Setelah hampir sebulan terlantar sakit di hospital dan Institut Jantung Negara, akhirnya Anggota Bomba Muhammad Adib Mohd Kassim mengembuskan nafas terakhir malam tadi. Arwah yang parah dipukul ketika kejadian di kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya tempohari.
Ramai menzahirkan simpati ke atas perwira negara ini. Malah kehilangannya cukup dirasai seluruh warga Malaysia.
View this post on Instagram
Muhammad Adib, akhirnya kau pergi jua… Al-Fatihah Berita penuh di https://goo.gl/PYUvQn
Dalam pada itu melalui Instagram Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri turut menyifatkan hari duka buat rakyat Malaysia dan mengucapkan takziah kepada keluarga almarhum atas pemergian insan yang dikasihi ini.
Beliau turut berdoa agar keluarganya diberikan kesabaran dan ketabahan menghadapi musibah yang menimpa.
Semoga almarhum diampun dosa dan diberi ganjaran sewajarnya dari Allah SWT atas sumbangannya menjalankan tugas demi keamanaan negara sehingga terkorban nyawa.
HARI DUKA BUAT RAKYAT MALAYSIA
Telah kembali ke rahmatillah Muhammad Adib Mohd Kassim, sebagaimana yang telah disahkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Zuraida Kamaruddin.
Kami mengucapkan takziah kepada keluarga almarhum atas pemergian insan yang dikasihi ini. Sememangnya ini saat yang berat untuk ditanggung namun kami berdoa agar dikurniakan kesabaran dan ketabahan kepada keluarganya. Kepada warga @bomba_malaysia , kami amat bersimpati atas beberapa musibah yang menimpa sebelum ini, termasuklah pemergian Muhammad Adib.
Semoga almarhum diampun dosanya dan diberi ganjaran yang sewajarnya oleh Allah SWT atas sumbangannya menjalankan tugas demi keamanan negara sehingga terkorban nyawanya.
Hari ini adalah hari berduka bagi seluruh rakyat Malaysia. Kami menuntut supaya tragedi ini tidak tamat di sini sahaja. Ianya patut diselesaikan secepat mungkin oleh pihak berwajib dengan seadil-adilnya.
اللَّهُـمَّ اغْفِـرْ لَهُ ، وَارْحَمْـهُ ، وَعَافِهِ ، وَاعْفُ عَنْـهُ ، وَأَكْـرِمْ نُزُلَـهُ ، وَوَسِّـعْ مُدْخَـلَهُ ، وَاغْسِلْـهُ بِالْمَـاءِ وَالثَّـلْجِ وَالْبَـرَدِ ، وَنَقِّـهِ مِنَ الْخَطَـايَا كَمَا نَـقَّيْتَ الـثَّوْبَ الأَبْيَـضَ مِنَ الدَّنَـسِ،وَأَبْـدِلْهُ دَارًا خَـيْرًا مِنْ دَارِهِ ، وَأَهْلًا خَـيْرًا مِنْ أَهْلِـهِ ، وَزَوْجًا خَـيْرًا مِنْ زَوْجِهِ ، وَأَدْخِـلْهُ الْجَـنَّةَ ، وَأَعِـذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَـبْرِ وَعَذَابِ النَّـارِ
Akhukum fillah,
S.S. Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
Dalam ruangan komen, netizen turut mengucapkan takziah dan berdoa semoga almarhum ditempat dalam kalangan orang beriman.
KREDIT: INSTAGRAM DR ZULKILFI
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI