Solekan menjadikan wajah seseorang hijabi tampak lebih berseri. Bagi hijabi yang gemar bereksperimen dengan gaya hijab, tentunya anda gemar bersolek agar penggayaan hijab jadi lebih menyerlah .
Namun sebagai hijabi, anda tentunya tidak dapat lari daripada masalah kotoran yang terlekat pada fabrik hijab yang dipakai. Jika tidak terkena solekan pada wajah selalunya kesan bedak asas, mungkin juga shawl terkena percikan makanan yang dimakan. Tentu sukar untuk menghilangkannya bukan?
Berikut perkongsian Lyss Ali dan Tyma Sadini. Moga ia menjadi solusi bagi mengatasi masalah yang menjadi satu kebiasaan di kalangan para hijabi.
Saya ingin kongsikan tip untuk mencuci shawl yang ada kesan-kesan minyak muka dan solekan. Tidak dapat dinafikan wanita memang suka bersolek namun apabila cuaca panas, mekap pada wajah mula pecah minyak. Kesannya minyak krim bedak asas pun melekat pada shawl. Ya! Memang sangat susah untuk menghilangkan sisa kotoran ini.
Kita bukan sahaja ingin membuang kotoran yang melekat pada shawl itu semata-mata tetapi dalam masa yang sama juga kita perlu memastikan fabrik shawl tidak terjejas sama ada turun warna, warna berbelak-belak dan sebagainya. Sebagai hijabi tentunya masalah ini merupakan perkara biasa. Dan mungkin juga hijabi-hijabi sedang tercari-cari ‘penawar’ untuk mengatasi masalah yang satu ini.
CARA 1
Ambil bedak baby dan taburkan pada area yang terkena minyak dan biarkan minyak diserap selepas itu basuh seperti biasa.
CARA 2
Ambil sabun mandi dan gosok dekat kawasan berminyak gunakan berus gigi yang dah tak pakai dan basuh macam biasa.
Jangan gosok terlalu kuat boleh rosak fabrik tudung nanti dan nak tudung wangi pakai sabun berbau bunga/floral.
CARA 3
Beli cecair Vanish untuk fabrik berwarna dan rendam tudung semalaman dan basuh macam biasa.
TIP MEMELIHARA FABRIK HIJAB:
1.Perhatikan jenis fabrik hijab. Jika menggunakan material yang lembut, elok guna cara cucian tangan sahaja bagi mengelakkan fabrik hijab rosak.
2. Gunakan cecair pencuci yang bersifat lembut. Hal ini kerana detergen yang terlalu kuat boleh merosakkan fabrik hijab.
3. Jika mahu mencuci hijab menggunakan mesin basuh, masukkan hijab di dalam karung khas. Ia bagi memelihara fabrik hijab daripada tercarik.
4. Jangan sesekali menggunakan berus. Hal ini kerana berus akan merosakkan permukaan fabrik hijab.
5. Ketika menjemur hijab, pastikan hijab tidak dikepit dengan penyepit baju yang berbahan besi sebaliknya pilih penyepit baju berbahan plastik.
6. Ketika menggosok hijab, pastikan suhu seterika sesuai dengan jenis fabrik hijab. Anda tetu tidak mahu bukan hijab kesayangan anda berlubang.
BERIKUT DIKONGSIKAN JUGA VIDEO CARA MENGHILANGKAN KOTORAN SISA MEKAP YANG TERLEKAT PADA SHAWL PERKONGSIAN DARI TYMA SADINI:
LANGKAH PERTAMA:
Rendam shawl dengan serbuk pencuci.
LANGKAH KEDUA:
Masukkan bedak bayi (tidak kisah apa-apa jenama)
Bagi mendapatkan pilihan produk pencuci hijab, boleh KLIK di sini.
Sumber kredit: Lyss Ali dan Tyma Sadini