Semua orang ingin memiliki kediaman sendiri. Tidak dapat dinafikan memiliki kediaman pertama seharusnya menjadi detik penting dalam kehidupan kita. Tak kanlah selamanya kita ingin menyewa. Bukankah lebih baik punya rumah milik sendiri.

Walau bagaimanapun ia tidak sepatutnya menjadi bebanan yang perlu ditanggung kerana mengakibatkan masalah kewangan di kemudian hari. Maka sebab itulah kediaman yang hendak dibeli perlu sesuai dengan pendapatan yang diperolehi.

Sesuaikah Beli Rumah Dalam Keadaan Pandemik Sekarang? Pelabur Hartanah Kongsi Tip

Amat penting kediaman pertama sepatutnya dimulakan dengan rumah yang dibeli berdasarkan kemampuan semasa. Bukan hanya beli sahaja tanpa memikirkan tanggungan yang perlu disempurnakan.

BOLEHKAN BELI RUMAH SEKARANG?

Sesuaikah Beli Rumah Dalam Keadaan Pandemik Sekarang? Pelabur Hartanah Kongsi Tip

Rumah tetap menjadi keperluan asas manusia.  Waktu pandemik, kita tetap perlu tinggal di rumah bukan dalam kereta.

Jika ada impian beli rumah, pertimbangkan ciri ini.
1. Beli kediaman yang 3 bilik 2 bilik air.

2. Elakkan beli uni studio seperti Soho, Sovo dan Sofo. Ini merupakan unit komersial.

Ads

Sesuaikah Beli Rumah Dalam Keadaan Pandemik Sekarang? Pelabur Hartanah Kongsi Tip

3. Jarak kediaman ke tempat kerja kurang dari sejam perjalanan. Rumah yang sihat adalah tidak lebih sejam perjalanan ke tempat kerja. Semakin jauh semakin besar kos bulanan kita sebenarnya. Cari beberapa pilihan mengunakan Google map untuk ketempat kerja kita dari arah berbeza.

4. Jika kita layak beli kediaman RM500,000 sekalipun, usahakan beli kediaman bawah RM350,000 agar kita kekal ada simpanan dan tak habis bayar duit rumah.

5. Cari kediaman yang minimum modal, bayaran permulaan rendah. Manfaatkan banyak simpanan kita waktu pandemik begini. Semakin banyak tawaran percuma semakin baik.

Sesuaikah Beli Rumah Dalam Keadaan Pandemik Sekarang? Pelabur Hartanah Kongsi Tip

Ads

 

6. Pastikan dapat ruang parking percuma. Jika dapat 2 kenderaan paling baik.

Semalam (4 November) OPR kekal pada kadar terendah iaitu 1.75% kadar terendah dalam sejarah negara.

TIP BELI RUMAH 2020

1. Jangan Tergesa Gesa Membeli
Jangan buat keputusan beli rumah dalam masa sehari. Beri tempoh bertenang antara 5-7 hari baru bayar booking. Kita cenderung buat keputusan salah bila terburu-buru.

Ads

2. Hadiah Percuma
Dapat aircond, kabinet dapur, SnP dan lawyer fees percuma itu dah biasa. Belajar negosasi minta pemaju kurangkan harga. Pasaran lebihan hartanah starta makin buruk, minta diskaun 20-25% lebih baik dari hadiah percuma.

Sesuaikah Beli Rumah Dalam Keadaan Pandemik Sekarang? Pelabur Hartanah Kongsi Tip

3. Pasaran Kondominium
Lebihan kediaman strata membimbangkan semua, semak kembali jika nak beli kondominium tahun ini. Ada hartanah landed yang dah turun harga dan hampir sama. Kini harga kondominium tak seimbang lagi. Semak, semak dan semak kawasan sekitarnya.

4. Kos Tambahan Hartanah Strata
Bagi pangsapuri dan kondo ada kos tambahan seperti yuran selengara dan insuran. Ada setengah tempat kos selengara hingga RM0.45 sekaki persegi. Jika keluasan lantai 900kps. Kita perlu bayar selenggara RM405 setiap bulan!.

Jangan terburu, tahun ini dijangka lebihan hartanah cecah lebih 40,000. Beli yang mampu bukan yang kita suka.

Sumber kredit: Azizul Azli Ahmad

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI