Minggu lalu telah berlangsung majlis pernikahan anak pasangan dua jutawan terkemuka negara, SM Faliq yang merupakan waris kumpulan Naza Group dan juga pasangannya, Chryseis yang merupakan anak kepada jutawan, Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya Group. Walaupun sudah lima hari berlalu, keindahan dan keunikan majlis pernikahan ini masih lagi menjadi bualan netizen. Malah pasangan ini juga menjadi carian tertinggi di google sejak umum mengetahui berita pernikahan mereka.
Majlis ini menarik perhatian ramai kerana pertembungan dua budaya yang disatukan dalam majlis penuh eksklusif. Pasangan sama cantik sama padan ini menggayakan persalinan serba putih yang menyerlahkan lagi seri pengantin baru. Berlangsung dalam suasana cukup harmoni yang menyaksikan pertembungan keluarga dari dua budaya berbeza.
Pada majlis penuh bersejarah itu, Chryseis nampak anggun berbusana kurung moden rekaan pereka dari Indonesia, Yefta Gunawan dengan layah putih yang hanya disangkut cantik pada sanggul tinggi. Manakala pasangannya cukup tampan dengan persalinan baju Melayu cekak musang dengan samping dan songkok.
Bukan mereka sahaja mengenakan pakaian kebangsaan, tetapi keluarga kedua belah pihak juga tidak ketinggalan sedondon menggayakan persalinan baju Melayu rona yang sama di majlis berkenaan.
Majlis bertemakan ‘English Garden Wedding’ di langsungkan dalam majlis tertutup di sebuah resort peranginan di The Chateau Spa & Organic Wellness Resort, Bukit TInggi. Menariknya majlis pernikahan ini dihias begitu indah dengan kehadiran bunga mawar merah jambu dan putih tanda cinta yang termeterai antara dua hati.
Apa yang lagi menarik diperkatakan di majlis ini menurut laporan dari Astro Awani, adalah apabila ayah kepada pengantin perempuan, Pengasas Berjaya Group, Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun turut berpantun mengikut lenggok yang sangat beralun.
Seorang yang dikenali dan disegani, Tan Sri Vincent Tan tidak terlepas untuk menunjukkan kepakarannya berpantun kepada kepada pihak lelaki.
Menerusi satu video yang dimuat naik di ‘insta story’ laman sosial Instagram milik syarikat pengurusan acara @laskarsonas, video menunjukkan kepetahan luar biasa yang ditonjolkan Tan Sri Vincent Tan berbalas pantun kepada pihak lelaki yang diwakili oleh SM Faisal SM Nasimuddin.
Video itu meraih perhatian dan sorakan dari tetamu yang hadir di majlis tertutup berkenaan.
Mengimbau memori lalu, anak jutawan terkenal Tan Sri Vincent Tan ini telah dilamar oleh usahawan, SM Faliq SM Nasimuddin, 33 tahun. Faliq merupakan anak lelaki kepada Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin melamar Chryseis Tan, 29 tahun, ketika mereka berdua bercuti di Marrakesh. Keduanya kemudian mengikat tali pertunangan sebelum diijabkabul Jumaat lalu.
Masih belum terlambat untuk Hijabista mengucapkan selamat pengantin baru kepada kedua mempelai. Semoga ikatan yang terjalin antara gergasi dunia korporat ini kekal kukuh dan mereka berdua bahagia hingga jannah.
SUMBER FOTO: INSTAGRAM
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Apabila restauran terkenal menawarkan pelbagai hidangan, mulalah nafsu tidak terkawal. Dan agak mustahil kita menolak semua makanan ini dan pastinya akan mengalami pertambahan berat badan kerana tidak tahu kalori dalam setiap hidangan.
Jadi bagaimana caranya untuk kita mengawal berat badan agar ia tidak jadi berlebihan hingga boleh membawa penyakit. Jika diet pemakanan seimbang dan sentiasa kekal terjaga, proses penurunan berat badan anda pasti berjaya walaupun terpaksa mengambil masa yang lama.
Dan anda juga perlu sanggup berkorban meninggalkan segala jenis makanan enak yang tidak berkhasiat. Jadi apakah diet berkesan yang boleh kita amalkan dengan hasilnya sepantas 7 hari sahaja.
Melalui perkongsian di laman sosial Facebook dari page Rahsia Teh Herba Cantik Sihat Dan Slim barkongsi 21 tip diet paling berkesan.Jika diamalkan secara konsisten, berat badan anda akan kekal terjaga walaupun mengambil makanan digemari.
21 Tips Diet Yang Berkesan
Tip 1 – Untuk tips pertama ini, anda perlukan dua biji lobak merah dan sebiji timun. Kemudian, buang kulit kedua-dua buah tersebut dan perah untuk dapatkan airnya. Selepas itu, campurkan perahan dengan sebiji limau nipis dan bancuh sehingga sebati. Anda boleh minum sebanyak dua kali sehari sehingga mencapai berat badan yang diimpikan.
Alasannya? – Lobak dan limau nipis mengandungi banyak antioksida didalamnya. Antioksida ini dapat meneutralkan radikal bebas dan seterusnya menjadikan sistem hormon badan anda menjadi seimbang. Jadi lemak-lemak bebas dapat disingkirkan dengan mudah.
Tips 2 – Jangan tinggalkan sarapan. Anda mungkin ingin kurangkan pengambilan makanan kerana berdiet. Lalu anda abaikan sarapan. Tetapi, tindakan itu adalah kurang bijak.
Alasanya? – Ini kerana, apabila anda telah berlapar semalaman kemudian tidak bersarapan. Kandungan glukosa dalam badan boleh menjadi rendah dan mengakibatkan masalah fisiologi seperti pening dan pitam. Jadi, apabila tiba waktu lunch, anda mungkin mengambil makanan secara berlebihan. Oleh itu, jangan tinggalkan sarapan walau hanya dengan sebiji buah epal.
Tips 3 – Kurma sebagai makanan pagi. Dengan pengambilan beberapa biji kurma sebagai sarapan, ianya mampu mengenyangkan dan membekalkan tenaga di sepanjang pagi. Malah, anda mungkin masih berasa kenyang sehingga tengahari. Dengan itu, anda tidak perlu makan dengan banyak di waktu lunch. Anda bukan sahaja dapat berdiet, malah mampu berjimat.
Alasannya? – Kurma mengandungi jumlah glukosa yang sangat tinggi. Glukosa ini dapat memberikan tenaga yang secukupnya kepada badan untuk melakukan tugas harian. Berbanding makanan pagi yang berjenis kuih muih atau nasi, ia sebenarnya mengandungi tinggi kolestrol beserta karbohidrat.
BACA ARTIKEL INI:
Tips 4 – Ambil makanan kaya serat dengan banyak pada waktu makan. Contoh makanan kaya serat adalah; buah-buahan, sayur-sayuran, vitamin, mineral, dan bijiran penuh.
Alasannya? – Makanan seperti itu mempunyai kuantiti kalori yang rendah tetapi kaya dengan diet serat yang diperlukan oleh oleh tubuh setiap hari.
Tips 5 – Sediakan buah-buahan dan sayuran berwarna hijau, oren dan kuning pada waktu makan. Contohnya; brokoli, lobak, dan buah-buahan sitrus (e.g. limau). Makanan seperti itu mempunyai sifat antioksida yang tinggi dan boleh diambil sebanyak lima atau lebih hidangan pada setiap hari.
Tips 6 – Pastikan kadar pengambilan kolesterol di bawah 300 mg pada setiap hari.Bagaimana? Kurangkan lemak haiwan di waktu makan yang boleh meningkatkan kadar kolesterol dalam darah. Anda boleh realisasikannya dengan memilih daging kurang lemak dan produk tenusu rendah lemak.
Alasannya? – Lemak adalah jenis tenaga yang terakhir sekali digunakan oleh badan. Jadi kebanyakkan lemak yang diambil tidak digunakan dan ia disimpan dibawah tisu. Lemak inilah yang membentuk badan anda menjadikannya ia tidak menarik.
Tips 7 – Pastikan sumber protein dalam diet harian. Pertama, anda perlu kurangkan pengambilan gula dan karbohidrat yang boleh meningkatkan berat badan anda. Kemudian, ambil sarapan yang kaya protein seperti minum susu segar dan sebiji telur. Semasa lunch pula, makan makanan seperti sup sayur atau ayam bersama nasi separuh dan sebiji epal. Apakah hasilnya? Tubuh akan menyimpan lebih banyak tenaga untuk menjalankan aktiviti sehingga keesokkan hari.
Tips 8 – Lakukan aktiviti yang banyak pergerakan. Apabila anda ingin menjadi kurus, anda pasti terbayang aktiviti berjoging atau masuk ke gym yang melibatkan kos. Anda sebenarnya mempunyai pilihan iaitu dengan membuat aktiviti berjalan kaki sahaja. Ianya lebih mudah, murah dan menyeronokkan. Tambahan pula, aktiviti itu cukup untuk menjana tenaga dengan melatih paru-paru dan jantung untuk bekerja.
Untuk makluman anda, dalam setiap hari anda boleh melakukan aktiviti berjalan sebanyak 10,000 langkah sahaja.
Amalan 10,000 langkah setiap hari mampu membakar lemak anda dibahagian peha dan juga perut. Jadi ia memudahkan anda mengurangkan berat badan anda ke tahap yang diingini.
Adakah anda fikir sukar untuk membuat 10,000 langkah dalam masa sehari? Bagi saya cara itu senang sahaja.
Antara aktiviti yang boleh anda lakukan untuk mencapai 10,000 langkah adalah seperti: Berjalan-jalan dalam shopping kompleks dalam masa lebih 2 jam. Untuk ke setiap destinasi, anda boleh parking kereta jauh sedikit dari tempat yang anda tuju.
Membersihkan rumah dengan menyapu serta mengelap lantai sebuah rumah. Ini bukan sahaja dapat menceriakan lagi rumah anda namun ia dapat memberikan anda satu senaman yang boleh menguruskan badan anda. Berjalan kaki meronda-ronda taman dalam masa 2 jam.
Tips 9 – Lakukan sedikit aktiviti selepas makan. Pada kebiasaannya, diri anda merasa berat dan mengantuk selepas makan. Apa kata anda membuat sedikit perubahan dengan berjalan-jalan atau menaikki tangga selepas selesai makan.
Alasannya? – Ianya membantu untuk membakar sebahagian kalori dari makanan yang anda makan itu tadi. Tetapi, jangan pula terlalu mendesak. Ini kerana, anda baru habis makan dan mungkin boleh mendatangkan masalah lain.
Tips 10 – Makan adalah satu keperluan, jadi jangan tak makan. Ini kerana, makanan adalah sumber kepada tenaga. Anda kurang makan, maka penggunaan tenaga menjadi kurang mengakibatkan tubuh anda akan mengalami kejutan. Perkara ini boleh menyebabkan kadar metabolisma anda menjadi rendah. Apabila hal ini berlaku, badan anda akan mula membakar otot untuk menggantikan makanan. Selepas itu, berat badan anda tidak akan berada pada tahap yang ideal.
Tips 11 – Minum air bersih 8 gelas sehari. Untuk pengetahuan anda, meminum air dalam kuantiti yang banyak boleh menurunkan selera makan secara semulajadi. Oleh itu, sebelum makan makanan yang berat, minum air terlebih dahulu. Dengan berbuat demikian, anda dapat mengelakkan daripada makan dengan banyak.
Tips 12 – Kurangkan makanan yang bergaram. Sekiranya anda mengambil garam dalam kuantiti yang tinggi, ianya menggalakkan penakungan air. Jadi, apabila anda kurangkan mengambil garam, sekaligus badan anda tidak menakung air dengan banyak. Seterusnya, tiada lagi masalah gemuk air.
Tips 13 – Jadikan air limau sebagai favourite drinks. Semasa anda makan di kedai makan, pesanlah air limau nipis atau oren. Ini kerana, minuman masam menggalakkan pembakaran lemak dalam badan. Tetapi, jangan pula pesan air limau yang manis.
Tips 14 – Katakan tidak kepada minuman berkarbonat. Saya yakin, anda pasti tahu bahawa minuman berkarbonat mengandungi 7-8 sudu gula. Banyak bukan? Dengan kandungan gula sebanyak itu, terang-terangan ia mampu memberi kemudaratan kepada tubuh badan dan mengganggu plan diet anda.
Tips 15 – Amalkan teknik pemakanan yang betul. Maksud teknik pemakanan di sini adalah merujuk kepada teknik kunyahan. Semasa makan, kunyahlah dengan perlahan-lahan dan jangan tergopoh-gapah. Cuba kunyah makanan yang disuap menjadi cebisan kecil sebelum ditelan agar ia mudah dihadam kelak.
Tips 16 – Gunakan piring makanan yang rata. Elakkan dari menggunakan piring yang cekung. Dengan memilih pinggan yang rata, maka anda dapat mengelakkan daripada mengambil makanan secara berlebihan.
Tips 17 – Jangan percaya kepada mitos-mitos berdiet. Antara mitos berdiet yang kerap dibincangkan sehingga kini adalah; jangan sarapan pagi, jangan makan malam, jangan minum air masak, jangan minum jus oren. Sedangkan, mitos-mitos itu termasuk dalam plan diet yang baik dan sempurna.
Tips 18 – Tetapkan sasaran yang realistik. Anda harus meletakkan sasaran dalam tempoh menurunkan berat badan. Contohnya, minggu ini anda menyasarkan turun berat badan sebanyak 0.5 kg. Untuk minggu-minggu seterusnya, anda boleh tingkatkan kepada 1-2 kg pula bagi mencapai berat badan impian.
Tips 19 – Jangan timbang berat badan setiap hari.
Alasannya? – Jika anda berbuat demikian, ianya boleh membuatkan anda berputus asa kerana anda tidak dapat melihat perubahan. Cadangan saya, timbang berat badan pada setiap minggu atau dua kali sebulan.
Tips 20 – Diari diet sebagai rekod. Untuk tips ini, saya sarankan anda memiliki sebuah diari diet. Dalam diari tersebut, anda perlu rekodkan setiap hari berapa kali dan berapa banyak anda makan, tahap kelaparan dan perasaan anda ketika makan.
Alasannya? – Dengan berbuat demikian, ianya mampu meningkatkan kepekaan terhadap tabiat makan anda. Lama-kelamaan, anda pasti dapat mengenalpasti dan menukar tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Kemudian, bolehlah anda merangka plan diet yang lebih berkesan.
Tips 21 – Cukup belajar teori sahaja. Ayuh mulakan langkah anda dengan mengamalkan teknik diet yang betul. Saya percaya dengan teknik diet yang betul berserta senaman anda mampu mengurangkan berat badan anda.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga, pasti menginginkan momen manis itu dikenang seumur hidup. Maklumlah berkahwin hanya sekali dan rugi jika tidak menikmatinya dengan cara tersendiri.
Dalam dunia tanpa sempadan ini, pelbagai cara dilakukan dan ada antaranya menjadi viral. Misalnya baru-baru ini pasangan dari Terengganu berkahwin dengan menggayakan baju yang sangat simple hingga mendapat perhatian pengguna laman sosial.
Walau apa jua caranya, nawaitu tetap sama iaitu bagi memastikan majlis perkahwinan dikenang hingga ke akhir hayat.
Bagi selebriti, Anis Al-Idrus dan pasangannya, Mohd Rafzan Nurhikmal Abdul Halim, majlis kahwin mereka juga tidak terkecuali mencetus viral. Ini adalah gara-gara mereka tampil hipster di majlis perkahwinan dengan menyarung sneakers hingga mendapat perhatian netizen.
