Setelah Setahun PJJ, Dayah Bakar & Anak Akhirnya Kembali Bertemu Suami Di Australia

Share

Usai menjalani kuarantin selama 14 hari, Dayah Bakar akhirnya bertemu suaminya, Muhammad Hanif bersama anak mereka iaitu Achbar Muhammad Fahri di Australia.

Sebelum ini, Dayah terpaksa berjauhan dengan suaminya disebabkan bertugas di perantauan. Pandemik Covid-19 juga menyukarkan lagi peluang mereka sebelum ini untuk bertemu.

Menerusi laman instagram peminat @dayahlova, foto-foto momen keluarga kecil ini bersatu telah dimuat naik di situ.

 

 

Berikutan itu, warganet meluahkan rasa terharu mereka dan turut tumpang gembira apabila melihat senyuman keluarga ini selepas bertemu kembali.

Menghargai momen yang ada, Dayah mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada dunia pengacaraan kerana dia dan Fahri akan menetap di Australia selama setahun bersama Hanif.

Published by
Team Hijabista