Kecantikan

Setahun Bersabar Bila Wajah Rosak Teruk Sebab ‘Breakout’ & Akhirnya Pulih Guna Produk Bajet

Share

Kata orang usaha itu kejayaan. Selagi tak cuba selagi itulah kita tak tahu keberkesanannya. Begitu juga pengalaman gadis ini Yan atau @sigadiskayangan yang berkongsi cara penjagaan kulit wajah yang pernah mengalami masalah breakout hampir setahun lalu. Walaupun kini hasilnya belum flawless

sepenuhnya tetapi sekurang-kurangnya kulit wajah sudah bertambah baik dan sihat  Hanya menggunakan produk tidak terlalu mahal dan murah yang boleh didapati di pasaran tempatan. Kata kunci untuk menyelesaikan masalah ini adalah sabar. Biarpun mengambil sedikit masa, tetapi hasilnya tidak mengecewakan.

Wajah dulu dan sekarang. Walaupun tidak ‘flawless’ sepenuhnya tapi kulit wajah makin sihat.

Ada kalanya datang juga seketul dua jerawat tapi pesannya jangan sesekali picit.

Agak lama mengalami ‘breakout’ dan lebih paras.

Ambil masa lama untuk pulih. Hampir setahun alami breakout dan paling penting kena sabar.

Untuk rutin penjagaan harian, gunakan dua produk ini untuk pencuci wajah.

Step kedua pula pengggunaan pelembap dan pilih produk ini sebab kurang melekit.

Untuk malam gunakan produk ini. Lagi best penggunaannya jika letak dalam peti sejuk.

Dan yang ini jangan sesekali lupa atau abaikan.

Step paling akhir pula penggunaan produk ini yang memang bagus dan berbau wangi.

 

 

Published by
Siti Zurina