Shaheizy Sam Dan Isteri Terima ‘Seruan Ilahi’ Sekali Lagi, Yakin Allah Pelihara Keluarga Dan Anak!

Share

Pasangan merpati dua sejoli, Shaheizy Sam dan isteri, Syatilla Melvin dikhabarkan telah terbang ke tanah suci Mekah bagi tujuan melaksanakan ibadah umrah semalam.

Hijabista difahamkan ini bukanlah umrah pertama yang dikerjakan pasangan ini, kali terakhir adalah pada tahun lalu. Bagaimanapun, kali ini Sam dan Syatilla hanya mengerjakan umrah berdua dan terpaksa meninggalkan ketiga-tiga cahaya mata mereka.

Ibu Dan Bapa Pergi Dulu Ya, Allah Jaga Semuanya!

Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Syatilla menerusi satu muatnaik hantaran berbentuk foto di laman Instagram miliknya memaparkan mereka bersama anak-anaknya di lapangan terbang serta meminta para pengikut dan juga wargamaya agar mendoakan kelancaran perjalanan dan urusan mereka.

“Doakan perjalanan kami,” tulisnya ringkas pada ruangan kapsyen hantaran tersebut.

Untuk rekod, hasil perkongsian hidup bersama selama tujuh tahun Sam dan Syatilla telah dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Syeriv Samhiezy, 6, Sarima Samhiezy, 3, Salama Samhiezy, 2 sebagai penyeri perkahwinan mereka.

Artikel berkaitan: Malu Akui Pertama Kali Tunai Solat Dhuha, Syatilla Melvin Mahu Kongsi Hikmah Disebaliknya

Menerusi hantaran sama, Syatilla turut berkata dia bertawakal dan menyerahkan ketiga-tiga anak mereka di bawah perlindungan Allah SWT, sepanjang ketiadaan mereka.
“Bubu and bapak go first ok. Allah jaga semua, pasti,” pintanya.

Selaim Sam dan Syatilla, sebahagian keluarga Syatilla dilihat turut berangkat bersama-sama bagi menunaikan ibadah berkenaan termasuk Syafiqa Melvin.

Hijabista mendapati bahawa, berikutan muat naik hantaran berkenaan, ruangan komen Syatilla telah dibanjiri dengan doa yang dititip para pengikutnya agar urusan mereka dipermudahkan.

Sumber: Instagram Samtilla

Artikel berkaitan: ‘Lillahi Ta’ala Saya Tak Ambil Satu Sen Pun’- Syatilla Melvin Niat Sedekah Keuntungan Bagi Bina Masjid

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Haifa Nasir