Pelakon terkenal, Aeril Zafrel berkongsi sesuatu yang cukup memberikan suatu pengajaran buat kita semua iaitu mengenai amalan sewaktu kehidupan kita yang akan dipersoalkan di akhirat kelak.
Kita akan bertanggungjawab di atas setiap tingkah laku dan lisan yang telah kita tutur dan lakukan. Malanglah kita jika masih terus leka dan lalai dalam melakukan dosa tiap hari.
Setiap tulisan yang kita tulis akan diperhitungkan pada hari Qiamat. Sama ada kita menulis dengan nama asli dan orang-orang mengenalimu, atau kita sembunyikan identiti dengan nama samaran. Jika yang kita tulis itu adalah kebaikan, maka ia akan menjadi kebaikan untuk kita. Jika yang ditulis adalah keburukan, maka tulisan itu akan menjadi keburukan untuk diri sendiri.
Bukankah ALLAH mengajar kita sekiranya datang pada kita orang yang fasiq (sengaja melanggar titahNya) membawa khabar berita/cerita maka hendaklah diselidiki dengan penuh teliti.
Kerana apa?
Lantaran boleh ada keraguan pada kejujurannya menyampaikan. Betapa tidak, jika janjinya pada Tuhan Yang Maha Mengetahui Tersurat & Tersirat pun berani dimungkiri dengan sengaja melanggar suruhanNya. Inikan pula kata-katanya pada manusia yang serba kedhaifan – haruslah berhati-hati menyikapinya.
Jagalah kebersihan hati agar kita boleh mengenali diri melalui rasa hati. Tanpa penyucian jiwa akan selalu kita mengeluarkan kata dan tindakan yang tergelincir daripada ‘kesukaan’ Baginda Nabi dan ALLAH RAFIQUL A’LA.
Jika tidak, kita akan dengan sengaja mudah terpaut pada kebencian dan meremehkan kebenaran yang dituai untuk membenci, menghina dan mencari salah orang lain ; mencetuskan perbalahan bahkan suka melihat orang lain susah dah jatuh.
Justeru, ayuh kita manfaatkan bulan Syaban yang diberkahi untuk memuhasabah dan membaiki diri agar kita dapat merasa ‘nikmat’ erti sebenar Ramadhan yang menjelang tiba nanti, InsyaALLAH. .
Orang yang benar benar beriman dan bertaqwa saling berkasih sayang. Janganlah kita menjadi diantara kalangan punca pemutus kasih sayang kerana itu menjadi ‘dosa jariah’ yang tak tertanggung di akhirat nanti.
Semoga kita menjadi orang yang dicintai ALLAH dan dijauhi kita sejauh jauhnya dari menjadi ‘wali-wali’ syaitan dalam golongan manusia.
#IbnuSunari #MeminjamHikmah #KiyaiFattah