akan jadi kukuh dan ampuh.
KETUA KELUARGA AJAK SOLAT BERSAMA
Menurut Zulkifli, antara tanggungjawab Nabi Muhammad SAW apabila berada di rumah adalah mengajak keluarganya menunaikan solat.
“Mintalah keluarga kamu untuk solat dan sabar dalam mengerjakannya. Itu tiang agama.
Tuan-tuan minta maaf cakap secara ekstrem sikit, kenapa rumah tangga keluarga bercerai-berai? Minta maaf kita minta berlindung daripada Allah SWT biarlah keluarga kita baik-baik semua.
“Salah satu puncanya tak pernah solat jemaah dan bersama-sama. Sebab itu bila cerita ayat cerai dalam al-Quran seperti surah Al-Baqarah.
Jelasnya, di celah-celah ayat cerai, Allah sengaja menyebut sepotong ayat yang menyuruh umat manusia menjaga solat yang lima waktu dan juga solat pertengahan penuh taat serta patuh.
View this post on Instagram
Antara punca keretakan rumahtangga adalah… Kredit: @sakeena.tv
A post shared by Mufti Wilayah Persekutuan (@drzulkifli.albakri) on
“Kemudian bincang balik ayat cerai, ulama fikir apa puncanya. Fikir punya fikir, mereka kata apa, siapa yang jaga solat, rumah tangga dia kukuh,” ulasnya.
Sumber kredit: Mufti Wilayah Persekutuan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Perspektif Unik Tentang Hijab, 6 Pempengaruh Timur Tengah Ada Perjuangan Hijabnya Tersendiri
Berita luar negara bahawa dua wanita telah diserang oleh polis kerana memakai tudung menggemparkan dunia pada April 2022 lalu. Ini telah mendorong perbincangan tentang cara wanita di seluruh dunia terus berjuang untuk mendapatkan hak untuk memilih memakai hijab.
Kita boleh menyatakan gaya kita secara bebas hanya apabila semua wanita diberi perwakilan yang sama dan diberi kuasa, tidak kira apa yang mereka pilih untuk dipakai atau cara mereka berpakaian. Hanya beberapa tahun yang lalu stereotaip fesyen sederhana dan pengaruh Timur Tengah kelihatan sangat berbeza. Ia adalah tudung labuci, bling dan berjenama tidak berkesudahan. Kini segelintir wanita mengubah takrif pakaian di rantau ini.
Model dan influencer dengan pandangan sederhana tentang fesyen kurang diwakili dan sukar ditemui di media sosial. Nah, apabila 6 pempengaruh dari timur tengah ini bersuara dan menyatakan pendapat mereka tentang hijab.
ARTIKEL BERKAITAN: 6 Influencer Hijabi Dari Luar Negara Yang Boleh Jadi Inspirasi Gaya Baru Anda!
1. Mthayel Al Ali
Seperti yang dia sebut di laman webnya, “Mthayel Al Ali ialah anak perempuan kebanggaan Sharjah, UAE” dan pemilik tiga usaha niaga yang sedang berkembang: Takkhayal, Ara dan Ce. Dengan gayanya yang luar biasa dan pendekatan kreatif terhadap pemerkasaan wanita, dia telah membina pengikut seramai 790K di Instagram. Mthayel menafikan mitos bahawa memakai tudung menghalang wanita daripada kelihatan bergaya, dengan mentakrifkan semula fesyen sederhana.
“Menjadi ‘influencer’ adalah satu keistimewaan. Ia adalah satu penghormatan untuk diberikan gelaran itu daripada seseorang,” ujarnya lagi etos umumnya dalam kehidupan sekaligus berwawasan dan memberi inspirasi.
2. AYA Mohamed
Model kelahiran Mesir dan berpangkalan di Milan, Aya Mohamed menunjukkan contoh sempurna untuk wanita Islam yang ghairah menetapkan trend fesyen baharu semuanya dalam sempadan nilai sederhana mereka. Selepas mendapat ijazah dalam bidang Sains Politik, Aya memutuskan untuk memulakan perjalanannya sebagai model fesyen bagi mewakili dan menonjolkan wanita Islam dalam industri fesyen.
Dia tidak takut untuk bercakap tentang agamanya juga untuk menyebarkan lebih banyak kesedaran kepada generasi muda. Gaya dan kecantikannya yang unik menarik perhatian banyak jenama fesyen seperti Valentino yang menjemputnya untuk pertunjukan fesyen mereka.
ARTIKEL BERKAITAN: Ubah Gaya Fesyen Lebih Berani Dan Segar, 5 ‘Influencer’ Fesyen Ini Memiliki Gaya Berbeza, Sesuai Dijadikan Rujukan!
3. Tasnim Ali
Seorang pengaruh muda Itali-Mesir, adalah hijabito pertama yang muncul di muka depan majalah fesyen di Itali (Donna Moderna, Mei 2021). Pada halaman rangkaian sosialnya, dia beralih antara kehidupan, fesyen dan agamanya, dan biasanya menjawab soalan orang ramai tentang Islam dengan jenaka.
Tasnim Ali bukan sahaja pandai menzahirkan rasa cintanya terhadap fesyen sederhana melalui gaya berpakaiannya yang mengagumkan, malah dia juga melakukannya dengan memperkasa dan mendidik pembaca tentang tudung dalam bukunya, VeLo Spiego. Pengarang dan influencer bertudung itu mengambil semua komen yang tidak masuk akal tentang hijabnya sebagai inspirasi untuk menulis buku ini bagi menghapuskan semua mitos di sekeliling perihal tudung.
4. Fatema Alawadhi
Nombor Laluan ialah 1 mengikut numerologi, seorang yang bertujuan dan berorientasikan matlamat yang mempunyai banyak keazaman dan dedikasi untuk mencapai matlamatnya. Begitulah kekuatan semangatnya untuk mencapai sesuatu dalam hidup dengan kerja keras dan azam. Dia meletakkan hati dan jiwanya untuk mencapai matlamatnya.
Fatema Alawadhi ialah seorang blogger fesyen dan pemilik butik yang digemari ramai dengan pengikut sebanyak 353K, untuk suapan Instagram yang benar-benar diliputi glamor. Dia pasti tahu bagaimana untuk menggayakan hijabnya dengan cara yang mengatasi setiap tahap berpakaian ‘power-up’. Daripada melemparkan topi di atas tudung kepala hingga menyarungnya dalam blazer, dia bersedia untuk tiba dengan kelas pada setiap kesempatan.
5. Dalal aldoub
Pempengaruh Kuwait, Dalal Aldoub telah memberi inspirasi kepada pengikut instagramnya untuk mencuba penampilan solekan yang berbeza serta mencampur dan memadankan pelbagai warna dan potongan dalam almari pakaian sejak 2012. Hakikat bahawa dia telah mengumpulkan pengikut Instagram sebanyak 3.1 juta bercakap untuk semua petua kecantikan dan nasihat fesyen yang menarik yang dia berikan. Pernah berkerjasama dengan beberapa jenma terkenal sepeti Bobbi Brown, Guerlain, Charlotte Tilbury dan Jo Malone.
6. Leena al ghouti
Leena Al Ghouti, pencipta digital yang berpangkalan di Dubai ialah seseorang yang anda mesti ada dalam senarai berikut anda jika anda mencari akaun yang memberi inspirasi kepada anda untuk menggandingkan tudung dengan pakaian yang bergaya. Dalam temu bual dengan Vogue, Leena dengan tegas membuka perspektif uniknya tentang hijab.
Dia percaya, “ia sebenarnya bukan tentang berpakaian sopan. Ini tentang yakin dengan apa sahaja yang anda pakai. Anda masih boleh kelihatan hebat dan bergaya, dan tiada sekatan jika anda seorang yang dilindungi.” Leena bukan sahaja mempunyai suapan Instagram yang dipilih susun dengan teliti untuk anda mendapat inspirasi, tetapi juga perspektif unik tentang berpakaian sopan untuk menyampaikan persembahan.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Hati-hati DSAI Takut Terhantuk Pula…’ – Telatah Comel PMX Pakai Penutup Mata Kucing Kejar Cucu
Memahami tugas sebagai Perdana Menteri sudah pasti banyak mengambil masa untuk merangka dan menerajui sesebuah negara.