A post shared by Mrs. Aiman Rafzan ???? (@anisalidrus) on
Dalam satu temu bual, Anis memberitahu memilih sneakers kerana mahukan keselesaan untuk bergerak ketika melayan tetamu di majlis dan bimbang tergelincir jika memakai tumit tinggi.
Sneakers yang digayakan Anis telah mencetus viral kerana jarang pengantin memilih kasut kanvas di hari bahagianya. Jika diteliti pembuatan sneakers ini juga cukup menarik dan lain daripada yang lain. Siapa agaknya orang yang mereka dan menghias kasut ini sebegitu cantik dan cukup kemas pembuatannya.
A post shared by Mrs. Aiman Rafzan ???? (@anisalidrus) on
Apa yang bermain di fikiran, berapa lama masa diperuntukkan untuk menyiapkan detailing sneakers berkenaan. Admin berjaya menemui pereka dan penghias sneakers ini yang sebelum itu dia juga tidak tahu siapa empunya kasut berkenaan.
Minat Hiasan Kraf Sejak Kecil
Pemilik nama Kamaliza Kamaruddin ini, berusia 43 tahun dan berasal dari Kg Selekoh Bagan Datuk Perak. Beliau sudah 5 tahun menceburkan diri dalam bidang rekaan kasut terutama untuk majlis perkahwinan ataupun makan malam.
“Sebenarnya sejak kecil lagi saya sudah minat membuat DIY kraf untuk kelengkapan rumah juga hiasan manik pada baju. Oleh kerana minat mendalam saya mula menceburi benda baru dengan menghias kasut pula.
“Selalunya saya mendapat tempahan menghias kasut untuk majlis perkahwinan ataupun majlis makan malam. Bermula sebagai hobi dan kemudian menjadikannya sumber pendapatan,” jelas Kamaliza yang menggunakan nama Leeza Kamaruddin untuk bisnes ini.
Kasut Lain Yang Dapat Sentuhannya
Bercerita mengenai hiasan kasut kahwin Anis, Leeza memberitahu menerima tempahan daripada pihak produksi KASUT PENGANTIN (LADIES SHOES) tanpa banyak soal. Selalunya dia menerima tempahan untuk kasut jenis pumps dan wedges.
Tetapi kali ini cabarannya berbeza apabila diberikan sneakers yang tidak pernah dibuatnya sebelum ini.
[su_highlight background=”#fb99ff”]“Agak lama juga saya memikirkan apa hiasan untuk digarap pada sneakers ini. Hampir seminggu barulah idea itu datang dan saya mula mencari material sesuai. Untuk memberikan kelainan, saya menggandingkan material ‘Prada Lace, Glass Pearl dan juga Rhinestone’.[/su_highlight]
“Dalam masa membuat itu, saya terfikir juga siapalah empunya kaki yang akan menyarung sneakers ini nanti.
“Info yang saya dapat cuma memberitahu, pemiliknya gemarkan kelainan dan seorang yang sempoi. Dalam pada itu saya sebenarnya ‘on and off’ menyiapkan sneakers ini kerana turut memberi tumpuan pada tempahan manik dan lace untuk kasut pengantin lain,” ceritanya lagi yang menerima dugaan terbesar ketika sedang menyiapkan sneakers viral ini.
Leeza Di samping Anak Daranya Yang Supportive
Sedang sibuk menyiapkan tempahan, Leeza dikejutkan dengan pemergian bonda tersayang, Allahyarhamah Kamsiah Ashaari yang meninggal dunia seminggu selepas Syawal lalu.
[su_highlight background=”#fb99ff”]“Kehilangan bonda memang buat kami cukup terkesan. Saya serta adik beradik lain memang rapat dengan bonda dan pemergiannya amat dirasai hingga kini.[/su_highlight]
“Namun, dalam masa sama saya perlu menyiapkan tempahan yang telah diterima termasuk kasut ini. Saya cuma ada 3 hari untuk menyiapkan ‘detailing’ sneakers berkenaan.
“Seperti karya sentuhan saya sebelum ini, saya memang akan fokus mengikut naluri dan memberikan yang terbaik agar semua pihak berpuas hati. Segala idea dan kreativiti saya curahkan pada penghasilan hiasan kasut ini.
