Sumber gambar dari Google

Seluar jeans sinonim dengan gaya pakaian kasual dan sering dianggap tidak formal. Namun dengan padanan yang sesuai, anda boleh terlihat formal dengan jeans. Bolehlah pakai ke majlis formal ataupun ke office!

Jeans adalah sejenis seluar yang diperbuat daripada bahan yang dipanggil “denim” yang mula dibuat di bandar Nimes Perancis. Nama denim itu diambil sempena nama bandar kelahiran seluar jeans tersebut iaitu bandar ‘de Nîmes’.

Siapa Kata Pakai Jeans Tak Boleh Terlihat Formal? Ikuti 5 Tip Ini!

Seluar jeans denim pertama kali menjadi popular pada tahun 1873 apabila tukang jahit Amerika mula mengukuhkan seluar mereka dengan rivet, fesyen jeans ini telah pergi jauh sejak itu. Daripada pelombong kepada fesyen, seluar jeans telah menjadi ‘must-have‘ item di mana-mana.

Artikel berkaitan: Kasut Putih Bukan Untuk Sekolah Sahaja, Anda Juga Akan Tampak Lebih Bergaya Dan Elegan

Setiap orang terutamanya wanita mempunyai sekurang-kurangnya sepasang jeans di dalam almari mereka. Selalunya, kita hanya akan memakai jeans untuk terlihat kasual atau untuk  menghadiri acara tertentu yang bertemakan “jeans”. Pernah tak anda terfikir mahu gayakan jeans untuk acara formal, tapi risau tidak kena dengan tema. Usah risau lagi, berikut adalah 5 cara memakai dan padanan jeans untuk terlihat formal:

Ads

1.Kombinasikan luaran penuh statement dan heels yang cantik

Siapa Kata Pakai Jeans Tak Boleh Terlihat Formal? Ikuti 5 Tip Ini!
Sumber gambar: Cropped Laut Selatan Jacket Toton, Celana Jeans gelap dari Acne Studio, Bottega Veneta Pumps.

Satu cara untuk menjadikan penampilan kasual jeans anda terlihat jauh daripada ‘semberono’ ataupun terlalu santai adalah dengan menggabungkannya dengan luaran jeans penuh statement dan kasut heels yang menarik perhatian semua orang. Contohnya, anda boleh memilih jeans warna gelap yang mempunyai kesan lebih formal daripada seluar jeans berwarna biru muda. Sebagai pelengkap, kenakan sepatu pumps seperti sepatu merah dari Bottega Veneta ini untuk memberikan sentuhan akhir yang lebih sleek. Dijamin tiada siapa yang akan menilai anda kurang berpakaian(underdress) dengan kombinasi ini.

2.Atasan Putih dan Kasut Yang Menyerlah

Siapa Kata Pakai Jeans Tak Boleh Terlihat Formal? Ikuti 5 Tip Ini!
Sumber gambar: Zimmermann Pumps, Fendi Blouse, Alexandre Vauthier Blouse.

Satu lagi campuran dan padanan yang menjadikan seluar jeans kelihatan lebih formal ialah menggandingkannya dengan bahagian atas putih neutral. Untuk penampilan klasik seperti blaus Fendi ini, anda boleh memilih bahagian atas konservatif, tertutup atau tampil berani dengan baju atasan Alexandre Vauthier. Lengkapkan penampilan dengan kasut yang berani seperti pumps dalam balutan motif animal print dari Zimmermann ini.

Siapa Kata Pakai Jeans Tak Boleh Terlihat Formal? Ikuti 5 Tip Ini!
Sumber gambar: SHEIN Collared Lantern Sleeve Buttoned Front Blouse dan Leopard Pattern Point Toe Stiletto Heeled Court Pumps

Selain itu, buat anda yang menginginkan pilihan lain yang mudah untuk dibeli, anda juga boleh memadankan baju putih dan kasut balutan motif animal print daripada Shein ini. Sekarang ini semuanya di hujung jari, anda hanya perlu menekan butang pembelian. Bolehlah pakai untuk ke pejabat esok! Pasti bergaya dan classy.

Ads

3. Padankan dengan bahagian atas renda hitam, tali pinggang berlogo dan loafer.

Siapa Kata Pakai Jeans Tak Boleh Terlihat Formal? Ikuti 5 Tip Ini!
Sumber gambar Polyvore
Siapa Kata Pakai Jeans Tak Boleh Terlihat Formal? Ikuti 5 Tip Ini!
Sumber gambar Asos

Tidak ada yang salah dengan renda hitam. Buat para hijabi, jangan lupa padankan dengan turtleneck berwarna hitam. Untuk menjadikan seluar jeans anda sesuai digunakan dalam acara formal, anda boleh cuba memadankannya dengan pakaian atas jenis ini. Kemudian padankan dengan kombo aksesori klasik yang lain iaitu tali pinggang logo dan loafers.

4.Penampilan Sartorial dengan Blazer Disesuaikan dan Seluar Jeans Gelap

Siapa Kata Pakai Jeans Tak Boleh Terlihat Formal? Ikuti 5 Tip Ini!
Sumber gambar: Sean & Sheila Blazer & Acne Studio Black Denim.

Padankan dengan seluar jeans hitam dan blazer yang disesuaikan untuk ilusi jahitan yang disesuaikan. Blazer bertekstur hitam dengan sentuhan jalur emas pada lengan baju dari Sean & Sheila ini boleh menjadi pilihan anda. Anda boleh memakai turtleneck sebagai pakaian dalam untuk penampilan yang lebih anggun.

5. Atasan Renda dan Sandal untuk Penampilan Formal Feminin

Siapa Kata Pakai Jeans Tak Boleh Terlihat Formal? Ikuti 5 Tip Ini!
Sumber gambar SHEIN Floral Applique Ruffle Hem Frill Trim Top, Balmain Black Denim, Aquazzura Sandal.

Bagi anda yang suka kelihatan feminin, gabungkan seluar jeans dengan top lace yang romantik seperti top dari Shein ini. Jangan lupa padankan dengan turtleneck sebagai lapisan dalam ya. Untuk nampak lebih manis, padankan penampilan anda dengan sandal bertumit tinggi bertali nipis untuk menambahkan kesan feminin.

Ads

Artikel berkaitan: Warna Hitam Untuk Kamu Yang ‘Bold, Independence & Sophisticated’!

Ha! demikianlah beberapa inspirasi padanan untuk memakai jeans agar terlihat formal. Untuk para hijabi, perlu berhati-hati ya agar segalanya masih menepati syariah. Padankan dengan turtleneck ataupun inner baju yang bersesuaian. Selamat mencuba!

Sumber: Dewi Magazine, Buka Review, Canva dan Google

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

https://www.youtube.com/watch?v=0HOPQxwiQWE

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI