“Setelah 2 Tahun Covid Mengganas, Solat Tak Perlu Penjarakan Sosial Lagi,” – Ashraf Muslim Kongsi Momen Solat Berjemaah Di Masjid Nabawi

Share

Pandemik Covid-19 sememangnya telah mengakibatkan banyak urusan tergendala dan terbantut. Perkara yang dahulunya normal kini memerlukan banyak prosedur operasi standard untuk mengekang penularan virus Covid-19. Antara yang terkesan semestinya operasi di masjid yang mana, hanya jumlah tertentu sahaja yang dibernarkan memasukinya dan perlukan penjarakan sosial.

Namun kini sejak penurunan prosedur operasi standard mula dilonggarkan. Selebriti popular tanah air, Ashraf Muslim baru-baru ini telah menjadi antara kumpulan jemaah pertama yang menjejakkan kaki ke tanah suci bagi mengerjakan Umrah sejak pandemik tersebut melanda Malaysia.


.

Berkongsi dalam satu hantaran di laman Instagram, Ashraf yang berkesempatan solat di Masjid Nabawi berkata, “Alhamdulillah, sebelum berkumandang azan subuh di pagi ini. Satu lagi keajaiban berlaku dimana hari ni untuk pertama kalinya setelah 2 tahun covid mengganas di dunia ini, saya dapat merasakan momen bersama-sama jemaah disini utk solat yg tak perlu penjarakkan sosial lagi.

“Syukur pada Allah. Air mata ni asyik mengalir je dari tadi. Allah sayangkan kita. Allah marah tapi Dia sayang supaya kita dekat dengan Dia. Allahuakbar.! Oklah azan Subuh dah dilaungkan. Semoga momen ini turut juga berlaku di Malaysia tak lama lagi, InsyaAllah.”

Pada 17 Oktober lalu, kerajaan Arab Saudi telah membenarkan masjid beroperasi mengikut kapasiti penuh dengan jemaah menunaikan solat tanpa perlu melakukan penjarakan fizikal buat pertama kali sejak tercetusnya pandemik COVID-19.

Kumpulan pekerja telahpun diarahkan untuk menanggalkan penanda di lantai sebagai panduan untuk orang ramai melakukan penjarakan fizikal sebelum ini di dalam dan sekitar masjid.

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

Published by
Fiezreen