Proses Menyiapkan Sneakers Viral
“Saya tidak tahu empunya sebenar sneakers ini adalah seorang selebriti. Saya cuma tahu Anis yang akan memakainya untuk hari perkahwinannya pada pagi Sabtu melalui status dalam laman IGnya.
“Saya cukup berbesar hati jika dapat bersua dengan pemilik kasut yang pada saya cukup istimewa ini. Ada momen terindah di situ kerana ketika menyiapkannya saya masih lagi bersedih dengan kehilangan bonda tersayang,” jelas Leeza yang mengakui hanya bekerja di belakang tabir.
Turut Terima Tempahan Dari Luar Negara
Admin cukup kagum dengan hasil kerja Leeza yang begitu prihatin menyiapkan detailing pada kasut ini. Kemasan pada kasut ini memberi gambaran kerja yang dihasilkan adalah melalui jiwa dan hasil kerja yang ikhlas.
Leeza juga mempunyai FB sendiri iaitu Kasut Pengantin Elza yang memuatkan gambar koleksi kasut yang pernah mendapat sentuhan tangannya. Menurut pereka yang tinggal di Petaling Jaya dia juga turut menerima tempahan hiasan kasut dari dalam dan luar negara.
Teh Hijau telah lama menjadi minuman paling sihat, ia sarat dengan antioksidan dan baik untuk anda. Jika anda suka teh hijau cuba gunakannya pada kulit anda juga.
Hanya menyembur teh hijau sejuk pada kulit anda atau mencampurkannya dengan bahan pelengkap lain untuk membuat topeng muka teh hijau yang sempurna, boleh memberikan hasil yang baik. Khasiat herba ini tidak kurang hebatnya. Jom semak cara menggunakan teh hijau dalam bentuk masker muka teh hijau & kiub Ais dan lain-lain, untuk menghasilkan faedah kecantikan maksimum.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
4 cara menggunakan Teh Hijau untuk Kulit
Masker Muka
Teh hijau sejak beberapa tahun kebelakangan ini telah menjadi agak popular kerana sifat anti-penuaannya dan oleh itu merupakan tambahan yang bagus untuk rutin penjagaan kulit anda. Manjakan diri anda dengan masker muka teh hijau yang sempurna yang melembapkan kulit dan menjadikannya kelihatan berseri.
Anda perlu:
1 sudu teh serbuk teh hijau
1 sudu besar yogurt biasa
Minyak pati biji lobak merah atau minyak pati ros
Cara membuat dan menggunakan:
Campurkan 1 sudu teh serbuk teh hijau,
1 sudu yogurt kosong dan beberapa titis minyak pati biji lobak merah/minyak pati mawar bersama-sama.
Buat pes halus, kemudian sapukan perlahan-lahan ke muka dan leher anda. Biarkan selama sepuluh hingga 20 minit, kemudian bilas dengan air sejuk.
Wajah anda akan berasa segar, lembut, berseri dan awet muda. Gunakan masker muka anti-penuaan ini sekali setiap minggu untuk mendapat faedah maksimum.
Faedah:
Topeng muka Yogurt melembapkan kulit anda dan sesuai untuk mencapai kulit licin yang dicemburui dengan cahaya yang sihat. Malah teh hijau menjadikan komponen yang hebat dalam topeng muka kerana ia bukan sahaja mempunyai antioksidan, tetapi ia penuh dengan Vitamin E, bermanfaat dalam mengekalkan tahap kolagen untuk kulit kekal remaja. Sifat anti-radang dan anti-bakteria teh hijau juga untuk merawat jerawat yang rawan.
Toner menyegarkan
Adakah anda memerlukan botox apabila anda mempunyai teh hijau? Anda boleh memanfaatkan kuasa teh hijau untuk kulit yang lebih tegang dan licin dengan memasukkan toner teh hijau ke dalam rutin penjagaan kulit harian anda. Ini adalah salah satu helah tertua yang membantu menenangkan, menghidrat dan menegangkan kulit anda.
Anda perlu:
Daun teh hijau (1 beg)
1 cawan air
Air mawar (1 sudu besar.)
Minyak Pati Lemon
Cara membuat dan menggunakan:
Tuangkan 1 cawan air dalam kuali kecil.
Didihkan dengan api yang perlahan. Masukkan daun teh hijau. Biarkan ia sejuk selama beberapa minit.
Biarkan ia sejuk.
Tuangkan teh ke dalam mangkuk kaca.
Campurkan bahan yang tinggal iaitu 1 sudu besar air Mawar dan beberapa titis minyak pati lemon. Toner teh hijau sudah siap.
Pindahkan ramuan ke dalam botol semburan dan goncang dengan baik sebelum digunakan. Simpan dalam peti ais supaya tahan sehingga 1 minggu. Semburkan toner teh hijau sejuk ke seluruh muka dan leher anda. Gunakannya setiap hari. Jika anda mempunyai kulit berjerawat berminyak, gunakan toner ini beberapa kali dalam sehari.
Faedah:
Toner ini mengetatkan pori-pori yang membesar dan menyerap lebihan sebum memberikan kulit anda kelihatan lebih sekata. Ia membantu dalam mengimbangi tahap ph kulit anda dan memastikan kulit anda bebas jerawat. Vitamin dalam teh hijau membantu dalam melambatkan proses penuaan seperti kedutan dan garis halus.
Ais kiub Teh Hijau
Selain digunakan dalam topeng muka dan toner, teh hijau juga boleh digunakan dalam bentuk ais. Kebanyakan kita sudah sedia maklum akan kebaikan urutan ais untuk menyelesaikan pelbagai masalah kulit. Tetapi adakah anda pernah mencuba ais kiub teh hijau? Kesan yang paling ketara daripada kiub ais teh hijau adalah, ia memberikan kelegaan daripada terbakar matahari dan ruam.
Anda perlu:
Daun teh hijau (1 beg)
1 cawan air
Daun pudina atau daun selasih
Cara membuat dan menggunakan:
Bancuh 1 cawan teh hijau dan masukkan kepingan kecil daun pudina dan daun selasih ke dalamnya.
Tuangkan ramuan dalam dulang ais kiub dan bekukan.
Gosok ketulan ais teh hijau pada muka, letak juga pada mata anda yang bengkak untuk mengurangkan bengkak. Kesan penyejukan membantu meremajakan kulit anda dan menjadikannya kelihatan segar, berseri dan bercahaya.
Faedah:
Membantu menghilangkan jerawat, mencerahkan bintik-bintik gelap dan mengecilkan pori-pori. Ia menghidupkan semula kulit kusam memberikan anda cahaya semula jadi yang sihat. Urut wajah bersama kiub ais teh hijau menjadikan wajah yang letih kelihatan segar serta-merta dengan menurunkan pengekalan air berhampiran kawasan bawah mata.
Minum Teh Hijau
Teh hijau adalah herba serba boleh yang memberikan manfaat kecantikan dalaman. Menggunakan topikal teh hijau, tetapi kuasa kecantikan ini juga mempunyai banyak tawaran secara dalaman.
Anda perlu:
1 sudu teh daun teh hijau
1 cawan air ( 8 oz )
1 sudu teh jus lemon
1 sudu teh madu
Cara membuat dan menggunakan:
Masukkan 1 sudu teh daun teh hijau ke dalam secawan air dan biarkan ia mendidih.
Biarkan ia dibancuh selama 5 minit atau sehingga air mengambil warna daun sebelum menutup api.
Tapis teh dan tambah 1 sudu teh madu
1 sudu teh jus lemon.
Minum 2 cawan teh hijau setiap hari.
Tidak dapat dikatakan bahawa teh hijau adalah minuman paling sihat dan banyak untuk ditawarkan. Ia meningkatkan metabolisme, membantu dalam penurunan berat badan dan meningkatkan imuniti anda. Minum teh hijau adalah cara cepat untuk membuang toksin dari badan dan ia melindungi kulit daripada kerosakan radikal bebas.
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...