Sebut sahaja filem Kuch Kuch Hota Hai, pasti sis semua kena dengan hero utamanya yang juga bintang lagenda bollywood, Shah Rukh Khan.
Pada Jumaat lalu, pelakon kacak itu sempat memenuhi undangan menghadiri Pesta Buku Antarabangsa Sharjah 2022 (SIBF 2022) di Emiriah Arab Bersatu (UAE), sebelum berangkat pulang ke Mumbai, India keesokan harinya.
Namun apa yang memeranjatkan adalah, Shah Rukh Khan telah ditahan oleh kastam sebaik sahaja mendarat di lapangan terbang Mumbai.
Di Tahan Kerana Bawa Jam Tangan Mewah Bernilai RM 103,086
Media tempatan Times Now melaporkan bahawa Shah Rukh Khan ditahan oleh pegawai kastam atas kesalahan membawa jam tangan mewah bernilai Rs 18 lakh (RM103,086).
Sehubungan itu, susulan kelasahan yang dilakukan, Shah Rukh Khan didenda dan perlu membayar penalti sebanyak RM39,115.41 (Rs 6.83) sebagai duti kastam.
Artikel berkaitan: Bertahan Selama 32 Tahun, Ini 3 Rahsia Rumah Tangga Shah Rukh Khan & Isteri ‘Maintain’ Bahagia
Bagaimanapun, pada Pesta Buku yang dihadirinya, Shah Rukh dinobatkan sebagai Ikon Global Pawagam dan Naratif Budaya, kerana beliau merupakan antara penyumbang terbesar industri seni dan kebudayaan negara hingga ke layar antarabangsa.
Sewaktu mengambil anugerah, Shah Rukh Khan telah memberikan pose ‘signaturenya’ dalam salah satu babak filem Dilwale Dulhania Le Jayenge. Selain itu, Shah Rukh Khan turut menawan hati para peminat dengan mengungkapkan beberapa buah dialog ikoniknya dalam filem Baazigar dan Om Shanti Om.
Aksinya itu telah mengundang pelbagai reaksi teruja dari para peminat yang bersorak dan histeria sambil memberi ‘flying kiss’ dan melambai tangan ke arah peminat sewaktu mereka menjerit ‘I love you Shah Rukh!’
Sumber: Instagram Shah Rukh Khan & Times Now
Artikel berkaitan: Patutlah Bintang Bollywood Cantik-cantik Belaka, Rupanya Ini Rahsia Wanita India
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.