Bulan lalu viral kisah seorang pendakwah bebas menceraikan isterinya yang sedang mengandung. Perbuatan berkenaan telah mengundang kemarahan netizen kerana dianggap kejam dan tidak bertanggungjawab.

Ramai menyalahkan pendakwah berkenaan atau lebih dikenali dengan panggilan PU Abu dan menyelar tindakan berkenaan. Netizen juga turut menzahirkan simpati pada wanita ini yang hanya sempat beberapa bulan mengecap kebahagiaan sebagai pasangan suami isteri.

Tidak mahu mendengar hanya di sebelah pihak, Hijabista terpanggil mengatur sesi temubual bersama wanita kelahiran Klang, Selangor ini. Biarpun penampilannya berniqab, namun terpancar kegembiraan di sebalik sinar mata yang begitu ikhlas.

“Setiap Malam Baca Surah Taha &  Ar Rahman” – Sarat Hamil, Bekas Isteri PU Abu Amalkan Ini Untuk Ubati Hati
Reda dengan apa yang berlaku.

Reda & Tiada Dendam

Bagi Ain ‘Afini Latif, 23 tahun, dia sedar dirinya jadi bahan viral disebabkan kes berkenaan. Namun sebenarnya empunya diri cukup reda dengan apa berlaku. Tidak ada dendam pada pihak berkenaan, sebaliknya mengakui dirinya tetap masih bersahabat dengan lelaki yang pernah dipanggil suami itu.

“Alhamdulillah saya sebenarnya sudah reda dengan apa yang berlaku. Saya anggap ini adalah sebahagian ujian yang Allah berikan pada saya. Tidak ada sedetik pun rasa untuk sedih. Saya anggap memang tak ada rezeki dan mungkin bahagian kita pada masa yang lain.

“Setiap Malam Baca Surah Taha &  Ar Rahman” – Sarat Hamil, Bekas Isteri PU Abu Amalkan Ini Untuk Ubati Hati
Syawal ini tanpa kehadiran suami di sisi.

“Dalam hal ini saya sangat-sangat beruntung kerana mendapat sokongan ahli keluarga. Mereka jadi kekuatan saya untuk menghadapi semua dugaan ini. Saya pegang satu benda je, parent saya tak deserve untuk tengok saya bersedih.

“Bagi saya mereka sudah jaga saya dari kecik dengan penuh kasih sayang. Takkan bila sudah besar ini kita nak mereka lihat kehidupan kita yang begini. Jadi tidak ada masa untuk bersedih. Saya memang kena kuat hadapi segalanya,” ujar Aina yang hanya alami fasa sedih di awal-awal.

Ads

Keluarga Sangat Positif & Beri Sokongan

Menurutnya, apabila berada dalam keadaan begitu memang akan menyebabkan diri rasa tidak tenang.

“Jadi berbalik pada diri sendiri untuk keluar dari kepompong (sedih) berkenaan. Jika kita masih berada dalam situasi itu (tidak keluar dari fasa sedih), tidak ada gunanya. Macam saya katakan tadi, keluarga tak deserve untuk lihat saya bersedih.

“Mak ayah saya sangat positif orangnya. Mereka tidak pernah bercerita mengenai anak orang lain. Dan bila terkena pada anak sendiri, keduanya sangat positif. Kata mereka lagi, ‘Tak apalah Allah nak tunjuk sesuatu yang lebih baik”. Mereka tidak salahkan orang lain dan berkata ujian ini adalah bahagian Ustaz,” jelas Ain yang mempunyai cara tersendiri untuk merawat hati sendiri.

“Setiap Malam Baca Surah Taha &  Ar Rahman” – Sarat Hamil, Bekas Isteri PU Abu Amalkan Ini Untuk Ubati Hati
Sarat mengandung anak pertama.

Rawat Hati Baca Sura Taha & Ar Rahman

“Apa yang saya buat adalah dengan berdoa dan reda dengan apa yang Allah berikan. Setiap malam juga saya amalkan baca surah Taha dan Ar Rahman sebelum tidur. Saya amalkan sampailah sekarang. Bagi saya ayat itu memberi kekuatan berhadapan dengan segala ujian yang melanda.

Ads

“Dalam ayat itu Tuhan menyembut ‘Maka Nikmat Tuhan Mana Lagi Yang Kamu Dustakan’ dan inilah yang jadi pegangan pada saya selama berhadapan ujian ini. Saya akan baca sebelum tidur dan kalau tak baca pun saya akan pasang kedua-dua surah berkenaan.

“Biasanya saya akan baca surah berkenaan pada waktu malam sebelum tidur kerana inilah waktu terbaik kita sedang dalam keadaan rileks,” tambahnya yang kini sedang sarat mengandung anak pertama, 8 bulan.

“Setiap Malam Baca Surah Taha &  Ar Rahman” – Sarat Hamil, Bekas Isteri PU Abu Amalkan Ini Untuk Ubati Hati
Amalkan Sura Taha & Ar Rahman ubati hati.

Biarpun tanpa kehadiran suami di sisi, tapi bagi Ain ia tidak jadi masalah padanya. Memandangkan sebelum ini dia lebih senang menjalani hidup berdikari.

“Buat masa ini saya memang ambil cuti dua bulan dari pengajian di UIAM (kursus Sosiologi & Antropologi). Insya-Allah lepas bulan 9 nanti saya akan masuk belajar balik. Saya terpaksa bercuti kerana ada masalah kesihatan sepanjang mengandung ini. Saya sebenarnya seorang yang aktif, bergerak laju dan buat kerja jenis cepat. Kadang-kadang saya tak sedar pun diri saya tengah mengandung.

Ads

“Oleh sebab itu baru-baru ini baby tak bergerak aktif. Bukan sebab saya stress disebabkan masalah peribadi. Doktor kata sebab keadaan saya yang terlampau aktif. Sepanjang mendapatkan rawatan kesihatan di hospital, ayahlah yang akan temankan saya,” tambahnya yang tidak ada masalah bergerak sendiri tanpa kehadiran suami di sisi.

“Setiap Malam Baca Surah Taha &  Ar Rahman” – Sarat Hamil, Bekas Isteri PU Abu Amalkan Ini Untuk Ubati Hati
Tidak akan pisahkan hubungan anak dengan ayahnya nanti.

Jenis Independence

“Sebelum kahwin saya memang jenis independence dan senang bergerak ke sana ke mari seorang diri. Malah masa awal-awal pun memang Ustaz sibuk ceramah sana sini, jadi saya pergi checkup sendiri.Saya pula jenis tak suka bergantung pada orang lain.

“Awal kehamilan hari itu saya ok je tak seperti wanita hamil lain yang sering dimanjakan suami. Tapi di akhir kehamilan ini ada juga terdetik perasaan itu. Tapi saya anggap tak ada rezeki dan mungkin bahagian saya nanti pada masa lain.

“Alhamdulillah segala persiapan untuk menyambut kelahiran anak ini sudah tersedia. Dan saya juga mahu keluarga ada di sisi saat mahu melahirkan nanti. Insya-Allah walaupun tanpa kehadiran suami di sisi, saya berjanji akan jaga anak ini dengan sebaiknya. Saya doakan anak ini nanti jadi anak yang soleh. Malah saya turut harapkan apa yang terjadi ini tidak pecah belahkan hubungan dengan ayahnya.

“Setiap Malam Baca Surah Taha &  Ar Rahman” – Sarat Hamil, Bekas Isteri PU Abu Amalkan Ini Untuk Ubati Hati
Rancang untuk buka sebuah kafe satu hari nanti.

“Kami masih bersahabat baik. Ini semua dilakukan untuk kebaikan anak yang bakal lahir nanti. Kalau nak fikir salah masing-masing memang banyak tetapi saya pilih pendekatan untuk berbaik-baik dengan Ustaz. Takkan kita nak tunjuk pada anak nanti perkara yang tidak elok. Bagi saya broken family tak semestinya berakhirnya dengan sesuatu yang tak baik.

“Insya-Allah saya akan beri kasih sayang yang secukupnya dan tak akan berkurang walau sikitpun. Biarpun keluarga kecil kami tak complete, tapi hubungan dengan ayah tetap akan diteruskan,” tambah Ain yang memasang impian satu hari nanti untuk membuka sebuah kafe. Ini kerana dia mempunyai minat memasak dan kembali menulis dalam blog.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI