Kecantikan

Setelah Bertahun Wajah Berjerawat, Wanita Ini Akhirnya Berjaya Pulih Tak Sampai Sebulan Lepas Ikut Cara Ni

Share

Ada orang mengambil masa bertahun-tahun untuk memulihkan kulit wajah yang berjerawat. Tetapi ada juga yang mengambil masa tak sampai sebulan untuk menyelasaikan masalah kulit wajah ini.

Perkongsian wanita ini Sabrina Shuhaimi di laman sosial memberitahu cara serta produk digunakan sebagai rutin penjagaan wajah dan berjaya menghilangkan jerawat tak sampai sebulan.

Menurutnya sebelum itu jerawat naik agak teruk ketika dirinya berada di awal kehamilan hingga waktunya untuk bersalin. Keadaan ini menyebabkan dirinya rasa down hingga rasa hilang keyakinan untuk berjumpa orang lain.

Akhirnya setelah mengkaji semua penyakit kulit yang dialami terdahulu, dia berjaya menemukan produk bersesuaian dengan rutin penjagaan yang betul.

INI PRODUK & RUTIN PENJAGAAN MUKA YANG SAB GUNA UTK HILANGKAN #JERAWAT TAK SAMPAI SEBULAN!

Kalau korang tak pernah ikut status Sab, meh nak cerita. Jerawat Sab naik teruk yakmat sejak awal trimester preknen last year dan jadi makin teruk sampai ke hujung nak bersalin.

Kalini, bukan sebab salah produk macam 3 tahun lepas. Ok, malas nk cerita panjang bab down tahap cemana sumpah insecure gila nak jumpa orang. Dengan hidung kembang, jerawat penuh. 

Tapi jauh lebih baik dari zaman breakout sebab produk dulu. Bila orang nampak takde pun yang hina ke apa. Ayat biasa,

“Alah takpe masa preknen je tu. Nanti lepas bersalin elok lah muka tu balik..,”

Terlalu di momok kan dengan ayat ‘NANTI LEPAS HABIS BERSALIN ELOK LAH!,’ maka Sab bayangkan lepas je baby keluar kulit akan terus ploles, leher akan terus putih.

Ala, macam cerita dayang senandung yang transform jadi putih melepak lepas bersalin tu. Malangnya, makin teruk! 

Jadi, Sab study semula mengenai kulit dan susun semula rutin skincare. Hasilnya? Nahhhh jerawat timbul semua tak muncul dannnn parut makin pudar!

Ini rutin & produk yang Sab gunakan (produk dalam gambar). Ohhh ya. Kulit Sab jenis kombinasi tau! Ingat, apa pun yang serasi dengan orang lain tak semestinya serasi dengan kita.

Banyak kena bakar duit. Rezeki Sab first trial alhamdulilah semua bagi kesan positif!

===
PAGI
===

#Cleanser :

Brand : Ceradan
Kat mana nak beli : Watson, Guardian, etc.

 

#Toner :

Brand :

+ Simple (boleh dapat dari Watson, Guardian, etc.)
+ Son & Park (tak ada dalam gambar lupa nak snap lol. Boleh dapat dari website Hermo)

Kenapa 2 jenis? Sebab Sab nak fast efect & tengah eksperimen yang mana sesuai. Rumusannya dedua sesuai. Cuma simple jauh lebih murah dari Son & Park.

#Serum :

Brand : The Ordinary

+ Niacinamide
+ Ascorbyl Glucoside

Yang ini memang best! Parut jerawat makin pudar. Muka jadi lembut empuk dannnn kulit nampak segar + lebih cerah!

Kalau korang tak ada masalah jerawat tapi mencari serum yang best untuk cerahkan dan lembutkan kulit, sila gunakan ini!

Kat mana nak beli : shopee, ig dll.

Pastikan ori! Sebab The Ordinary ni ada fake dari China. TO ni ada banyakkkkkk gila jenis serum. Kena study ikut keperluan ya.

#Moisturizer :

Brand : Corsx
Kat mana nak beli : Website Hermo

Sab suka sebab bau dia naisss dan kulit akan rasa lembao sepanjang hari! So far memang serasi dengan kulit dan rutin harian.

#EyeCream

Brand : Estee Lauder
Kat mana nak beli : Sephora

So far kesan dia minimum. Yang ni harga agak mahal tapiii helpful untuk pudarkan dark circle! Suami Sab yang beli sebab dia kesian masa awal pantang Sab tak cukup tidur mata lebam gilaaa.

Hahah!

#SpotCream (Siang)

Brand : Differin
Kat mana nak beli : Watson, Guardian, etc

Ni penting & antara penyebab jerawat besae kecik kecut tanpa kesan hitam! Sab apply spot cream ni siang sebab gel dia tanpa warna.

So tak malu lah orang nampak bertepek kat muka. Nasib Sab guna masa pantang. So memang boleh completely ikut rutin ni tanpa skip.

Itu yang result makin pantas!

#Sunblock

Brand : Dr Hasseenah
Kat mana nak beli : Klinik Dr Hasseenah, Kota Kemuning

Sunblock atau sunscreen ni kalau takpun banyak lagi option kat watson guardian. Study dulu sebelum beli.

===
MALAM
===

#PreCleansing

Brand : Heimish
Kat mana nak beli : Website Hermo

Korang pernah dengar double cleasing? Apa yang Sab dapati, bila start buat double cleansing ni muka memang rasa sangat bersih!

Pakai makeup atau tak, memang Sab akan buat double cleansing. Heimish ni, dia dalam bentuk solid. Nak guna amik sikit apply kat muka. Dia akan jadi minyak yang bersihkan muka kita.

Sumpah best!

Untuk malam, Sab ulang semua step yang sama macam siang dari cleanser sampai lahhh ke eye cream. Tak perlu sunblock ya malam! Kemudian, Sab gantikan yang di bawah

#SpotCream (Malam)

Brand : Mario Badescue
Kat mana nak beli : Sephora

Benda ni mahal. Sebotol RM90. Tapiiiiiii memang serius membantu gila kecutkan jerawat tanpa tinggalkan kesan dengan SANGAT PANTAS!

2-3 hari dah kecut. Seriussss tak tipu. Tolong lah cuba. Benda ni tahan berbulan bulan. Kalau tahan 6 bulan lebih kurang berapa je spend kan?

Untuk yang ada masalah kulit muka, ikut je rutin skincare Sab cadangkan. Produk tu yang korang boleh adjust ikut kesesuaian. Apa pun memang kena study dan yang pasti keluar duit sikit.

Namunnn bagi Sab masih berbaloi sebab Sab tak perlu tunggu jumpa doktor jerawat dah hampir 90% pulih. Tinggal parut nipis je lagi.

Korang boleh follow jugak Syahira Farzana sebab Sab study jugak info info yang kak Shiro share! Ada certain produk yang Sab guna pun dari recomendation kak Shiro.

Thank you kak!

Oh yaa jangan lupa doa! Semua ni kehendak dan izin Allah. Sab doa setiap hari tak henti. Alhamdulilah Allah makbulkan.

+ Jaga makan. No oily food
+ Kurang kan makanan berasaskan susu
+ Air minimum 3 liter

Try lah ada masa sebelum ni raya ni. #Share & #Tag kengkawan korang. Ikut next posting, sebab Sab nak share banyak lagi tipsss untuk pulihkan kulit dengan pantas!

Baru lahhh selesa nak makeup bila kulit dan cantik. Road to glass skin! Ayuhhhh!

 

Published by
Siti Zurina