Hidayah orang itu hadir tanpa disangka-sangka. Dan sebagai kawan kita pastinya akan memberi sokongan kepada teman yang mahu berhijrah dengan berhijab. Seperti perkongsiaan pelakon dan pengacara Zulin Aziz yang juga menjadi pendorong dua rakannya yang mahu berhijab. Dalam posting di laman sosial Instagram, Zulin Aziz menyatakan bagaimana dua sahabatnya itu Leyla Krisya dan Puteri Emilia Mohd Hanif tergerak hati untuk berhijab.
View this post on Instagram
Walaupun pada mulanya tidak mahu kerana mahu menunggu tua, tetapi Zulin memberitahu bertudung kena niat ikhlas kerana Allah. Dia juga ketika itu mengharapkan sahabatnya itu akan mendapat hidayah.
Akhirnya temannya itu dibukakan hati untuk berhijab. Dan pastinya dialah orang paling gembira kerana dua orang sahabatnya sudah berhijab. Menurutnya betapa indah melihat zaman nakal dan kemudiannya berubah juga sama-sama.
View this post on Instagram
Mimpi mati dalam keadaan berhijab
Pagi2 leyla ajak shopping tudung.Tiba-tiba Menangis . Dia kata .. Zulin,aku mimpi aku mati malam td…aku mimpi aku mati dlm keadaan berhijab.Aku nak pakai tudung terus
Allah..leyla,sejuk hati aku dengar pagi2 ni
itu namanya kau dpt hidayah
Mula2 saja je zulin suruh dia keluar dgn zulin pakai tudung
Dia ckp nnt aku dh kawen aku akan pakai tudung.Zulin cuma senyum kat dia.nak pakai tudung ni kena ikhlas niat kerana Allah .semoga kau dapat hidayah satu hari nanti.
Esoknya dia minta tudung lg.Harini aku nak pakai tudung lah zulin.Zulin katalah Alhamdulillah hari2 pun tak apa.Ambik jelah tudung apa ada tu.nampak manis je dia bertudung kan?
Setiap saat diuji keimanannya dan setan bekerja 24 jam
Harini dia kata nak beli tudung and ambil keputusan nak terus berhijab.Alhamdulillah. Allahuakhbar.Leyla..zaman kita nakal sama2,bila tengok sorang2 berubah MashaAllah ..indahnya rasa.
Pasti setiap dari kita akan diuji keimanannya.Setan bekerja 24jam setiap saat nak menyesatkan kita hinggalah kiamat.Apa yg buat iman kita kuat,kita jangan tinggal solat,insyaAllah kita sentiasa dalam lindungan Allah swt.
Semoga istiqomah.? @leyla_krisya
View this post on Instagram
Zulin juga ada menulis dalam posting berbeza mengenai penghijrahan salah seorang lagi sahabatnya ini.
Hati sayu nak berhijab
Allahuakhbar.
Pagi tadi bila leyla tulis dlm group dia nak pakai tudung.. @emeliehanif_officialpun ckp hati dia sayu,dia kata dia pun nak berhijab. Allahuakhbar.Allahuakhbar.
Doakan kawan2 saya yaaa semua…
Indahnya persahabatan kami ni tak tau nak ckp mcmana. InsyaAllah kami saling menyokong antara satu sama lain kearah kebaikkan.Perlahan-lahan,kita belajar jadi baik dari sebelumnya.
View this post on Instagram
Pernah susah senang bersama-sama
Kita susah sama2
Senang sama2
Nangis sama2
Ketawa sama2
Allah jemput kita berdua pergi umrah bersama @emeliehanif_official.
Allah beri kita rezeki,beri kita peluang,
Syukur Alhamdulillah.
Semoga Allah terus beri kita hidayah.
Semoga Allah bukakan,sucikan hati setiap dari kita.
Hidayah milik Allah
Doakan semoga @emeliehanif_officialkuatkan iman,kuatkan pendirian dan yakin dengan rezeki Allah swt.
Dulu masa cakap nak berhijab orang kata rezeki kuran, tapi percaya dengan rezeki Allah
Dulu masa saya ambil keputusan nak berhijab,ramai ckp saya mungkin akan kurang tawaran berlakon.Tapi saya kuatkan hati,saya percaya pada rezeki Allah.Kalau saya miskin pun didunia ,saya nak kaya dengan pahala di akhirat,insyaAllah.
Alhamdulillah,saya makin murah rezeki sebenarnya selepas saya berhijab.Saya dapat mcm2 tawaran yg saya tak pernah dapat masa saya free hair.
Kita mencari rezeki dan berkat Allah
InsyaAllah Allah permudahkan
Sahabatku dunia akhirat. ?
@leyla_krisya@emeliehanif_official
KREDIT FOTO: INSTAGRAM ZULIN AZIZ
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI