Nama Sharifah Rose kini bukanlah satu nama asing bagi industri hiburan tanah air, pemilik nama penuh Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd Mazfira ini adalah seorang pempengaruh media sosial, model dan pelakon wanita Malaysia.
Lebih menarik lagi, gadis cantik berusia 25 tahun ini rupanya adalah gadis kacukkan yang berketurunan Melayu, Pakistan dan Jawa. Sharifah Rose memulakan karier awalnya sebagai model dan pempengaruh media sosial sekitar tahun 2016.
Populariti Sharifah Rose Kian Memuncak
Tiga tahun kemudian, Sharifah Rose membuat kemunculan sulung menerusi muzik video berjudul “Vromm Vromm” nyanyian Nabila Razali. Kini Sharifah Rose terus mengorak langkah dalam industri sebagai anak seni.
Antara drama yang telah melonjakkan namanya sebagai pelakon muda berbakat ialah Kekasih Hati Mr Bodyguard.
Ternyata usahanya selama ini membuahkan hasil, apabila dia dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Telenovela Popular 2021 di Anugerah Telenovela. Bagaimanapun, enggan mendabik dada Rose berharap agar anugerah yang diterimanya menjadi sebuah permulaan yang baik bagi kerjaya seninya.
“Setiap orang ada titik permulaanya di mana sokongan peminat mampu memberi semangat untuk berusaha melakukan yang sebaik mungkin.
“Rose berharap agar bakat-bakat baru dalam industri ini diterima baik dan diberi peluang untuk berjaya bersama bintang-bintang handalan.
Ads
“Kejayaaan ini adalah kejayaan kita bersama dan Rose pasti dengan kemenangan ini kita dapat memberikan inspirasi kepada satu sama lain.”
‘Natural Beauty’
Terdahulu, Sharifah Rose ada berkongsi satu video tutorial makeup di Instagram. Video tersebut telah mendapat lebih 7 ribu tanda suka.
Sambil tersemyum manis, Sharifah Rose memulakan tutorial dengan wajah yang polos. Memang natural beauty!
Ramai yang terpegun dengan kecantikan asli Sharifah Rose. Bertuahnya Sharifah Rose memiliki kulit wajah yang segar, sihat dan bersih tanpa sebarang masalah kulit.
Ads
Di ruangan komen, rata-rata para pengikut dan peminatnya memuji kecantikan yang dimiliki Sharifah Rose.
Tak ketinggalan, rakan-rakan artis turut meninggalkan komen-komen pujian buat Sharifah Rose antaranya Mawar Rashid dan Nabila Razali.
Usahawan Tudung
Siapa sangka, dalam kesibukannya sebagai seorang model, influencer dan pelakon, Sharifah Rose turut memiliki koleksi tudung jenamanya sendiri iaitu Harirose.
Ads
Jenama tudungnya itu mula berada di pasaran pada awal 2022 sebagai urban modest scarf. Ia mensasarkan golongan yang sudah lama bertudung dan pertama kali mengenakan tudung.
Semoga Sharifah Rose terus sukses sebagai seorang pelakon yang ‘versatile’ seterusnya maju dalam bisnes.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA
Sudah menjadi lumrah dalam kehidupan ada pasang surutnya. Ada masa gembira dan adakalanya duka bagai putaran roda. Namun apabila sedang berduka tentunya jiwa terasa sedih dan sayu,
Dalam menghadapi apa jua bentuk kesusahan hidup yang kita lalui, kita hendaklah berfikiran positif, mengkaji dan menilai apa-apa kelemahan dan kekurangan yang ada pada diri kita.
Selain muhasabah diri, pohonlah doa kepada Allah SWT agar dipermudahkan segala urusan. Hanya kepada Allah sahajalah tempat kita mengadu dan meminta.
Melalui perkongsian Nana Ismail di laman Facebooknya, wanita ini berkongsi doa-doa yang boleh diamalkan ketika berada dalam keadaan sedih dan susah.
TIP UNTUK LEBIH TENANG KETIKA BERADA DALAM KESUSAHAN:
1. Solat fardhu awal waktu. Dapat je notification masuk waktu atau dengar azan, terus stop semua kerja dan ambil wuduk.
2. Bangun awal jam 5 pagi. Buat tambahan solat sunat untuk nak lebih dekatkan diri kita kepada Allah swt. Antaranya solat sunat Tahajud, solat sunat Taubat, solat sunat Hajat, solat sunat Fajar, solat sunat Isyraq dan solat sunat Dhuha.
3. Dari waktu subuh nak tunggu matahari terbit, boleh baca surah Yasin.
4. Wajib baca zikir setiap hari. Antaranya:
– Istighfar 101x (istighar yang penuh iaitu Astaghfirullahal’adzim, alladzi la ilaha illa huwal hayyul qoyyumu wa atubu ilaih
– Zikir Nabi Yunus 101x (La ilaha illa anta, subhanaka inni kuntu minaz zhalimin)
– Ya Allah 101x
– Selawat 101x
– Zikir Asmaul-Husna
5. Baca surah Al Fatihah untuk mak ayah, guru / mentor, dan orang yang kita tak kenal. Contoh dalam kereta, kita nampak ada orang sedang sapu sampah, terus niatkan dalam hati nak baca Al Fatihah untuk orang itu.
6.Akhir sekali untuk jadi orang yang tenang dan bahagia, sentiasa maafkan orang dan berkawan dengan semua orang. Akan ada orang yang datang dan pergi dalam hidup kita. Yang tak baik jadikan ianya sempadan dan yang baik jadikan ianya teladan.
Sumber kredit: Facebook Nana Ismail
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Kerjaya lakonan wanita tinggi lampai, pemilik nama penuh Hanez Suraya Abdul Aziz atau lebih mesra disapa sebagai Hanez mula mengorak langkah apabila diperkenalkan oleh Rosnani Jamil menerusi filem Bicara Hati yang turut dibintangi oleh Fazura dan Sheera Iskandar.
Kemudian, Hanez semakin menempa nama dalam industri seni tanahair apabila membintangi drama Love You Mr Arrogant dan juga telefilem berjudul Bimbo untuk siaran Astro Ria.
Bagaimanapun, setelah kontroversi yang melanda dirinya pada 20 Disember 2013 apabila namanya menjadi bualan hangat kerana dilabel sebagai ‘Perampas’. Semenjak itu, Hanez Suraya kini jarang kelihatan dikaca televisyen.
“Saya Tak Terfikir Untuk Kembali,” – Hanez Suraya
Namun, menerusi temubual bersama salah satu rancangan sensasi di televisyen, Hanez memaklumkan bahawa perkara berkenaan berlaku kerana dia ingin memberi lebih fokus tanggungjawabnya sebagai isteri.
“Nak kata rindu tu, sudah tentulah rindu sebab itu antara minat saya dari dulu.
“Saya kena korbankan bila suami dah tak bagi. Bukan tak bagi, cuma dia takut saya tak boleh bagi komitmen dekat keluarga. Daripada saya nak commit pun susah sebab anak lagi, mereka pun dah sekolah, saya yang kena uruskan mereka.
“Saya tak terfikir untuk kembali,” jelas Hanez.
Kolam Jiwa Perlu Bersih Untuk Gapai Kejayaan!
Malah, Hanez mengakui bahawa dia kini telah membuka buku baru dalam naskah kehidupanya dan bahagia memegang tanggungjawab sebagai ibu rumah tangga dan usahawanita, kerana bisnes tudungnya juga kian berkembang.
Menurut Hanez, suaminya, Romie Razin Adilha, menghormati keinginannya untuk menceburi bidang perniagaan sebagai galang ganti pada permintaan lelaki terbabit supaya beliau berhenti berlakon.
Menerusi posting di laman Instagram miliknya, pelakon berusia 38 tahun itu telah menitipkan satu nasihat yang bermanfaat buat peminat.
“Apa-apa yang kita nak buat, pastikan KOLAM JIWA kita kena bersih. Baru kita boleh berjaya!,” tulisnya ringkas.
Semoga perkongsian Hanez ini dapat dijadikan panduan hidup kepada semua agar sentiasa berjaya.
Untuk rekod, Hanez mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan Romie Razin pada 25 Mac 2015 dan hasil perkongsian hidup selama sembilan tahun itu, perkahwinan mereka telah diserikan lagi dengan kehadiran empat orang cahaya mata.
Ramai yang berspekulasi sebelum ini bahawa penyanyi Indonesia, Syahrini sudah berhijab dan ia ternyata benar.
Jelas Syahrini, dia akui bahawa sedang fasa untuk berubah.
“Dari awal perkahwinan hingga sekarang, saya sangat ingin berubah. Kerana tidak ada nilai ibadah dengan keadaan dunia hari ini, atau apa yang kita ada di dunia.
“Allah boleh mencabut semua nikmat ini pada bila-bila masa jika kami tidak alim dan disertai dengan aktiviti ibadah,” kata Syahrini dalam video yang dimuat naik ke YouTube Cumicumi baru-baru ini.
Tegasnya, dia mahu mula memperbaiki ibadah ke arah yang lebih baik. Isteri Reino Barack ini juga berharap untuk terus mendapat rahmat Allah.
“Jadi saya sekarang macam ni, saya nak cari akhirat saya. Allah sudah bagi saya nikmat dunia. Tapi kalau saya kejar dunia saya, takut jumlah amalannya sifar,” kata Syahrini.
“Sekarang kita akan kembali kepada kehidupan yang kekal di akhirat. Kalau kita buat macam tu, insya-Allah semua pun setuju. Jadi saya nak kejar akhirat dulu sambil beribadah dengan suami,” sambungnya lagi.
Pelantun lagu Sesuatu itu berkata bahawa penghijrahan sebenarnya bukanlah satu perkara yang mudah. Namun semuanya berbeza apabila dilakukan dengan Reino Barack.
“Sebab hijrah itu sendiri susah. Kalau bersama suami seperti sekarang ini, suami rajin beribadah. Sama-sama kami belajar dan itu yang saya rasa tidak ada harta yang Allah berikan lebih besar daripada itu,” jelas Syahrini.
Ditanya adakah dia akan terus berhijab, Syahrini segera bersetuju.
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...