Kecantikan

Siapa Kata Kulit Berjerawat Tak Perlu Pakai Serum? Ini List Serum Untuk Dipakai

Share

Bila sebut jerawat tentu ramai yang menganggapnya satu ‘mimpi ngeri.’ Jerawat adalah salah satu masalah kulit yang paling merimaskan bukan. Walau bagaimanapun masalah ini dapat diatasi dengan menggunakan penjagaan kulit yang tepat.

Masalah kulit berjerawat boleh dirawat sama ada dengan kaedah semula jadi sehinggalah  menggunakan pelbagai produk penjagaan kulit wajah. Namun bagi masalah kulit berjerawat yang serius, penjagaan kulit adalah pilihan yang tepat.

Photo by cottonbro from Pexels

Penggunaan produk penjagaan kulit dalam bentuk serum juga amat penting buat mereka yang mengalami masalah kulit berjerawat. Serum adalah cecair yang bertujuan untuk merawat masalah kulit wajah tertentu seperti jerawat, bintik-bintik gelap, kedutan, dan sebagainya.

Photo by Andrea Piacquadio from Pexels

Dengan menggunakan serum, fokus dalam menangani masalah kulit wajah berjerawat akan lebih berkesan. Berikut dikongsikan serum muka terbaik untuk kulit yang berjerawat.

The Ordinary Salicylic Acid 2% Solution

Produk ini adalah serum pengelupasan yang direka khas untuk membersihkan liang pori dari sel kulit mati dan sebum berlebihan yang menyebabkan kulit menyebabkan jerawat.
Walau bagaimanapun, bagi anda yang mempunyai kulit sensitif, anda harus melakukan ujian tampalan terlebih dahulu untuk mengelakkan kegatalan.

Some By Mi Miracle Serum

 

Miracle Serum adalah serum pengelupasan yang mengandungi AHA, BHA, dan PHA.
Tiga bahan ini diketahui berkesan menghilangkan sel-sel kulit mati, membersihkan pori-pori, mencerahkan kulit, dan memperbaiki tekstur kulit. Selain itu, produk ini juga mengandungi 10,000 ppm pokok teh asli yang sangat baik untuk melegakan radang pada jerawat.

Mineral Botanica Acne Care Face Serum

Serum ini dirumus khas untuk merawat kulit yang berjerawat. Tekstur serum ini sangat ringan yang membolehkannya menembusi kulit dengan mudah. Kandungan dalam serum ini juga berfungsi melindungi kulit dari kerosakan akibat jerawat, menenangkan kulit dari kerengsaan, dan melembapkan kulit.

Clinique Anti-Blemish Solutions Serum

Produk ini mengandungi salicylic acid sebagai bahan utamanya. Produk ini sangat berkesan untuk membersihkan pori-pori, mengatasi jerawat yang baru tumbuh, dan jerawat yang memerah. Selain mengatasi jerawat, produk ini juga sesuai untuk mengatasi gari-garis halus pada wajah.

The Body Shop Tea Tree Anti-Imperfection Daily Solution Serum

Menjadikan daun teh sebagai bahan utama untuk merawat jerawat dan mengawal sebum yang berlebihan, serum ini sangat sesuai untuk kulit yang berjerawat atau mudah berjerawat dan cenderung berminyak. Namun, bagi anda yang mempunyai kulit sensitif, produk ini masih mengandungi minyak wangi dan kandungan daun teh yang kurang mesra dengan kulit sensitif.

HIJABISTA: Bagi mereka yang mengalami masalah kulit berjerawat, anda perlu lebih teliti dalam memilih sesuatu produk sebelum memakainya. Pastikan kulit anda tidak alah dengan dengan bahan-bahan yang terkandung di dalam sesuatu produk. 

Sumber kredit: Top image: Photo by Chloe Amaya from Pexels

Published by
Norhasliza