Setiap perkara yang kita lakukan, akan terbalas semula berpandukan dengan niat dan cara yang kita lakukan itu. Jadi apakah ia betul ungkapan “sepertimana kamu lakukan kamu akan dibalas balik” itu?
Pernahkah anda dengar ungkapan “sepertimana kamu lakukan kamu akan dibalas balik”? Ia merupakan sebuah ungkapan yang masyhur. Ianya diambil dari sebuah riwayat seperti yang direkodkan oleh Abdul Razzaq dalam Musannafnya seperti ini:
Maksudnya: “Kebaikkan tidak akan pudar, dosa tidak akan dilupa, al-Dayyan(Allah yang Maha Membalas segala amalan hambanya) tidak akan mati, jadilah sepertimana yang kamu ingin, sepertimana yang kamu lakukan kamu akan dibalas.”
Namun, riwayat ini telah dianggap daif oleh para ulama hadis seperti Ibn Hajar al-Asqalani dalam Fath al-Bari namun maknanya adalah benar. Dalam ungkapan hadis, Nabi Muhammad SAW telah membuat peringatan bagi sesiapa sahaja yang memudahkan urusan orang lain, maka Allah SWT akan memudahkan urusan mereka.
Ads
Manakala penjelasan Imam Ahmad dalam al-Zuhd meriwayatkan hadis ini secara mauquf kepada Abu Darda’. Riwayat ini merupakan munqati’ kerana Abu Qilabah tidak pernah bertemu dengan Abu Darda’. Walaupun begitu, terdapat syawahid dari hadis Ibn Umar yang diriwayatkan oleh Ibn Adi dalam al-Kamil. Beliau menyebutkan beberapa riwayat dari Muhammad bin Abdul Malik al-Ansari beliau menyatakan bahawa:
Maksudnya: “Setiap hadis-hadis yang diriwayatkannya tidak terdapat penguat (mutabaat) dari perawi yang thiqah dan dia seorang perawi yang daif jiddan[6].”
Manakala ada yang dijelaskan lagi oleh Imam al-Munawi tentang makna hadis itu:
Maksudnya: “Sepertimana kamu lakukan kamu akan dibalas dan sepertimana kamu lakukan (kepada orang lain) kamu juga akan dilakukan dengan perkara yang sama[10].”
Riwayat itu juga selaras dengan sepotong ayat dari hadis Nabi Muhammad SAW yang bersabda:
مَن نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِن كُرَبِ الدُّنْيَا، نَفَّسَ اللَّهُ عنْه كُرْبَةً مِن كُرَبِ يَومِ القِيَامَةِ، وَمَن يَسَّرَ علَى مُعْسِرٍ، يَسَّرَ اللَّهُ عليه في الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ، وَمَن سَتَرَ مُسْلِمًا، سَتَرَهُ اللَّهُ في الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ، وَاللَّهُ في عَوْنِ العَبْدِ ما كانَ العَبْدُ في عَوْنِ أَخِيهِ
Ads
Maksudnya: “Siapa yang membebaskan seseorang dari kesusahan dunia maka Allah akan melepaskannya dari kesusahan hari kiamat. Siapa yang memudahkan orang yang dalam kesusahan maka Allah akan memudahkannya di dunia dan akhirat. Siapa yang menutup aib saudaranya yang Islam maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan membantu hamba selagimana hamba membantu saudaranya.”
(Riwayat Muslim)
Jadi sebagai kesimpulan, kita perlu ketahui untuk membuat baik kepada sesama manusia mahupun makhluk yang lain agar kita dilindungi oleh Allah SWT. Membuat jahat itu satu pilihan, maka fikirkan dengan baik apa yang patut anda lakukan.
Selebriti yang satu ini memang tidak lepas dengan pelbagai kontroversi. Namun jauh di sudut hatinya seperti orang lain terselit sifat murni yang cukup mendalam. Pelakon, pengacara dan usahawan Neelofa baru-baru ini telah membuat kerja amal atau CSR dengan mengunjungi pesakit kanser kanak-kanak di Hospital Kuala Lumpur. Lari dari kebiasannya yang tampil penuh glamour, penampilan Neelofa kali ini cukup sederhana. Walaupun hanya mengenakan blous serta seluar besar dan hijab bawal namun aura pelakon ini tetap terserlah.
Nyata penampilannya itu turut mendapat pujian netizen yang suka melihat Neelofa menggayakan tudung bawal dan merindui pelakon ini bergaya dengan hijab ini.
Netizen turut memuji nawaitunya yang ikhlas mendekat pesakit kanser berkenaan sebagai sebahagian projek amal bagi hos Meletop ini.
“Terima kasih kepada yang menyertai program csr ini bersama kami.
“Saya datang untuk menghiburkan mereka, tetapi mereka pula yang menghiburkan kami di sini dengan usikan nakal dan kasih sayang mereka,” tulisnya.
Dalam pada itu, video berkenaan turut melihatkan Neelofa sedang beramah mesra dengan salah seorang pesakit kanser bernama Alif.
Alif yang merupakan peminat tegar plantun lagu Yang Terindah nyanyian Achey telah menghiburkan orang ramai di situ apabila menyanyikannya dengan penuh perasaan.
Ternyata nyanyiannya telah menghiburkan Neelofa yang turut menyampaikan pesanan adik berkenaan yang mahu berjumpa dengan pelawak Achey.
Senaman dan tabiat pemakanan, umur, jantina dan status kesihatan anda semuanya mempengaruhi bilangan pembuangan air besar yang dialami pada hari tertentu. Walaupun tidak ada jumlah pergerakan usus yang harus dilakukan seseorang, adalah tidak normal dan mungkin berbahaya untuk pergi tiga atau lebih sedikit seminggu.
Selalunya, sembelit menyebabkan pergerakan usus yang bukan sahaja jarang, tetapi juga keras dan sukar untuk dikeluarkan. Ini membawa kepada ketegangan yang berlebihan dan masa yang dihabiskan di tandas.
Punca sembelit berbeza-beza. Keadaan ini mungkin hanya disebabkan oleh perkara seperti dehidrasi atau makan makanan dengan serat yang terlalu sedikit. Dalam kes lain yang lebih serius, sembelit boleh berlaku akibat tekanan, perubahan hormon, kecederaan tulang belakang, masalah otot, barah, dan masalah struktur lain yang mempengaruhi saluran pencernaan.
Rawatan cepat berikut dapat membantu mendorong pergerakan usus dalam beberapa jam.
1. Suplemen serat
Makanan tambahan serat tersedia dan berkesan untuk mendorong pergerakan usus jika diet rendah serat adalah penyebab sembelit anda. Ia berfungsi dengan menambahkan pukal atau jumlah, ke dalam najis. Ini membantu membuang najis melalui usus anda dan keluar dari badan.
2. Makan hidangan serat tinggi
Cubalah makanan ini yang tinggi serat:
oat
roti gandum atau bijirin
sayur-sayuran berserat dan buah-buahan
beras dan kacang
Pastikan minum banyak air dengan makanan ini, kerana ia akan membantu mendorong najis anda melalui sistem anda.
3. Minum segelas air
Penghidratan yang betul, biasanya sekurang-kurangnya lapan gelas cecair jernih 8 ons sehari diperlukan untuk pergerakan usus yang normal. Jika anda sembelit dan tidak minum air yang mencukupi, pengambilan segelas besar air atau cecair jernih lain boleh mencetuskan pergerakan usus.
4. Ambil perangsang pencahar
Perangsang pencahar dirancang untuk memaksa pergerakan usus dengan meremas usus. Anda boleh mendapatkan perangsang di kaunter farmasi tempatan anda.
5. Cuba julap pelincir
Pencahar pelincir seperti minyak mineral menambah lapisan licin ke dinding usus anda yang membolehkan najis bergerak melalui usus besar dan keluar dari badan dengan lebih mudah. Ambil minyak mineral tidak lebih dari dua jam selepas makan malam. Jangkakan hasil dalam masa enam hingga lapan jam.
6. Gunakan pelembut najis
Salah satu penyebab sembelit yang biasa adalah dehidrasi, yang boleh menyebabkan najis keras. Menggunakan pelembut najis, seperti sodium docusate (Colace) atau docusate calcium (Surfak), dapat melembapkan najis dengan menarik air dari usus anda. Ini membolehkan najis keluar dari badan dengan lebih mudah.
7. Posisi mencangkung untuk membuang air besar
Letakkan kaki anda di atas bangku di depan tandas semasa anda buang kotoran – jadi badan anda pada dasarnya berada dalam posisi mencengkung dan bukannya dalam posisi duduk . Posisi ini dapat membantu anda membuang najis tanpa regangan.
8. Bersenamlah
Senaman ringan, seperti berjalan atau berjoging, boleh menggalakkan pergerakan usus dengan meningkatkan aliran darah ke seluruh perut anda.
9. Cuba urut kolon
Mengurut usus besar dapat membantu merangsang usus.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe .
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Oat bukan sahaja membantu untuk menurunkan berat badan tetapi dalam masa yang sama juga boleh menjadi medium perawatan kecantikan wajah. Kulit kembali glowing, parut dan jerawat hilang, tak perlu belanja mahal. Dikatakan ramai wanita Korea mengamalkan tip ini.
Parut dan jerawat pada wajah pasti membuatkan seseorang itu rasa rendah diri. Telah banyak produk yang dicuba namun semuanya tidak mendatangkan hasil. Sebenarnya selain menggunakan produk perawatan wajah, rawatan menggunakan produk semula jadi juga amat membantu.
CARA-CARA MEMBUAT:
1. Rendam oat dalam air semalaman. Letak dalam bekas.
2. Esok paginya cuci muka guna air rendaman oat itu. Jika hendak lebih senang, letak dalam botol spray.
3. Spray pada wajah guna air rendaman oat tersebut kemudian bilas. Perubahan yang boleh dilihat ialah kulit kurang berminyak dan parut makin pudar, kulit pun cerah.
4. Apabila kulit mengalami alahan, buat hal naik jerawat dan sebagainya, cuci muka dengan air oat ini.
5. Lakukan 2-3 kali seminggu. Daripada guna cleanser yang harsh, pedih dan keringkan kulit waktu, lebih baik waktu pagi guna air oat.
6. Jangan berharap kesan seawal 24 jam sebab ia menggunakan bahan natural. Dalam produk skincare banyak sahaja guna oat memang membantu mencantikkan kulit wajah.
Apa-apa jua petua yang menggunakan bahan-bahan semula jadi sedikit lambat menampakkan kesannya. Sebab itulah anda perlu bersabar. Namun kebaikan menggunakan bahan semula jadi ialah ia tiada kesan sampingan.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...