Tidak dinafikan jodoh itu rahsia Allah. Namun sebagai hamba-Nya kita boleh memohon pada Allah agar dikurniakan jodoh yang baik dan boleh membimbing kita hingga ke jannah. Seperti perkongsian Prof Muhaya yang mengingatkan supaya mencari calon suami yang menjaga solatnya untuk dijadikan sebagai Imam kita.
Menurutnya melalui posting di laman instagram, Prof Muhaya memberitahu sia-sia bagi seorang lelaki yang bergelar suami dan ayah sekiranya tidak bersolat kerana tidak boleh membimbing keluarga ke syurga.
“Pada semua yang tidak solat, sila bertaubat kerana anda sepatutnya membawa anak isteri ke syurga. Suami yang tiada niat bawa anak isteri ke syurga, maka hidupnya akan sia-sia,” ujarnya.
Tambahnya lagi beliau turut mengingatkan wanita agar elakkan dari mencari lelaki yang malas dan hanya mahu mencari isteri yang berkerjaya dan rajin berdikari.
Lelaki jenis ini dibimbangi malas menjalankan tanggung jawab dan sekaligus tidak memberi nafkah sepatutnya pada isteri.
Perkongsian ini turut mendapat respon positif dari followernya. Masing-masing bersetuju apa yang dipesan oleh pakar motivasi ini.