Umum sedia maklum tentang pergolakkan rumah tangga yang dialami oleh aktor kacak Hafidz Roshdi melibatkan kehadiran ‘orang ketiga’ sehingga mengakibatkan mahligai yang dibina kini retak menanti belah, apabila isterinya Nurul Shuhada Mat Shukri atau lebih dikenali sebagai Shu bertindak memfailkan penceraian agar kemelut ini dapat diselesaikan.
Mengulas berkenaan perkembangan terbaharu kisah penceraianya, Shu berkata dia enggan menoleh ke belakang lagi dan akan meneruskan kehidupannya serta nekad menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda.
Shu Mahu Timba Ilmu Dan Kejar Cita-Cita Yang Tidak Kesampaian Sebelum Ini!
View this post on Instagram
Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Shuhada sendiri, ketika ditemui oleh pengamal media baru-baru ini. Akhbar tempatan melaporkan bahawa, Shu berkata, dia akan mengejar cita-citanya dan meneruskan kehidupan bersama anak-anak.
“Selepas ini, saya akan sambung belajar, mencari ilmu dan akan mengejar cita-cita saya. Saya tak mahu terus terperuk, tetapi nak lebarkan sayap saya dan terbang tinggi.
“Saya nak sambung pengajian ke peringkat ijazah, tapi, semuanya masih dalam perancangan,” katanya.
Dalam Masa Sama Mulakan Semula Perniagaan Dan Bina Kerjaya
View this post on Instagram
Dalam pada itu, Shu berkata dia kini ada menerima beberapa tawaran pekerjaan namun masih belum membuat sebarang keputusan.
Jelasnya lagi, dia juga berhasrat mengorak langkah semula dalam bidang perniagaan yang terpaksa ditutup sebelum ini.
“Untuk perniagaan, saya akan mulakan semula. Saya nak tinggalkan segala kesedihan dan mulakan hidup baharu.
“Shu ada terima tawaran kerja, banyak juga yang saya terima. Tetapi, semuanya masih dalam perancangan,” ujarnya.
Tambah Shu lagi, dia menerima dengan hati yang terbuka dan redha terhadap situasi rumah tangganya yang penuh dengan dugaan dan cabaran, serta beranggapan bahawa itu semua adalah takdir dan ketentuan yang dituliskan Allah untuknya.
Artikel berkaitan: Gigih Cari Rezeki Demi Anak-Anak, Meski Rumahtangga Bergolak, ‘Semangat’ Shu Cetus Inspirasi!
“Semua takdir ini sudah ditulis Allah untuk saya dan anak-anak. Saya terima dengan hati terbuka bahawa semuanya hak Allah. Allah bagi kepada saya dan anak-anak, dan sekarang, dia nak ambil balik. Saya dah bersedia.
“Saya serahkan kepada Allah. Hidup kita ini penuh dengan kejutan dan ini adalah benar-benar kejutan buat saya.
“Semua yang berlaku, atas pilihan yang dibuat Hafidz. Dia yang pilih semua ini. Harapan saya, agar semuanya dapat berakhir dengan baik,” tegasnya.
Sekadar info, Shu dan hafidz mendirikan rumahtangga pada 30 April 2016. Hasil perkongsian hidup selama 7 tahun itu, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humaira 6, dan Umar 3 tahun.
Artikel berkaitan: Lantang Suarakan ‘Isu Rumah Tangga’, Puteri Sarah Lega Dapat Bantu Ramai Pihak
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI