“Setiap Malam Menangis, Tak Boleh Tidur …” Gadis Ini Kongsi Pengalaman Tinggal Sebulan Di Wad Psikiatri

Share

Tidak dinafikan masalah kemurungan atau depresi juga sering berlaku di kalangan insan yang berada di sekeliling kita. Cuma kadang-kadang kita tidak perasan kewujudan sipmtom ini kerana tidak begitu bersikap ambil peduli. Melihat teman kita seperti biasa tiada masalah, tetapi sebabaliknya berdepan penyakit mental yang semakin membimbangkan ini. Seperti perkongsian gadis ini yang bukan sahaja pernah mengalami kemurungan, tetapi juga berpengalaman tinggal di wad psikiatri hampir sebulan.

Dalam tempoh itu pelbagai pengalaman yang dirasainya. Pelbagai ragam pesakit dilihat, malah ada yang lebih teruk dari kemurungan yang dialaminya. Perkongsiannya menggunakan nama akaun @bqishamin

di laman tiwtter ini mendapat retweet lebih 15 ribu.

Mula-mula admitted memang rasa takut & keseorangan

Menyangka pastinya tempat itu (wad psikiatri) dipenuhi oleh orang yang dianggap ‘gila’

 

Nak tidur malam pun susah. Setiap hari pasti ada drama baru ‘berlaku’.  Ada yang menjerit dan bergaduh sesama sendiri. Dah la tak boleh bawak telefon, jam gelang atau cincin.

Berat badan turun mendadak dari 63 kg ke 42 kg walaupun makan 5 kali sehari. Tapi tak pernah habis, lepas 6 suap terus buang. Ada juga kes pesakit terutama yang skizoprenia yang aniaya nurse tengah mengandung sebab dengar bisikin dan bayangan.

Dapat kawan nama Sarah, cantik macam orang putih. Dialah peneman mandi, makan dan tidur pun peluk dia.

Ada juga pesakit yang meracau akibat kemurungan ini. Dengar juga pengalaman orang lain yang cuba cederakan diri sendiri.

Macam-macam lagi cerita yang ‘menyeramkan’.

Di sinilah tempatnya, pagar macam di penjara. Masuk wad je tudung memang tak boleh pakai.

Semua pesakit dipandang ‘gila’ dan mental oleh masyarakat, tetapi sebenarnya mereka adalah orang yang baik.

Struggle berdepan dengan masalah kemurungan hingga menyebabkan dia berhenti kolej. Malah nampak bayangan diri kerat nadi dan leher.

Terima macam-macam reaksi dari ahli keluarga. Kakak cakap sebab malas solat dan malas baca Quran.

Sebulan duduk tanpa TV, muzik, telefon dan segalanya. Cuma ada notebook dan pen.

Sebelum masuk, pernah beberapa kali cuba cederakan diri sendiri.

Sampai sekarang fobia naik motor atau kereta sebab takut langgar orang nanti. Rasa diri happy tapi tak happy dan semunya kosong.

Cuba jauhkan diri dari orang tapi beruntung jumpa dengan orang yang boleh bagi kesedaran tentang sakit mental ini.

Jangan cakap orang yang kemurungan / mental illness ini lemah iman, tak ingat Tuhan atau tak solat

Published by
Siti Zurina