Pada hari ini yang bertarikh 15 September 2021, genaplah usia Allahyarham Siti Sarah Raissuddin yang ke 37 tahun. Tidak melepaskan peluang, suami kepada arwah iaitu Shuib Sepahtu turut sama membawa anak-anak iaitu Uwais, Talita dan Matin untuk menziarahi kubur arwah ibu mereka yang tercinta.
Menerusi hantaran Shuib di laman instagramnya, dia telah mengucapkan selamat hari jadi buat isteri tersayang dan berdoa agar mereka kembali bertemu di syurga kelak.
Sambut Hari Jadi Di Rumah Baru…
SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar
Selamat Ulang Tahun kelahiran yg ke-37 Sayang.Harini I dengan anak-anak sambut birthday U dekat rumah baru U.
InsyaAllah, walaupun berbeza keadaan, I tahu u ade je dengan kitorang, RASA CINTA YANG TETAP SAMA, INSYAALLAH.
Semoga Allah ampunkan segala dosa dan Allah letakkan U di syurga tertinggi.
InsyaAllah, SEMOGA ALLAH SATUKAN KITA SEMUA DI SYURGA, AMIN.
AL FATIHAH SITI SARAH BT RAISSUDDIN #15Sept1984-09Ogos2021
Sebelum ini, Shuib telah berkongsi khabar gembira apabila anak bongsunya, Ayash Affan sudah dibenarkan pulang ke rumah dari hospital. Shuib menganggapnya sebagai hadiah hari jadi yang sangat bermakna di hari ulangtahun kelahiran arwah isteri tersayang.