Seronoknya melihat kebahagiaan yang sedang dikecapi oleh Nurul Shuhada bersama anak-anaknya sekarang. Jauh lebih bahagia berbanding dulu. The best mom! Kita yang melihatnya pun turut merasa bahagia.
Walau ke mana sahaja pergi Nurul Shuhada pasti akan membawa bersama dua anak kesayangannya, Humairah dan Umar sama ada ketika bekerja, bercuti ke luar negara mahupun ke tanah suci menunaikan umrah.
Nurul Shuhada atau nama penuhnya Nurul Shuhada Mat Shukri baru-baru ini berkongsi momen percutian indahnya di Melbourne, Australia ditemani anak-anak serta beberapa orang sahabat.
Maka, nikmat mana lagi yang hendak didustakan. Hikmah di sebalik kesabaran dan apa yang berlaku sebelum ini.
Sepanjang berada di Melbourne, Nurul Shuhada sentiasa berkongsi aktivitinya di akaun media sosial termasuklah momen ketika dia memasak nasi lemak untuk sarapan.
Penampilan Shu juga nampak berbeza berbanding sebelum ini. Semakin bergaya dan pandai menyuai padan outfit yang disarungkan.
Ads
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata para pengikutnya merasa teruja dengan perkongsian percutian Nurul Shuhada itu.
Malah, mereka turut berbangga dengan Nurul Shuhada kerana sentiasa menjadi ibu yang terbaik buat anak-anaknya, Humairah dan Umar.
“Suka Shu ni sebab xpernah tinggal anak dia.. the best mom, semoga dimurahkan rezeki selalu diberkati selalu.”
Ads
“Shu memang ibu terbaik untuk Humairah & Umar. Hanya Shu yang layak menjaga dan membesarkan Umar & Humairah. Seorang ibu yang penuh dengan kasih sayang untuk anak2”
“Aunty tersangat sangat bangga dengan kamu Shu, indeed Allah dah janji. Aunty doakan Allah gantikan kamu dengan lelaki yang baik, yang tidak kasar bila berkata kata, yang baik budi bicara, yang sayang anak anak seperti anaknya, kaya raya harta budi pekerti, semoga berbahagia kamu dan anak anak”
“Suka tengok Shu bahagia dengan anak² ..hikmah atas apa yang terjadi Shu, sekarang jauh lebih bahagia kan”
“Shu ni sekali dia glow up, 100% berbeza dari dulu. Keep inspiring all women Shu. Betul lah, perempuan ni sekali dia dah move on, pandang belakang pun tidak”
Hijabista mendoakan agar Nurul Shuhada terus kuat dan menemui kebahagiaan sebenar yang dicari.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Ramai wanita mencari-cari peralatan yang bukan sahaja memudahkan tetapi mempercepatkan urusan mengemas rumah. Oleh itu anda perlu bijak memilih produk yang sesuai bagi memastikan matlamat untuk memudahkan urusan mengemas rumah mencapai sasaran.
Kerja-kerja rumah menjadi mudah dan cepat dengan menggunakan mop + vacuum function ini. Menurut Lukreiza Abdullah pengalaman menggunakan Philips SpeedPro Max Aqua sangat memudahkan urusan mengemas rumah.
Jelas wanita ini lagi, alat ini paling sesuai untuk mereka yang ada anak kecil fasa makan bersepah. Anal-anak usia yang masih kecil memang tidak suka maka disuap. Tentulah selepas makan akan bersepah.
Walaupun sudah dialas, sisa makanan tetap juga bersepah dan sudah tentulah perlu disapu dan dimop. Perlu bongkokkan badan semua, rasa letih sangat hendak kemas selepas waktu makan.
Jelas wanita ini lagi, sekarang selepas waktu makan, terus pakai vacuum + mop. Boleh cabut mop dari vacuum, kalau hendak vacuum karpet pula. Kainnya boleh dibuka selepas digunakan dan terus basuh. Boleh letak pencuci lantai dan titik eo sikit. Sama sahaja seperto mop biasa cuma tidak perlu angkut baldi.
Vacuum + mop sangat sesuai untuk ‘kerja-kerja berat.’ Sangat berbaloi untuk dimiliki kerana ia memudahkan dan mempercepatkan kerja-kerja mengemas rumah. Tidak rugi jika anda melaburkan sedikit wang asalkan urusan-urusan kerja di rumah jadi lebih mudah dan cepat dan anda ada banyak masa bersama keluarga terutama wanita yang bekerja.
HIJABISTA: Kerja-kerja mengemas rumah akan menjadi lebih efisien dengan adanya gajet-gajet peralatan moden masa kini. Pilih ikut kesesuaian dengan gaya hidup dan poket anda.
Semalam tular di Tiktok pemilik akaun @seorangnur menunjukkan Neelofa menemani suaminya, Pu Riz bermain futsal dengan hanya pakai tudung sarung dan baju sukan sahaja. Neelofa dipuji nampak comel seperti orang biasa bukan selebriti itu telah menjadi perbualan orang ramai.
Selebriti Noor Neelofa sentiasa menjadi tumpuan peminat dan warganet dengan tentang kehidupan sehariannya. Tidak kira apa pun yang dilakukannya pasti ada sahaja yang tular di laman media sosial. Seperti orang biasa, video yang berdurasi lebih kurang 20 saat itu menunjukkan Neelofa menemani suaminya bermain futsal dengan pakaian sukan dan tudung sarung itu. Kali pertama melihat pemakaian Neelofa yang sangat ‘simple’ kerana selalunya pakaian yang dipakai olehnya pasti cantik bak bidadari.
Kata warganet Neelofa sangat santai macam orang biasa sampai orang di situ pun tidak perasan itu adalah Neelofa yang merupakan seorang selebriti. Kata warganet, tindakan Neelofa menemani suaminya itu nampak ‘sweet’ sangat sebagai penyokong nombor satu Pu Riz. Neelofa mengenakan t-shirt merah berlengan panjang, seluar sukan dan tudung sarung berwarna hitam.
Walaupun penampilan itu nampak ‘simple’ tetapi ramai juga warganet yang memuji Neelofa. Walaupun pakai pakaian biasa pun tetap nampak comel, manis dan sopan. Ramai juga berpendapat Neelofa nampak seperti cikgu Pendidikan Jasmani atau cikgu ganti bahasa arab. Neelofa juga sempat bergurau dengan berkata kepada tukang rakam bahawa dia ‘dibayar’ untuk hadir di gelanggang.
Kata warganet Neelofa sangat santai macam orang biasa sampai orang disitu pun tidak perasan itu adalah Neelofa yang merupakan seorang selebriti. Kata warganet, tindakan Neelofa menemani suaminya itu nampak ‘sweet’ sangat sebagai penyokong nombor satu Pu Riz.
Penularan wabak covid-19 memang menakutkan seluruh rakyat Malaysia. Apatah lagi bila mendapat tahu jumlah mangsanya sudah mencecah hampir seribu iaitu sebanyak 900 kes setakat ini.
Berniat memberi peringatan kepada semua, seorang pengguna twitter iaitu Amyz berkongsi kisah rakannya yang disahkan positif covid-19 namun berjaya melawan virus itu selepas 12 hari berada di dalam wad.
Nak share one of my friend’s experience yang disahkan positif Corona Covid-19. SHES 3 MONTHS PREGNANT. Alhamdulillah after 12 days warded, she was discharged last night.
Celebrate birthday dalam wad. Happy Birthday Farah
Pelawat tak dibenarkan langsung masuk melawat, tapi makanan/keperluan dibenarkan hantar. Itupun nurse yang akan hantar ke bilik.
Pesanan untuk semua:
Bila warded HUSBAND AND WIFE positif covid-19, anak sulung adik jaga, yang di rumah kena kuarantin, so jiran banyak membantu selain dari family. SEMANGAT INI YANG KITA MAHUKAN. KERJASAMA AND PERTOLONGAN KETIKA SUSAH.
After dah discharged, patient akan ada next follow up checkup. And also KKM akan datang rumah buat disinfection spray.
Bukan mudah untuk melalui semua ini. Sama-samalah kita mengambil iktibar daripada kisah ini dan mengikut saranan kerajaan untuk terus berada di dalam rumah agar kita berjaya mencegah penular wabak ini. InsyaAllah.
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...