Umum mengetahui pelakon Natasha Hudson telahpun melalui proses penghirahan yang sangat drastik. Malah sebaik berhijrah bebeberapa tahun lalu, dia mengambil keputusan untuk mengenakan niqab dalam memenuhi ciri-ciri wanita Muslimah. Biarpun sudah terpisah dengan dunia lakonan, namun perkembangan terkini pelakon ini sentiasa menjadi perhatian ramai. Dalam satu posting terbarunya di laman Instagram, Natasha memberitahu dia kini telah berhijrah ke Kelantan. Umum mengetahui dia sudahpun berpisah dengan bekas suaminya.
Menurutnya, berpindah atau hijrah ke tempat baru telah menjadi benda terbaik dalam hidupnya. Tidak ada apa yang pelik jika kita percaya pada aturan ketentuan Tuhan.
Tambah Natasha juga dia telah tinggalkan kehidupan bandar dan tidak sabar untuk memulakan sesuatu yang baru. Dan katanya lagi pabila kita redha, itulah sebenarnya ibarat seperti permata yg tidak ternilai dalam hati kita.
Baru-baru ini dia memberitahu sudah tidak lagi mempunyai ikatan sah dengan bekas suaminya, Carleed Khaza atau Khalid Kamal.
Dalam laporan di Sinar Harian, Natasha sudah kembali solo malah mereka berdua berpisah secara baik.
Malah Natasha memberitahu dirinya betada dalam keadaan baik dan hidup perlu diteruskan bersama anak-anak seperti biasa. Natasha turut percaya Allah SWT lebih mengetahui dan sebaik-baik perancang.
Hasil perkongsian hidup dengan Carleed, Natasha dikurniakan dua cahaya mata iaitu Naeema Kalila dan Faatimah. Dalam perkahwinan terdahulu, Natasha memiliki seorang anak, Neesa Helena.
Artikel Berkaitan: Kisah Hijrah Natasha Hudson Yang Cukup Menyentuh Hati
Apa pun Hijabista doakan semoga Natasha menemui kebahagiaan di tempat baru dan semoga segala urusan dipermudahkan olehNya.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM NATASHA HUDSON