Baru-baru ini, perkongsian di media sosial Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan beliau bermain bersama cucu-cucunya. Telatahnya itu mendapat perhatian wargamaya tentang kredibiliti beliau sebagai PMX dan ketua keluarga.
Artikel berkaitan: Di Uji ‘Kehilangan’ Cahaya Mata Keempat, Nurul Izzah Berduka Dalam Redha! Yakin Aturan Allah Itu Terbaik
Masih Ada Masa Bersama Keluarga…
Sejak November lalu, DSAI telah di lantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 dan kian sibuk bagi merangka dan menerajui negara ini lebih maju dan saksama.
Video perkongsian di TikTok miliknya itu menunjukkan kecomelan DSAI dan cucu-cucunya yang asyik bermain. Siapa sangka dalam kesibukkannya itu ada juga terselit ruang untuk bermain dan meluang masa bersama keluarga.
@anwaribrahimofficial Tenang dengan cucu #balikkerja ♬ AIYA SUSANTI DRXML REMIX – DRXML
Ini bukan kali pertama beliau berkongsi video seperti ini. Ada juga seketika dahulu video perbezaan beliau sebagai ahli politik di mata rakyat dan atuk yang ‘sporting’ buat cucu-cucunyq.
@anwaribrahimofficial Dato’ Seri Anwar Ibrahim kini di TikTok! Ikuti sekarang! #NadiRakyat #DSAI #fyp ♬ original sound – anwaribrahimofficial
Semoga Atok Selalu Sihat, Boleh Main Selalu…
Sebagai rakyat Malaysia yang tekun menaip, ramai yang meluahkan rasa kegembiraan melihat PMX melalui video tersebut. Ada juga yang pesan supaya beliau berhati-hati.
“Moga keluarga DSAI sentiasa dirahmati Allah swt dilindungi selalu. Jaga kesihatan dan keselamatan selalu PMX kesayangan,
“Alhamdulillah.. Semoga PM10 terus diberi kebahagiaan dan kekuatan mengurus negara ke mercu kejayaan,
“jaga2 tersepak tangga tu…” tulis wargamanya.
Artikel berkaitan: Pasangan Raikan Perlantikan DSAI Sebagai PM10 Di Atas Pesawat Bersama Sate
Sekadar info, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mendirikan rumah tangga dengan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada 26 Februari 1980. Hasil dari perkahwinan tersebut, beliau telah dikurniakan enam orang cahaya mata iaitu Nurul Izzah, Nurul Nuha, Ehsan, Nurul Iman, Nurul Ilham dan Nurul Hana.
Sumber: Tiktok @anwaribrahimofficial
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kisah Dr Nur Amalina Yang Pernah GEMPARKAN Negara & Kongsi Pengalamannya Selamatkan PESAKIT Jantung Di UK
Apabila menyebut Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sedang berlangsung kini sehingga minggu depan, pasti akan terkenang pencapaian beberapa pelajar yang memang cemerlang keputusannya. Antaranya adalah Nur Amalina Che Bakri yang pernah menggegarkan negara dengan keputusan SPM tahun 2004 yang luar biasa iaitu mendapat 17A1.
Malah dengan keputusan itu melayakkan dirinya mendapat tempat di England dalam bidang perubatan. Amalina cukup beruntung kerana dia turut mendapat biasiswa daripada Bank Negara Malaysia (BNM) dan menjalani beberapa pengajian dan terkini menjalani latihan di The Royal College Of Surgeons of England.
A post shared by Amalina Bakri (@dramalinabakri) on
Pencapaiannya memang cukup luar biasa. Amalina juga turut berhasrat menjadi pakar bedah payudara dan onkoplastik.
Pencapaian gadis ini dalam bidang akademik memang tidak perlu dipertikaikan. Namun dalam tempoh 10 tahun berada di negara orang itu, nyata penampilan Amalina juga sudah jauh berubah.
Dia bukan lagi remaja yang malu-malu tetapi berubah agak drastik dengan penampilan seperti seorang model. Lihat sahaja foto dimuat turut di laman IG memperlihatkan sisi kematangan gadis kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini.
Namun begitu, walau apa sekali perubahan penampilannya, kita perlu akur bahawa gadis ini pernah menjadi fenomena dan mengharumkan negara dengan kebijaksanaan dan kemampuannya bersaing dalam bidang pendidikan.
