Ratu Rock negara, Ella terus mengorak langkah dalam bidang perniagaan dengan memilih bidang fesyen Muslimah.
Memiliki labelnya sendiri iaitu RockQueen yang ditubuhkan sejak tiga tahun lalu, Ella rancak melakukan promosi khususnya di media sosial.
RockQueen diinspirasikan daripada elemen urban dan elegan minimalis yang menggabungkan perincian berani.
Setiap helaian abaya atau jubah RockQueen direka dengan kemas untuk memberi keselesaan alam pergerakan.
View this post on Instagram
Memetik laporan di Bernama, Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin, dia memilih fesyen Muslimah kerana minatnya yang mendalam terhadap fesyen.
Di samping itu, Ella ingin memberi inspirasi kepada para wanita tentang fesyen serta perubahan dirinya.
“Saya suka fesyen dan saya suka abaya (jubah). Tetapi saya tidak mahu abaya yang sama seperti yang biasa dilihat.
“Saya mahukan abaya yang lebih bergaya dengan unsur-unsur berani, unik dan moden sesuai dengan cita rasa saya.”
Menurut Ella, setiap koleksi abaya itu adalah hasil ilhamnya sendiri yang juga dipengaruhi oleh pengalamannya selepas menunaikan haji.
Pelantun lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah dan Sembilu ini berhasrat untuk melebarkan sayap perniagaannya itu ke pasaran antarabangsa.
Untuk perkembangan karier seninya tahun ini, Ella bakal mengadakan konsert solonya termasuk menghasilkan album baru.
BACA JUGA: Ella Nasihatkan Hijabi, Jangan Abaikan Masalah ‘Gangguan Hormon’ Jika Tak Mahu Merana!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI