Bagi semua yang mengikuti laman sosial selebriti popular iaitu Neelofa, anda pasti tahu bahawa kini dia sedang berada di Milan, Itali bagi menghadiri acara terhangat di sana buat masa kini iaitu Milan Fashion Week (MFW).
Tampil dengan pelbagai look yang outstanding, gaya Neelofa berpakaian suit putih paling mencuri tumpuan ramai apabila dia memilih untuk berhijab penuh bagi memadankan dengan busananya yang sememangnya sangat menawan itu.
Foto yang dimuat naiknya itu mendapat ribuan komen daripada netizen yang terpukau apabila melihat penampilannya itu.