Adanya si ‘bulus’ di rumah pasti akan menjadikan suasana kita gembira dan lucu melihat telatahnya yang sering bertindak di luar jangkaan. Ramai juga berkongsi adanya kehadiran kucing di rumah, suasana yang suram tampak lebih riang.
Tahukah anda, memelihara kucing dapat membantu dalam mengurangkan stress? Ha, terdapat kajian yang mengatakan si ‘bulus’ yang tercintan dapat membantu dalam menjaga kesihatan mental kita.
Kucing menjadi haiwan peliharaan yang paling cukup di gemari oleh orang ramai. Memelihara haiwan yang di namakan oleh kebanyakan orang si ‘bulus’ ini juga di yakini boleh memberikan banyak faedah dalam perkembangan dan pemeliharaan kesihatan fizikal dan mental.
Tingkah laku mereka yang agak lucu dan tidak dapat di jangka oleh kita menjadikan lagi suasana gembira. Di ruang media sosial juga menjadi satu medium untuk melihat telatah lucu si ‘bulus’ yang di konsi oleh pemilik mereka. Ada juga yang sedih membuatkan kita tersentuh.
@cats.territory Tak mudah ya nak main buai. Berpusing nak naik pon 😂 #catsoftiktok #cat #catlover #fyp ♬ La La La Shuhua Challenge – Join This Sound ᶠᵒˡˡᵒʷ
Tentu sahaja anda tertawa bila melihat perkongsian video TikTok di atas. Tetapi ada juga perasaan ini melihat semula dengan diri sendiri, adakah kita mempunyai masalah mental atau kemurungan walaupun itu hanya sekadar video kucing?
Artikel berkaitan: Kucing Bukan Sekadar Makhluk Suka Tidur Tapi Lindungi Tuannya Di Malam Hari Dari Roh Jahat
Banyak penelitian ilmiah telah menunjukkan manfaat kucing untuk kesihatan fizikal dan mental pemiliknya. Menurut perkongsian artikel Health Line
, terdapat beberapa manfaat dan kelebihan memelihara kucing.Memelihara kucing dapat menjaga kesihatan psikologi yang baik berbanding berbanding orang yang tidak memiliki haiwan peliharaan. Mereka akan jadi lebih gembira, bersemangat dan tidak gugup jika berlaku masalah.
Kita sering menghadapi masalah yang terkadangnya tidak kita duga. Adanya kehadiran si ‘bulus’, kucing dapat memahami apa yang ada dalam hati pemiliknya. Kucing akan datang dan baring di atas pangkuan, setiap kali mengusap kucing mampu menghilangkan stres yang ada. Dari aspek psikologi, pemilik kucing lebih mudah pulih dari tekanan yang melampau.
Orang yang memelihara kucing ini agak sensitif secara sosial. Jadi mereka ini lebih mudah untuk meletakkan kepercayaan kepada orang lain.
Si comel ini sering memerlukan perhatian dari pemiliknya, jadi sebagai pemilik yang bagus, sudah tentu kita akan berkomunikasi dengan kucing untuk memberikan sepenuh perhatian. Dalam pada masa yang sama, ia dapat mengajar pemiliknya untuk bersosial dengan baik.
Membela kucing bukan sahaja membantu dari aspek psikologi malah ia juga bermanfaat untuk menjaga kesihatan fizikal. Menurut kajian, para pengkaji menilai 4,435 orang dalam masa 13 tahun mendapati pelihara kucing dapat mengelakkan serangan jantung berbanding orang yang tidak pernah memiliki kucing.
Sumber: Health Line, Kompas.com
Artikel berkaitan: Kucing & Segala Haiwan Yang Kita Pelihara Boleh Jadi ‘Mesin Pahala,’ Jangan Zalimi Makhluk Allah Ini
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.