Sebagai wanita berhijab yang sentiasa on the go, pastinya penampilan harus dititik beratkan. Bukan sahaja tampil cantik dari segi penggayaan busana, tetapi haruslah tampil cantik secara keseluruhan. Sayangnya kalau stail dah on point tetapi, rambut berbau dek penjagaan rambut yang tidak rapi.
Masalah bau kepam di sebalik hijab terjadi apabila wanita tidak mengeringkan rambut dengan baik. Apabila memakai hijab dengan rambut yang masih lembap, maka timbul bau tidak menyenangkan. Mungkin diri sendiri tidak perasan, tetapi orang sekeliling akan berasa tidak selesa. Bayangkan gaya dah menang, tapi berbau. It is a big no no!
Mengakui masalah rambut berbau bukan asing bagi wanita, dua figura popular dunia seni dan fesyen tanah air, Sherry Ibrahim dan Didiyana Ehsan berkongsi cerita ‘rambut’ mereka. Tampil berkongsi kisah berdama Hijabista, mereka memiliki pengalaman tersendiri tentang rambut yang berbau.
“Kalau untuk saya sendiri, cuci rambut setiap hari kerana apabila kita berhijab pastinya kulit kepala akan berpeluh. Tetapi bagi mereka yang tidak mahu mencuci rambut setiap hari, cucilah rambut sekurang-kurangnya dua hari sekali. Kemudian bila sudah cuci, pastikan keringkan rambut betul-betul.
“Jangan sesekali pakai tudung ketika rambut masih lagi basah, pilih syampu dan perapi yang bersesuai dengan keadaan rambut dan jangan lupa menggunakan serum rambut. Boleh pergi ke salun dan minta nasihat tentang perkara ini. Kalau nak tahu, bila dah berhijab, rutin penjagaan rambut akan menjadi lebih ekstra sebab rambut akan lebih terperap lama dan berpeluh,” ujar penata gaya hijab yang selesa dipanggil Didi ini.
Bagi Sherry Ibrahim pula, dia berpendapat yang penjagaan rambut adalah perkara penting yang perlu diutamakan wanita berhijab. Baginya, “Wanita perlu faham jenis rambut dan kulit kepala. Kita kena tahu jenis rambut barulah kita akan boleh beli produk yang bersesuaian untuk digunakan setiap hari. Produk rambut dan kulit kepala berbeza.
Ads
“Bagi mereka yang berhijab, saya saran agar melakukan rawatan sebulan sekali untuk rambut dan kulit kepala. Sebenarnya bila berhijab ni, banyak benda yang perlu kita jaga. Penjagaannya menjadi lebih banyak. Selain syampu, perapi gunakan juga tonik rambut. Lastly, jangan lupa keringkan rambut dengan baik sebelum pakai hijab. Rambut yang basah menimbulkan bau kepam yang kurang menyenangkan.”
Keringkan rambut #siapquickly
Jika dilihat daripada perkongsian dua figura popular ini, pengeringan yang tepat sangat penting dalam langkah penjagaan rambut. Jika behijab lebih perlu extra care apabila melakukan pengeringan. Mengambil langkah terbaik, mereka turut berkongsi mengenai pengering rambut Dyson Supersonic yang efektif untuk membantu hijabi di luar sana siap quickly.
“Saya suka Dyson Supersonic sebab pengawalan haba yang sangat bagus. Kalau sesiapa yang pernah produk ini dan produk pengering rambut lain, ada perbezaannya. Dyson Supersonic habanya boleh dikawal dengan baik dan sewaktu saya cuba ia tidak menyakitkan kulit kepala.
Ads
Bagi saya orang yang bertudung, semestinya produk ini harus dibeli sebab ia adalah satu pelaburan yang bagus, bahkan ia turut didatangkan dengan peralatan lain yang sangat best. Bukan sahaja untuk orang bertudung, orang tak pakai tudung pun boleh guna,” kongsinya tentang Dyson Supersonic.
Bagi Sherry pula, pengalamnnya menggunakan Dyson Supersonic sangat menyenangkan tambahan pula untuk wanita yang mahu siap quickly. Ujarnya, “Pengering rambut sangat penting sebab kita perlu mengeringkan rambut dengan baik sebelum mengenakan hijab. Kita bukannya hairstylist, jadi Dyson supersonic sangat best sebab ia cukup mudah digunakan, ringan dan senang dibawa untuk mengenbara.
Ads
“Dyson Supersonic ni tidak mengeluarkan haba yang terlalu panas, jadi sesuai untuk kesihatan rambut. Kadang-kadang kalau menggunakan pengering biasa haba yang terlalu panas merosakkan rambut dan kulit kepala. Perkara ini harus dititik beratkan. Pembelian produk Dyson Supersonic ini merupakan pelaburan yang bagus.”
Mendengar perkongsian dua hijabi popular ini, sangat penting untuk menjaga rambut dan kulit kepala biar pun berhijab. Dengan pengering rambut Dyson Supersonic, hijabi di luar sana boleh siap quickly tanpa sebarang masalah. Bersiap dengan pantas, rambut terjaga rapi dan tiada bau kepam biarpun seharian kepala terlindung di sebalik hijab.
Untuk pengetahuan pembaca Hijabista, dihasilkan dengan objektif menjaga kulit kepala, Dyson Supersonic dilengkapi dengan pengalir angin mudah alih yang senang dipasang dan dicabut bagi memberikan pengaliran angin yang lebih lembut dan mengeringkan dengan cepat.
Jika dibandingkan dengan wanita yang tidak bertudung, hijabi lebih memerlukan rawatan rambut kerana ia sering dilitupi oleh tudung. Kelemumur dan rambut gugur antara masalah utama yang sering dialami oleh hijabi.
Masalah ini timbul dek kerana kesalahan kita sendiri yang tidak begitu mengambil berat tentang penjagaan rambut. Jika dibiarkan, ia akan membahayakan rambut kita. Jadi, kenal pasti apakah kesalahan yang sering dilakukan oleh hijabi supaya kita tidak mengulanginya lagi.
1. Ikat Rambut Ala Ponytail
Rambut yang diikat ke belakang atau high ponytail akan menyebabkan rambut menjadi stress kerana akar rambut akan tertarik dan menegang akibat ikatan yang terlalu ketat. Sebaiknya, ikat rambut pada bahagian tengkuk atau ikat dengan rendah. Barulah rambut menjadi lebih relaks.
2. Sikat Rambut Dengan Sikat Bergigi Rapat
Sikat rambut bergigi rapat juga akan membuatkan rambut kita tertarik secara paksa dan ia tidak baik untuk rambut. Sebaliknya, pakai sikat yang bergigi jarang untuk merapikan rambut. Rambut juga tidak akan gugur.
3. Gosok Rambut Dengan Kasar
Mengeringkan rambut kadangkala menjadi satu masalah bagi hijabi kerana kita perlu mengeringkan rambut sebelum memakai tudung. Jadi, anda akan jadi sedikit kelam-kabut.
Namun, jangan menggosok rambut terlalu kasar dengan tuala kerana ia akan membuatkan rambut menjadi semakin tidak sihat. Seeloknya, gosok dengan perlahan dan biarkan ia kering sendiri. Kurangkan penggunaan pengering rambut kerana ia juga tidak begitu baik untuk kulit kepala.
4. Tak Beri Nutrisi Pada Rambut
Setiap hijabi memiliki keadaan rambut yang berbeza-beza. Berikan nutrisi tambahan seperti serum rambut sekiranya rambut anda memerlukannya.
5. Salah Pilih Bahan Hijab
Pemilihan bahan hijab juga perlu diambil kira. Ada bermacam-macam-macam bahan hijab yang perlu kita tahu dan pilih dengan tepat. Pilih mengikut situasi. Contohnya, jika kita mahu bersukan, pilih hijab dengan kain yang tidak panas.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Tidak semua hijabi sesuai dan berani menggayakan hijab warna putih. Bagi mereka putih cepat kotor dan agak sukar untuk menjaganya dengan baik. Namun bagi Pengasas Bersama FashionValet dan pemilik jenama dUCk Scarves, Datin Vivy Yusof gemar sekali memilih warna putih dan memadankannya dengan busana bersesuaian.
Kekerapan beliau yang bijak memadankan tudung warna putih dengan busana lain menyebabkan ramai tertanya-tanya apa tip yang boleh dikongsi bersama dengan hijabi di luar sana.
Vivy Yusof yang semakin jelita dan berseri sejak mengandung anak ketiga ini tidak lokek berkongsi petua bagi mereka yang gemar memilih hijab putih untuk menutupi mahkota. Beliau ditemui ketika majlis Pembukaan Butik Fizikal Yang Ketiga dan Terbesar di sebuah pusat beli belah.
TIP MENGGAYAKAN TUDUNG BERWARNA PUTIH:
1. Jauhkan anak dari tudung anda.
2. Pakai innner putih kerana lebih nampak elok dan konsisten.
3. Pilih baju warna polos.
4. Apabila makan perlu lebih berjaga-jaga.
5. Kalau sesiapa nak cium, jauhkan diri sedikit kerana boleh elakkan mekap yang dipakai.
Hanis Zalikha Zainal Rashid dahulunya pernah dikenali seorang blogger yang aktif berkongsi tentang perjalanan hidupnya, setelah berkeluarga Hanis juga kelihatan berkongsi tentang perjalanan kehidupannya bersama kedua anak-anaknya.
Pernah dicalonkan untuk Anugerah Blog Paling Berpengaruh pada tahun 2011, Hanis Zalikha antara selebriti yang ramai hijabi di luar terinspirasi dengan cara didikan anak-anaknya.
Perkongsian video Hanis Zalikha ‘healing’ versi anak perempuannya, Alisa Aisyah, ramai yang puji cara pelakon wanita ini melayan anaknya. Istilah ‘healing’ antara yang menjadi sebutan ramai di media sosial terutamanya di platform Tik Tok yang merujuk kepada pemulihan diri atau ‘me-time’.
Menerusi video yang dikongsikan itu, pelakon dan selebriti itu menunjukkan gelagat anaknya yang sedang melakukan rawatan kecantikan di sebuah spa. Di ruangan kapsyen, dia mengatakan itu merupakan sesi ‘healing’ namun mengikut versi anak perempuan.
Seakan-akan sudah biasa
Cukup tenang menerima rawatan kecantikan itu, Alisa turut kelihatan yang sedang menerima rawatan manicure untuk mendapatkan kuku yang bersih serta berkilat sambil memakai ‘facial mask’ pada wajahnya. Walaupun baru sahaja berusia tiga tahun, Alisa dilihat seakan-akan sudah biasa melakukannya.
Menerima pelbagai reaksi dari netizen di mana rata-ratanya tercengang melihat layanan yang diberikan buat anak kepada pelakon wanita ini. “Takut lah tengok cara dia healing, another level yang lain dari yang lain. Ramai yang berseloroh membandingkan versi ‘healing’ mereka semasa kecil dahulu yang jauh berbeza dengan apa yang diterima Alisa.
Terdahulu Hanis Zalikha berkahwin dengan Hairul Azreen pada 5 Jun 201 5 dan mempunyai dua orang anak iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah. Mereka juga mempunyai seekor kucing, Bujibu Chempel.
Lumrah bagi setiap ibu bapa yang pasti akan merasa teruja dan gembira apabila anak-anak mereka memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan.Walau apa pun latar belakang...