Siapa yang tidak mengenali penyanyi Indonesia yang dulunya popular dengan lagu ‘Makhluk Tuhan Paling Seksi’, Mulan Jameela. Kalau dulu dia terkenal dengan imejnya yang seksi, tetapi kini tidak lagi. Setelah diberi hidayah oleh Allah tahun lalu, Mulan Jameela kini lebih selesa membuang semua pakaian seksinya dan memilih persalinan yang lebih labuh menutupi aurat dan memenuhi ciri-ciri wanita Muslimah.
Malah dia juga kelihatan sangat manis dan cantik dengan busana serta hijab labuh yang menutupi tubuhnya. Bukan itu sahaja, malah Isteri kesayangan kepada Ahmad Dhani ini juga turut lengkap mengenakan stoking bagi menutupi kakinya.
Biarpun mengenakan jubah dan hijab labuh, tetapi dengan sedikit sentuhan moden menjadikan busana digayakan lain dari kebiasaan.
Ads
Dia yang kini memberi sokongan padu pada suaminya, Ahmad Dhani yang kini dipenjarakan selama 18 bulan di sebuah penjara selepas disabitkan kesalahan atas tuduhan menyebarkan kata-kata kebencian di laman sosial.
Ikon Muslim Volunteer Malaysia (MVM), Nurul Hana Che Mahazan, 38 atau lebih mesra disapa Nana Mahazan menerima dana sejumlah RM 50,000 dari seorang jutawan, bertujuan membantu mangsa banjir yang terkesan bencana khususnya di Pantai Timur.
Sehubungan itu, Nana menzahirkan rasa terharu dan kagum dengan ‘mentaliti’ serta sikap murah hati jutawan berkenaan yang tidak lokek untuk berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan dalam komuniti dan masyarakat setempat.
Nana Berhasrat Contohi Mentaliti ‘Orang Kaya’ Tak Lupa Daratan
Menurut Nana, Dana sumbangan tersebut adalah hasil sumbangan usahawan-usahawan jutawan dari syarikat yang telah banyak melahirkan jutawan di Malaysia, RichWorks. Malah, sumbangan itu dikutip menerusi Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell).
Jelas Nana lagi dia cukup mengagumi mentaliti orang-orang kaya seperti ini yang kembali membantu komuniti dan masyarakat yang ditimpa musibah tanpa mengira pangkat mahupun darjat.
“Sebenarnya, inilah mentaliti orang berjaya dan usahawan jutawan, iaitu memberi kembali kepada komuniti.
“Pada akhirnya, fokus untuk macam mana boleh bantu lebih ramai orang… nak jadi kaya sebab dapat menyumbang lebih banyak,” kata Nana.
Selain itu, Nana akui dia merasa terharu apabila diberi kepercayaan menggalas tanggungjawab untuk menyampaikan sumbangan tersebut kepada golongan yang memerlukan.
Terdahulu, Nana menerima replika cek daripada Pengerusi RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Datuk Wira Dr Azizan Osman yang disampaikan ketika program Inner Circle Meeting yang diadakan di Langkawi, Kedah pada Selasa.
Sebagai rekod, RichWell merupakan pertubuhan kebajikan di bawah RichWorks yang mensasarkan bantuan kemanusiaan, kebajikan dan kemasyarakatan sejak 2008.
Pada hujung tahun lalu, RichWell telah menyalurkan sumbangan berjumlah RM500,000 bagi membantu mangsa banjir hasil sumbangan usahawan-usahawan dalam tempoh 24 jam sahaja.
Selepas hampir empat tahun mendirikan rumah tangga, penyanyi Ernie Zakri berkongsi cerita mengenai siapa di antara dia dan Syamel yang ‘confess’ terlebih dahulu dalam perhubungan mereka.
Perkara berkenaan didedahkan secara eksklusif oleh Ernie ketika menjadi tetamu jemputan bagi program Studio Sembang yang dikelolakan oleh Amelia Henderson.
“Aku Suka Kau, Kau Tak Balas Tak Apa..” – Ernie Zakri
Pada program bual bicara berkenaan Ernie mengakui, bahawa dia terlebih dahulu mengambil ‘first move’ dalam perhubunganya bersama Syamel apabila nekad membuka mulut dan meluahkan perasaan terhadap Syamel.
“Saya telefon dia, saya cakap, ‘Eh Syamel, aku ada benda nak cakap dengan kau. Aku suka kau tau, tapi tak apa, kau tak balas tak apa, aku okay je’,” kata Ernie.
Bagaimanapun, apa yang lebih menarik perhatian, sekaligus menghiburkan netizen ialah jawapan balas yang diberikan Syamel kepada ‘confession’ yang dilakukan, turut diceritakan oleh Ernie menerusi podcast tersebut.
“Pastu dia (Syamel) macam ‘Eh sabarlah, aku tak bagi jawapan lagi. Sebenarnya aku pun suka kau’,” cerita Ernie lagi.
Sikap Berani Terus Terang Ernie Tuai Pujian Wargamaya!
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji keberanian Ernie yang terlebih dahulu meluahkan perasaan terhadap insan yang disayanginya.
“Saya confess kena reject. Tahu-tahu dia dah kahwin haha.
“Aku tak seberani Ernie.
“Boleh ke aku buat macam ni?Hahaha kau tiada keyakinan diri.
“Okay memberi aku semangat untuk membuat first move.
“Dia sangat berani, banyak kali aku tengok part tu,” komen sebahagian netizen.
Sekadar info, Ernie dan Syamel mendirikan rumah tangga pada 26 Mac 2021 dan hasil perkahwinan, pasangan penyanyi ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Khawla Soleha yang kini berusia dua tahun.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan
Di antara bentuk selawat yang sering diamalkan oleh kaum muslimin selepas solat, adalah selawat Nariyah. Hampir seluruh kaum muslimin boleh hafal selawat ini. Namun demikian, juga hampir seluruh kaum muslimin tidak mengenal dan hafal doa setelah membaca selawat Nariyah.
Berikut adalah doa setelah membaca selawat Nariyah;
Bismillaahir rohmaanir rohiim. Alhamdu lillahi robbil ‘aalamiin. Allohumma sholli wa sallim ‘alaa sayyidinaa muhammadin wa ‘alaa aalihii wa shohbihii ajama’in. Allohumma innaa nas-aluka wa natawassalu ilaika wa natasyaffa-‘u ‘indaka bis sholaati ‘alaa nabiyyika shollallaahu ‘alaihi wa sallam an taqdhiya haajaatina fa innahuu laa yaqdhii haajata ahadin illaa anta yaa hayyu yaa qoyyuum bi rohmatika nastaghiitsu yaa mughiitsu aghitsnaa yaa mughiitsu aghitsnaa yaa mughiitsu aghitsnaa. Wa shollallaahu ‘alaa sayyidinaa muhammadin wa ‘alaa aalihii wa shohbihii wa sallam. Walhamdu lillaahi robbil ‘aalamiin.
Dengan menyebut nama Allah, Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Segala puji hanya milik Allah, Tuhan semesta alam. Ya Allah, berilah limpahan rahmat dan salam kepada junjungan kami Nabi Muhammad, kepada kepada seluruh keluarga dan sahabatnya. Ya Allah, kami mohon kepada-Mu dan bertawasul kepada-Mu melalui selawat atas Nabi-Mu, semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan salam, agar Engkau memenuhi hajat-hajat kami kerana sesungguhnya tidak ada yang boleh memenuhi hajat kami kecuali Engkau.
Wahai Zat Yang Maha Hidup, Zat Yang Maha Berdiri Sendiri, dengan rahmat-Mu kami mohon pertolongan. Wahai Zat Yang Maha Penolong, tolonglah kami, wahai Zat Yang Maha Penolong, tolonglah kami, wahai Zat Yang Maha Penolong, tolonglah kami. Semoga Allah melimpahakan rahmat dan salam kepada junjungan kami Nabi Muhammad, kepada kepada seluruh keluarga dan sahabatnya. Dan segala puji hanya milik Allah, Tuhan semesta alam.
Fadhilat Selawat Nariyah/ Tafrijiyah
Antara kebaikan pengamal selawat ini:
Allah akan melenyapkan kesedihan, kesulitan serta bahaya yang menimpa dirinya.
Allah akan memudahkan segala urusan hidupnya.
Dipancarkan nur (cahaya) dalam hatinya juga ditinggikan martabatnya.
Suaranya didengari serta pandangan dan pendapatnya diterima ramai
Dia dilindumgi daripada segala bencana dan malapetaka.
Dia sentiasa dicintai oleh semua orang.
Segala yang dihajati akan dimakbulkan Allah.
Dimurahkan rezekinya, dijauhkan daripada kelaparan dan kemiskinan.
Imam ad-Dainuri r..a.
11 x – setiap kali selesai solat fardhu, diberkati rezeki, ditinggikan darjat dan dijanjikan husnul khatimah.
41 x – setiap malam secara istiqamah akan tercapai segala hajat.
100 x – setiap selepas solat Hajat beberapa malam- menyelesaikan masalah.
313x – setiap hari, mengetahui rahsia ghaib atau sesuatu yang dikehendaki.
1000x – tercapai segala cita-cita dan tersingkap rahsia yang dikehendaki.
Imam Qurtubi r.a.
41 x / 100x – Allah hilangkan segala dukacita dan kesusahannya, memudahkan segala urusan, mengangkat martabat dan darjat, menambahkan haibahnya, meluaskan rezeki dan membuka pintu kebajikan.
Imam Sayyidi Muhammad Khafi r.a.
Baca 4444 x dalam tempoh 7 hari 8 malam, kemudian diikuti dengan doa Selawat Nariyahh; Insya Allah tercapai hajat dengan baik dan sempurna.
Apabila dibaca 3 kali selepas selesai solat fardhu maka pahalanya samalah seperti haji mabrur/haji yang maqbul.
KELEBIHAN LAIN:
1. Menurut Imam Ad-Dainuri, barangsiapa membaca selawat ini 11 KALI setiap hari setiap lepas sembahyang lima waktu, REZEKInya tidak putus-putus dan mendapat kedudukan yang tinggi.
2. Menurut Imam Al-Qurtubi, barangsiapa membaca selawat ini 41 KALI atau 100 KALI, ALLAH akan menghilangkan segala dukacita dan dimudahkan segala urusan kehidupan.
3. Barangsiapa membaca selawat ini 313 KALI setiap hari, nescaya akan terbuka beberapa rahsia ghaib.
4. Barangsiapa membaca selawat ini 4444 KALI akan tercapai segala cita-cita dan hajat dunia dan akhirat. Selawat yang aku amal bertahun-tahun lamanya,ini lah selawat yang banyak melepaskan aku dari segala permasalahan, dengan berkat selawat kepada junjunganku Nabi Muhammad SAW, segala permasalahan aku dalam perubatan, dalam perniagaan dalam kehidupan sentiasa di beri pertolongan Allah… Selawat ini selain dari nama Tafrijiyah, aku sendiri memanggilnya selawat yang melepaskan segala permasalahan, tak kira apabila kita sakit, disihir, masalah perniagaan, inginkan pelaris dan bergantung pada niat kita..
Antara kelebihan berselawat ialah :
i). Sabda Rasullah SAW: Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda – (Hadis Riwayat Muslim.)
ii). Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.
iii). Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insyaAllah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.
iv). Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
5. Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.
6. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
7. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.
8. Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.
9. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki dan sebagainya dalam dirinya.
10. Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, insya-Allah akan beroleh kebahagiaan sama ada di dunia mahu pun di akhirat.
11. Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.
12. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
13. Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaan-Nya.
14. Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.
15. Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.
16. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.
17. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.
18. Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.
19. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.
20. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.
21. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.
22. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, insya-Allah akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang.
23. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.
24. Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmat-Nya.
25. Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya-Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.
26. Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.
27. Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.
28. Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.
29. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya – Hadis Riwayat Abu Naim.
30. Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat – Hadis Riwayat Thabrani
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Sosok Khadija Omar mencuri perhatian ramai baru-baru ini apabila menjadi peserta berhijab pertama pada pertandingan ratu cantik MIss Universe 2024.Gadis yang berasal dari Timur...