Tidak dinafikan bahagian kulit wajah memang cukup sensitif terutama pada usia yang masih muda. Jika salah penjagaannya akan menyebabkan masalah kulit yang teruk hingga boleh menyebabkan timbul jerawat dan jadi breakout. Dan ia mengambil masa untuk pulih seperti sedia kala. Ada kalanya faktor pemakanan, persekitaran dan juga gaya hidup turut menyumbang kepada masalah kulit wajah.
Seperti perkongsian gadis ini yang menggunakan akaun nama @rabiatulxivii
di laman twitter yang masih belajar dan mengalami masalah kulit wajah
breakout sejak setahun lalu.
Menurutnya setelah menumpukan sepenuh perhatian dalam proses penyembuhan, akhirnya masalah breakout ini berjaya diatasi dengan hanya menggunakan produk bajet tidak sampai RM100.
Lepas setahun proses penyembuhan.
Walaupun wajah alami breakout tetapi tak sedih sebab terlalu sibuk dengan pengajian.
Masa itu, memang tempat tidur tak menentu, di lantai yang memang banyak habuk. Duduk juga dalam bilik berhawa dingin yang boleh menyebabkan masalah kulit jadi kering.
Tidak pernah sekalipun pakai sunscreen.
Itulah yang menyebabkan wajah jadi breakout teruk. Jerawat keluar banyak.
Renung semula rutin kehidupan sebelum ini yang tidak menyihatkan. Mula susun jadual kehidupan supaya boleh jadi manusia normal.
Balik setiap petang ke kolej dengan berjalan kaki yang ambil masa 25 minit. Jimat duit, dapat sedut oksigen dan bersenam.
Kulit makin pulih, mula beli skincare setelah lakukan survey pasal penjagaan wajah.
Tapi sebab masih belajar, tak pilih produk mahal. Cuba balik guna produk yang pernah digunakan sebelum ini.
Untuk hilangkan parut jerawat, cuba gunakan produk ini.
Jumlah yang dikeluarkan untuk pulihkan wajah.
Ini pula untuk moisturiser. Dan start buat rutin penjagaan wajah tanpa jemu siang dan malam selama 6 bulan.
Bila masuk September 2018, wajah sudah pulih dan tak ada breakout lagi.
Dalam 5 tahun sebelum, tidak pernah dapat wajah elok seperti ini.
Dan inilah wajah terkini setelah hampir setahun berusaha untuk pulihkan wajah dari masalah breakout.