Serum adalah salah satu rutin penjagaan kulit muka yang perlu dipakai selepas anda mencuci muka dan disusuli dengan toner juga pelembab. Serum mempunyai bahan-bahan yang terbaik untuk terus meresap masuk hingga ke dalam kulit disebabkan molekul-molekulnya yang kecil.
Jadi, serum berfungsi merawat kulit dari dalam. Tidak kisah kalau ada masalah kulit sekalipun, jangan lupa untuk memakai toner. Hijabista kongsikan 17 serum yang boleh didapati di drugstores seperti Watsons, Guardian dan Mycare.
Produk buatan Jerman ini sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah jerawat yang besar-besar dan kulit yang berminyak. Juga sesuai untuk kulit yang sensitif. Dermatologically tested.
Produk buatan Taiwan ini sesuai untuk muka berminyak dan berjerawat serta kusam. Ia sesuai untuk semua jenis kulit.
Lagi satu produk buatan Taiwan ini sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah pori yg terbuka, kulit kusam.
Produk buatan Korea Selatan ini sesuai untuk mereka yg mempunyai masalah kulit berminyak dan pori terbuka. Untuk kombinasi jenis kulit pun boleh. Macam dalam kulit kering, tetapi kering ataupun berminyak pada permukaan.
Sesuai untuk mereka yg fokus untuk kulit cerah sekata bak dinding. Sesuai untuk semua jenis kulit.
Sesuai untuk semua jenis kulit. Untuk siapa-siapa yang mahukan kulit muka cerah berseri dan untuk kurangkan pigmentation (bintik hitam)
Sesuai untuk mereka yg mengalami kulit kusam dan mempunyai bintik-bintik hitam.
Sesuai untuk mereka yang mahukan putihkan kulit muka walaupun tangan lebih gelap daripada kulit muka. Sesuai untuk semua jenis kulit.
Tidak mengeringkan kulit. Sesuai untuk semua jenis kulit.
Produk buatan Perancis ini sesuai untuk kulit normal dan kering.
Produk buatan Jepun ini sangat sesuai untuk mereka yang mahukan kulit yang lembab macam artis Korea. Basah-basah berkilat begitu. Sesuai untuk semua jenis kulit.
Produk buatan Perancis ini sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kulit yang sangat kering dan sensitif yang melampau.
Berfungsi untuk merawat dan melindungi kulit dari awal. Sesuai untuk semua jenis kulit. Sesuai untuk umur 25 ke atas. Produk ini ada fungsi anti penuaan juga.
Teksturnya agak berminyak sebab dia dapat mengelakkan kulit darpada kering. Sesuai untuk sesiapa yang ada masalah jerawat juga. Sebab dia ada Royal Jelly yang sangat berkhasiat untuk memulihkan permukaan kulit.
Sesuai untuk umur 25 ke atas yang ingin tampak kekal muda. Sesuai untuk kulit kusam juga. Untuk tampak lebih berseri. Seperti dutanya pelakon Fazura.
Sesuai untuk mereka yang berumur 30 ke atas untuk tujuan mengurangkan atau mengelakkan kedutan pada wajah. Ataupun mereka yang mempunyai bintik-bintik hitam akibat melanin dalam kulit.
Sesuai untuk mereka yg mempunyai masalah kulit seperti bintik hitam, garisan halus ataupun kedutan pada wajah. Sesuai untuk wanita yang berumur 30 ke atas. Sesuai untuk semua jenis kulit.
Mungkin ada sesetengah orang sensitif dengan bahan-bahan tertentu. Jadi, jangan salahkan produk dan jangan salahkan kulit anda juga.
Sumber: Facebook Azreena Azmi