Selebriti terkemuka negara, Neelofa telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 33 pada hari ini. Berbeza berbanding tahun sebelumnya, ia menjadi hari yang teristimewa buat dirinya kerana pada tahun ini dia meraikannya sebagai seorang ibu.
Dihujani pelbagai ucapan daripada ramai pihak, ibunya yang tersayang iaitu Datin Noor Kartini turut menitipkan ucapan istimewa buat anaknya yang tercinta itu di laman instagramnya.
Happy Birthday anakku sayang @neelofa ❤️
Ya Allah terima kasih atas anugerahmu ini, yang telah memberikanku satu kenikmatan hidup yg tidak pernah terfikir dek akal ..
Alhamdulillah syukur Ya Allah.. semoga segala asbab dari karunia ini Allah ganjarkan dgn nikmat yg luar biasa untuk mu wahai anakku ,dengan segala kebaikkanmu Allah permudahkan segala urusan Dunia dan Akhiratmu, dengan ketaatanmu Allah buka segala pintu2 rahmatnya untukmu, dengan ketaatanmu Allah sentiasa meredhaimu, kerana mama setiap detik dan setiap saat meredhaimu dan mendoakan keberkatan untuk mu wahai anakku
❤️Moga Allah panjangkan usiamu dgn kesehatan yg afiyah dan rezeki yg barokah dan sentiasa dlm kecukupan .. amiin
Moga dgn kehadiran Bilal dlm hidupmu lebih menambahkan keserian dan kebahagiaan hingga ke Syurga .. love you Ummi Bilal sayang
❤️Di ruangan komen, ramai yang terharu dengan ucapan tersebut dan mengagumi hubungan erat di antara ibu dan anak ini.
Happy Birthday Neelofa!