Dalam satu akaun twitter yang dimuat turut, Amalina sempat menceritakan pengalaman dia selama 10 tahun belajar di luar negara.
Menurutnya, dia masih ingat hari terakhir mengambil kertas SPM, dia pulang ke rumah dan terus mengemas beg (merdeka). Dia kemudiannya terus terbang ke Itali dan tinggal bersama keluarga angkat sementara menunggu keputusan keluar.
From London with love, Selamat Hari Raya ?
A post shared by Amalina Bakri (@dramalinabakri) on
Sepanjang tempoh itu dia menghabiskan masa dengan makan dan belajar bahasa Itali dan Sepanyol yang merupakan satu percutian terbaik untuknya. Dia hanya pulang ke Malaysia beberapa hari sebelum keluar keputusan.
Sebaik keputusan diumumkan keluar, Amalina terus menyambung pengajian di Cheltenham Ladies College dan mengambil 5 A Levels dan dia lulus A semuanya.
Bukan itu sahaja pencapaiannya, Amalina juga turut mendapat markah penuh untuk kebanyakan subjek dan turut mengambil kertas Advanced Extension Award (AEA) untuk beberapa subjek termasuk Kimia dan Biologi.
A post shared by Amalina Bakri (@dramalinabakri) on
Amalina seterusnya menyambung pengajian di University Of Edinburgh dalam bidang perubatan. Memang menjadi impiannya untuk belajar di sini kerana pemandangan sangat menakjubkan.
Sebaik tamat tahun ke dua di universiti dan mendapat keputusan A secara keseluruhannya, dia kemudian membuat ijazah Intercalated dalam bidang Pharmacology With Industrial Experience kerana mahu belajar sesuatu yang baru.
Selain menyertai program pertukaran ERASMUS. Amalina juga turut menghabiskan masa di Karolinska Institute di Swedeen dan pada tahun 2010 dia menerima ijazah perubatan dalam bidang Pharmacology dan kemudian menyambung pengajian tahun ketiga dalam bidang perubatan selepas itu.
A post shared by Amalina Bakri (@dramalinabakri) on
Dia juga turut menyertai program Harvard dan menyambung pengajian di University Harvard pada tahun 2012 dan akhirnya tamat pengajian di University Edinburgh tahun 2013.
Pembelajarannya tidak terhenti di situ sahaja, Amalina turut menyambung pula pengajian di Cambridge dan melakukan program akademik asas selama dua tahun.
Menempuh perjalanan pengajian cukup panjang menjadikan Amalina semakin mahir dalam bidang perubatan. Dia kemudiannya bekerja di Addenbrooke’s Hospital sebagai doktor pelatih dan pada masa sama membuat Masters dalam Clinical Science – Translational Medice and Therapeutics di University of Cambridge dan menamatkan pengajian dengan ijazah kelas pertama.
Selepas itu Amalina memulakan latihan khusus dalam pembedahan dan kini merupakan pakar bedah dalam latihan di sebuah latihan surgical terkenal di UK. Satu lagi pengalamannya yang tidak dapat dilupakan apabila dia membuat pembedahan jantung untuk seorang pesakit dan dia memegang organ di tangannya. Ketika itu dia tahu perlu menyelamatkan nyawa pesakit berkenaan.
Dan akhirnya mereka berjaya melakukan pembedahan berkenaan. Pakar yang bekerja dengannya pada masa itu juga cukup luar biasa.
A post shared by Amalina Bakri (@dramalinabakri) on
Menurut mereka, Amalina melakukan tugas cukup baik ketika pembedahan. Dia cukup tenang ketika semua orang sedang stress dan semua sedang memerhati. Pengalaman itu nyatanya membuatkan dia lebih bersemangat. Satu yang dipegang, percaya pada diri, kerja keras dan anda akan capai segalanya.
A post shared by Amalina Bakri (@dramalinabakri) on
Amalina kini sedang menjalani latihan surgical di The Royal College of Surgeon of England.
Kita doakan semoga Amalina akan pulang ke Malaysia satu hari nanti dan menabur bakti di negara kita kelak.
SUMBER: VIA VANILLA KISMIS
KREDIT FOTO: INSTAGRAM DR AMALINA BAKRI
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI