Shakilla Khoriri ‘Berdekah’ Dengar Permintaan Ameena – “Awal Betul Eh Booking?”

Share

Siapa tidak kenal dengan pelakon jelita, Shakilla Khoriri yang juga merupakan bekas isteri kepada penyampai radio Fizi Ali.

Ibu tunggal kepada seorang cahaya mata perempuan, Ameena Sofia itu baru-baru ini memuat naik gelagat puteri tunggalnya yang secara spontan menyatakan hasrat untuk memiliki kesemua baju miliknya untuk dipakai ketika besar nanti.

Bagaimanapun, gelagat Ameena itu telah mengundang tawa si Ibu sekaligus membuatkan rata-rata netizen yang menyaksikan momen lucu berkenaan turut terhibur dengan keletah Ameena yang disifatkan sebagai comel dan bijak!

Tak Besar Lagi Dah ‘Cop’ Baju Ummi

@shakillakhoriri Dia baru 3 tahun tapi dia punya nak pinjam baju Umi tu awal betul eh booking 😂🤚🏻#AmeenaSofia ♬ original sound – shakillakhoriri

Gelagat Ameena itu dimuatnaik oleh Shakilla sendiri menerusi laman Tik Tok miliknya, memaparkan perbualan dirinya bersama Ameena.

“Ummi, nanti Ameena dah besar pakai baju ni tak boleh. Ini untuk budak-budak. Ameena nak pinjam baju Ummi boleh?” Ujar Ameena.

Terkejut mendengar permintaan spontan Ameena yang baru berusia tiga tahun itu, Shakilla terus berhambur gelak dan akui terhibur dengan keletah puterinya itu.

“Dia baru 3 tahun tapi dia punya nak pinjam baju Umi tu awal betul eh booking,” tulis Shakilla pada ruangan kapsyen di hantaran berkenaan.

Meninjau ke ruangan komen hantaran itu, Hijabista mendapati rata-rata netizen meninggalkan respons terhibur sebaik sahaja melihat gelagat anak kecil itu, berikut adalah antara komen yang ditinggalkan wargamaya.

“eeee cuteeee nyaaa ameenaa😍😍❤️.”

“sopannya dia mintak kebenaran Umi dlu…so sweet la ameena🥰.”

“Comelnya ameena, nampak bijqk dia walaupun kecik lagi tapi otak dia dh fikir jauh kedepan 😂.”

Apapun, Hijabista mendoakan agar Ameena Sofia membesar menjadi anak solehah yang bijak dan sentiasa memberi kegembiraan serta menghiburkan hati kedua ibu bapanya kelak.

Sumber: Tik Tok Shakilla Khoriri

Artikel berkaitan: 

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Haifa Nasir