Minggu lepas memang viral kisah wanta ini yang dikatakan akan diceraikan suaminya sendiri disebabkan sudah tiada rasa cinta. Ketika itu dia merasakan hidupnya bagaikan hilang tempat bergantung memandangkan dia senditi tidak bekerja dan terpaksa menanggung dua anak yang masih kecil. Namun Tuhan itu Maha Adil dan Kaya. Ada orang lain yang bersimpati dan memberi rezeki padanya untuk meneruskan hidup. Siapa sangka wanita yang cukup viral minggu lepas, Intan Liana Salleh ditawarkan menjadi model bagi produk terbaru Dato’ Aliff Syukri.
Melalui ruangan instagram isteri Dato’ Aliff, Datin Seri Shahidah, dimuat turut foto Intan menggayakan hijab terbaru keluaran AliffbySha. Istimewanya hijab ini menepati syariat dan memenuhi ciri wanita Muslimah.
Malah ia boleh digayakan dalam dua bentuk. Sama ada sebagai hijab biasa pelbagai gaya ataupun dibuat khimar yang mana boleh digunakan untuk solat.
Menggunakan warna pastel dengan penggayaan model bersesuaian menambahkan lagi keunikan hijab terbaru keluaran jutawan kosmetik ini.
Intan Liana juga turut memuat turun foto yang sama dan menerima banyak komen daripada netizen. Mereka memuji penampilan intan yang cantik bak model dengan gaya Muslimah yang sopan.
Sebelum itu Datin Seri Shahida memuat turun foto pertemuan mereka yang mana pasangan ini yang dikatakan mahu membantu dan bekerjasama dengannya dalam memberi kehidupan yang lebih baik di masa hadapan.
Justeru ramai yang menunggu apa projek terbaru dan dua hari kemudian barulah terjawab segala persoalan.
Semoga dengan rezeki yang diberikan kepada ibu muda ini, kehidupan Intan akan bertambah baik di samping dua anak yang masih kecil.