Model jelita dan bintang realiti televisyen Perancis, Marine El Himer mengumumkan bahawa dia kini telah memeluk agama Islam. Menurutnya, ketika memutuskan berhijrah adalah moments terindah dan paling menggembirakan dalam hidupnya.
Lebih menakjubkan apabila, dua hari setelah menganuti agama Islam, menerusi laman Instagram miliknya, Himer telah berkongsikan gambar dirinya mengenakan hijab sewaktu sedang menjalani ibadah umrah di tanah suci Mekah.
Himer Teruja Jejak Tanah Suci Lepas Peluk Islam!
Menerusi hantaran tersebut dapat dilihat Himer mengambil gambar dirinya sedang menyentuh kaabah yang merupakan Qiblat utama umat Islam di seluruh dunia.
“Inshaallah, tiada kata-kata yang mampu saya gambarkan bertapa teruja, gembira dan penuh emosinya saya ketika menikmati saat indah ini yang merupakan sebuah perjalanan rohani yang diharapkan akan terus membimbing serta menaikkan semangat saya bergelar umat Islam, inshaallah,” tulis Himer pada ruangan kapsyen menerusi hantaran itu.
Teliti Sejarah Islam, Sebelum Terima Hidayah!
Memetik laporan media Perancis, Himer yang dibesarkan oleh bapa tirinya, banyak menghabiskan masa untuk meneliti sejarah Islam sebelum tertarik untuk menganutinya kini.
Ads
Jelas Himer, keputusan yang diambilnya untuk memeluk agama Islam bukanlah satu perkara baharu. Malah keputusan yang dilakukannya itu setelah melakukan pelbagai pertimbangan menerusi jiwa raga serta hati nuraninya yang tertarik dengan keindahan Islam.
Para pengikut Himer di laman Instagram meluahkan rasa gembira, bersyukur dan berterima kasih, apabila selebriti kegemaran mereka dan juga pempengaruh media sosial yang mempunyai follower mencecah 1.5 juta itu sudi memeluk Islam.
Untuk rekod, di Perancis, nama Himer mulai melonjak naik dan dikenali ramai menerusi rancangan realiti televisyen yang berjudul “Les Princes et Les Princesses de l’Amour (Putera dan Puteri Cinta).”
10 malam terakhir Ramadan sudah pun ‘tiba.’ Pecutan untuk mengutip segala ganjaran pahala yang disediakan dari awal hingga akhir bulan mulia ini sepatutnya semakin hebat.
Apatah lagi, ketika ini hadiah cepu emas sedang menanti mereka yang bersungguh-sungguh mendapatkannya, iaitu malam lebih baik daripada 1,000 bulan seperti difirmankan Allah SWT dalam surah al-Qadar.
Firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami menurunkan (al-Quran) ini pada malam al-Qadr; Dan apakah engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam al-Qadr itu? Malam al-Qadr itu lebih baik daripada 1,000 bulan. Pada malam itu malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka untuk mengatur segala urusan. Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar.” (Al-Qadr: 1-5)
Pastinya, kita tidak mahu termasuk dalam golongan yang rugi, iaitu tidak melakukan sebaik mungkin bagi mendapatkan pahala berlipat ganda dan kurniaan lain disediakan Allah SWT, khususnya malam yang menyamai 1,000 bulan.
Dari Abu Hurairah dikatakan bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang mendirikan Lailatul Qadar dengan iman dan ketakwaan, maka Allah akan menghapuskan semua dosanya yang berlalu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Mendirikan malam al-Qadar bermakna mengisi malam itu dengan pelbagai ibadat dan menjauhkannya daripada semua perbuatan maksiat hingga ia benar-benar menjadi malam yang penuh kebaikan dan keberkatan.
Ada beberapa amalan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dan sahabat pada malam-malam akhir Ramadan untuk mengisi Lailatul Qadar. Antaranya:
MANDI, BERPAKAIAN INDAH DAN BERHARUM-HARUMAN
Diriwayatkan oleh Ibnu Abi ‘Asim bahawa Huzaifah pernah mengerjakan qiyam Ramadan bersama Rasulullah SAW dan melihat bahawa baginda mandi pada malam itu. Ibnu Jarir pula berkata bahawa sahabat menyukai mandi pada malam-malam akhir Ramadan.
Demikian pula beberapa riwayat daripada sahabat seperti Anas bin Malik dan ulama pada masa Tabi’in menyatakan bahawa mereka akan mandi, memakai baju indah dan berharum-haruman apabila berada pada akhir Ramadan.
Apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW, sahabat dan tabi’in ini adalah satu upaya untuk menyambut dan meraikan kedatangan Lailatul Qadar, sambil berdoa mendapatkan keampunan dan keberkatan malam itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Ini Yang Patut Kita Buat Pada 10 Malam Terakhir, Kalau Nak Jumpa Lailatul Qadar.
MELAKSANAKAN SOLAT SUNAT, IKTIKAF DAN MEMBACA AL-QURAN
Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan satu hadis daripada Aishah, bermaksud: “Adalah Rasulullah apabila telah masuk 10 akhir daripada Ramadan, maka baginda akan menghidupkan malam-malamnya, membangunkan keluarganya dan mengikat pinggangnya.”
Sahabat dan ulama berbeza pendapat dalam memberi penafsiran terhadap hadis di atas. Tetapi mereka bersepakat bahawa Rasulullah SAW melebihkan ibadahnya pada 10 malam yang terakhir Ramadan.
Ibadah yang biasa dilakukan pada malam Ramadan adalah solat Tarawih dan Witir serta membaca al-Quran. Dalam salah satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari Amru bin ‘Ash bermaksud : “Barang siapa yang solat pada malam Ramadan dan membaca 10 ayat daripada al-Quran maka dia tidaklah dicatat sebagai orang yang lalai.”
Mengerjakan solat dan membaca al-Quran pada pada malam yang akhir ini sangat penting sehingga dalam salah satu riwayat dikatakan bahawa Rasulullah SAW melakukan solat pada malam Ramadan dan membaca al-Quran dengan tertib.
Baginda tidak akan melalui ayat-ayat rahmat terkecuali berharap agar Allah SWT memberikan rahmat itu dan tidak melalui ayat-ayat azab terkecuali bermohon perlindungan daripada Allah SWT daripada azab itu.
Solat berjemaah juga sangat diutamakan pada malam akhir bulan Ramadan sehingga Imam Malik dan Imam Syafie berkata: “Siapa yang solat Isyak dan Subuh berjemaah pada malam al-Qadar, dia telah mengambil bahagiannya daripada malam itu.” Ertinya orang yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh saja dianggap telah mendapat sebahagian daripada Lailatul Qadar, apalagi mereka mengisinya dengan amalan lain sepanjang malam itu.
Selain solat dan membaca al-Quran, 10 akhir Ramadan ini biasanya diisi oleh Rasullah SAW dengan beriktikaf di masjid dan tidak tidur bersama isteri-isterinya. Ini berdasarkan hadis Aishah yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan al-Muslim, bermaksud :”Bahawa Rasulullah beriktikaf pada 10 hari akhir sampai Baginda wafat.”
MEMPERBANYAKKAN DOA
Rasulullah SAW bersabda doa adalah otak segala ibadah. Doa juga kunci daripada semua ibadah. Aishah diperintahkan oleh Rasulullah SAW untuk memperbanyak doa pada 10 malam terakhir Ramadan.
Dalam satu hadis daripada Aishah diriwayatkan at-Tirmizi, Aishah diajar oleh Rasulullah membaca doa pada malam al-Qadar.
Ulama bersepakat bahawa doa yang paling utama pada malam al-Qadar itu adalah doa yang meminta keampunan dan kemaafan daripada Allah sebagaimana doa yang diajarkan Rasulullah SAW kepada Aishah. Doanya berbunyi : “Allahumma innaka afuwun tuhibbul afwa fa’ fu anni (maksudnya, Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun, yang suka Maha Mengampun, maka ampunilah aku ini).”
Pada malam itu Allah akan mengabulkan semua permohonan dan doa, terkecuali terhadap empat golongan manusia. Ibnu Abbas berkata: “Semua doa pada malam itu diterima terkecuali doa 1. orang meminum arak, 2. anak yang derhaka kepada ibu bapa, 3. orang yang selalu bertengkar dan 4. mereka yang memutuskan silaturahim.”
Pentingnya doa pada malam al-Qadar sehingga Syofyan al-Sauri berkata: “Doa lebih aku sukai pada malam itu daripada solat.”
Demikianlah amalan sebaiknya dilakukan pada malam itu.
Semoga kita termasuk orang yang mendapat keberkatan malam itu hingga selepas Ramadan, seakan-akan anak yang baru lahir dari rahim ibunya, bersih daripada segala dosa.
Marilah kita amalkan amalan-amalan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW di 10 malam terakhir Ramadan semoga persediaan jiwa kita untuk memperolehi Lailatul Qadar akan dikabulkan oleh Allah SWT dan jadilah kita mukmin yang bersih dari segala kotoran dosa dan maksiat. Ingat pesanan Ibnu Abbas empat golongan doa mereka tidak diterima oleh Allah SWT dimalam Lailatul Qadar.
Muhasabahlah diri kita, jika kita ada berdosa dengan ibu bapa segeralah minta ampun kepada mereka, jauhilah mereka yang suka bertengkar dan suka timbulkan perbalahan dan perpecahan dan juga hubungkanlah semula ikatan silaturahim jika kita ada memutuskan silaturahim dengan ahli keluarga atau saudara seagama.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Surah Al-Fatihah sudah menjadi surah yang biasa kita baca, hafal dan dengari. Memang sudah dari kecil, sebagai umat Islam, kita wajib mengamalkan surah Al-Fatihah dalam kehidupan harian kita. Surah Al-Fatihah sebenarnya adalah surah yang pertama diturunkan secara lengkap dan sekali gus memberi keistimewaan dan perbezaan berbanding dengan surah-surah lain dalam Al-Quran.
Bukan itu sahaja, surah Al-Fatihah juga ialah surah pembuka Al-Quran dan juga di dalam solat. Itulah sebabnya, jika kita mengamalkan surah Al-fatihah ini dalam kehidupan seharian kita, ia akan memberi banyak ganjaran kepada kita sebagai umat Islam.
Berdasarkan sebuah hadith yang menyatakan seperti berikut:
“Ketahuilah aku ingin mengajarmu satu surah yang sangat agung dalam al-Quran sebelum aku keluar masjid. Lalu Nabi SAW pergi supaya dia boleh keluar daripada masjid.
Aku mengingatkan baginda tentang apa yang ingin disebutkan, lalu Baginda SAW bersabda, surah ini ialah al-Sab‘ al-Mathani [tujuh ayat yang penuh dengan pujian] dan merupakan surah al-Quran yang teragung yang pernah diberikan kepadaku.”
SURAH AL FATIHAH SEBAGAI PENAWAR / PENYEMBUH PENYAKIT
Menurut Laman Web Rasmi Mufti Wilayah Persekutuan, surah al=Fatihah adalah antara ayat al Quran yang digunakan sebagai penawar, syifa, ruqyah atau penyembuh.
Imam al-Nawawi berkata:
Sunat membaca kepada orang yang sakit dengan al-Fatihah berdasarkan hadith Nabi SAW:
وَمَاأَدْرَاكَأَنَّهَارُقْيَةٌ؟
Maksudnya: Tidakkah kamu ketahui bahawa surah Fatihah bersifat ruqyah.
(Riwayat al-Bukhari (5736) dan Muslim (2201))
Surah ini juga dapat dijadikan sebagai ruqyah atau penyembuh serta dapat dirujuk kepada peristiwa bagaimana seorang sahabat Rasulullah SAW bernama Abu Sa’id al-Khudri R.A yang telah menjampi seorang ketua kabilah yang terkena sengatan binatang berbisa.
Beliau membaca al-Fatihah untuk merawat dan dengan izin Allah SWT, ketua kabilah itu sembuh seperti sediakala*.
*Hadith Riwayat Muslim (5863)
2. DITURUNKAN HANYA UNTUK NABI SAW
Surah al Fatihah adalah satu surah yang diturunkan secara ekslusif untuk Nabi Muhammad SAW sahaja dan tidak pernah diturunkan surah yang seumpamanya melalui kitab Taurat, Injil dan Zabur.
Maksud: Abu Hurayrah dan Ka ‘ab RA berkata, “Rasulullah SAW bersabda, “Tidak pernah Allah SWT menurunkan dalam Taurat atau Injil seperti Umm al-Quran, iaitu surah yang mempunyai tujuh ayat yang bersifat al-Mathani dan surah ini terbahagi antara-Ku dan hambaku dua bahagian, dan bagi hamba-Ku yang separuh itu apa yang mereka pinta.
(Riwayat Al-Tirmidhi, al-Nasa’i, dan Ahmad)
Marilah kita bersama-sama mengamalkan surah Al-Fatihah dalam kehidupan harian kita danjanganlah lupakan surah ini kerana sesungguhnya ia memiliki keistimewaan tersendiri. Selamat beramal.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Perkhabaran atau berita tentang suatu perkara yang kurang pasti sudah tentunya akan menimbulkan banyak spekulasi. Ada juga yang sanggup menuduh tanpa soal selidik adalah suatu perbuatan yang tidak patut diamalkan dalam kehidupan sesama manusia.
Baru-baru ini, ramai yang pelik melihat pelakon Zarina Zainuddin apabila dia kelihatan agak ‘berbeza’ dari sebelumnya. Kini, Zarina tampil memberikan penerangan lebih lanjut tentang apa yang berlaku.
Nampak lain ‘sikit’ dari kebiasaannya…
Kecoh di sosial media apabila melihat perkongsian terbaru Zarina Zainuddin mengenai pembukaan booth di sebuah ekspo baru-baru ini. Ramai yang tertanya apabila melihat wajah pelakon tersebut.
Menjadi rentetan warganet adalah hidungnya kelihatan ‘berbeza’ dari sebelumnya. Ada yang bertanyakan adakah itu filter atau Zarina melakukan sesuatu pada wajahnya sehingga nampak berlainan.
Ramai yang meninggalkan komen-komen di bawah hantaran di Instagram bertanyakan perubahan pada wajahnya. Ada juga yang menyatakan bahawa rupanya terdahulu lebih cantik berbanding sekarang.
‘Ini filter lah, handphone awak tiada ke?’ – Zarina Zainuddin
Lantas pelakon itu juga memuatnaik satu hantaran yang menyatakan rata-rata video yang dibuat menggunakan filter pada telefon pintarnya. Dia juga menafikan sebarang perubahan yang dilakukan pada wajahnya.
Zarina juga membuat satu lagi hantaran yang menerangkan situasi yang dia alami. Dia membuat satu video yang menjelaskan lagi secara terperinci untuk memberi jawapan kepada semua yang tertanya-tanya akibat ‘perubahan’ di mukanya itu.
“Sebenarnya saya ada masalah sinus yang teruk sampai migraine! Sampai tahap saya rasa nak buka tudung sebab selalu sangat sakit kepala,
“Saya pergi berjumpa doktor dan membuat pembedahan untuk keluarkan bendalir yang terdapat di bahagian sini, jadi saya lakukan atas kerana medical reason.” katanya dalam video.
Zarina juga memberikan kenyataan pada ruangan kapsyen menyatakan dia berasa sedih ekoran komen yang diberikan oleh warganet tanpa usul periksa. Dia juga mengharapkan bagi mereka yang ambil berat tentang dirinya untuk mendoakan kesihatan dan kesejahteraan dirinya.
Lumrah bagi setiap ibu bapa yang pasti akan merasa teruja dan gembira apabila anak-anak mereka memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan.Walau apa pun latar belakang...