Kecantikan

Serum Bertukar Warna? Ketahui Sebabnya Sama Ada Boleh Terus Pakai Atau Tidak

Share

Vitamin C memainkan peranan untuk meregenerasi kolagen, mencerahkan wajah, dan menghilangkan parut jerawat. Terdapat pelbagai manfaat daripada vitamin C yang boleh didapati dalam bentuk krim dan serum.

Pemakaian serum sebagai salah satu rejim penjagaan kulit bukanlah sesuatu yang asing pada mereka yang mengambil berat tentang kesihatan kulit. Serum Vitamin C dengan bahan antioksidan amat berkesan dalam merangsang pengeluaran kolagen serta membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan dengan memperbaiki kerosakan kulit.

Kerosakan kulit boleh diakibatkan oleh pencemaran dan pancaran matahari. Maka sebab itulah selain mengamalkan pengambilan Vitamin C secara oral, anda juga perlu mengamalkan pemakaian produk penjagaan wajah seperti serum dan juga krim yang mengandungi Vitamin C.

Photo by Shiny Diamond from Pexels

Jika anda menginginkan serum yang dapat membantu mencerahkan kulit wajah, pilih produk yang mudah meresap ke dalam kulit wajah. Pilihlah produk vitamin C aktif dan bahan tambahan lainnya yang membuatkan vitamin C mudah diserap kulit sekaligus terjaga kestabilannya. Anda juga boleh memilih produk yang disertai vitamin E. Vitamin E dapat melancarkan peredaran darah sehingga dapat memberikan efek sinergi dengan vitamin C.

Jika anda memiliki masalah jerawat, pilihlah serum dengan kandungan vitamin C aktif. Vitamin C berfungsi untuk mencegah pembentukan sebum yang menjadi penyebab timbulnya jerawat. Pilih serum vitamin C dengan tekstur yang tidak melekit untuk keselesaan anda.

Vitamin C juga berperanan dalam membantu pembentukan kolagen semula jadi kulit. Kolagen adalah unsur yang menjaga kulit agar tetap anjal dalam proses keremajaan kulit. Jika anda ingin kulit tampak muda, pilihlah serum vitamin C dengan tambahan hyaluronic acid atau ceramide. Campuran vitamin C dengan bahan tersebut akan meningkatkan keremajaan kulit agar kulit lebih anjal.

Walau bagaimanapun bagi anda yang memiliki kulit sensitif atau kulit kering, sebaiknya anda lebih peka dengan bahan-bahan tertentu agar tidak merosakkan kulit anda. Hindari produk dengan kandungan paraben dan alkohol yang berpotensi memberikan beban pada kulit anda. Selain itu, pilih juga produk dengan kandungan asid yang rendah.

KENAPA SERUM VITAMIN C BERTUKAR WARNA?

Krim atau serum wajah yang mengandungi vitamin C memang mudah mengalami perubahan warna, dari putih menjadi agak kuning sampai cokelat. Krim atau serum wajah yang kandungan utamanya adalah vitamin C mengalami oksidasi jika terpapar udara, cahaya, dan panas. Sama seperti buah-buahan yang akan berubah warna kalau sudah dikupas terlalu lama.

Photo by Shiny Diamond from Pexels

Jika krim atau serum wajah berubah kecoklatan, khasiat dan kekuatannya sudah berkurang. Semakin terang warna krim atau serum wajah kandungan vitamin C-nya semakin tinggi. Sementara semakin gelap warnanya, kandungannya sudah semakin sedikit. Jadi jika warnanya sudah coklat gelap, sebaiknya anda tidak menggunakan serum atau krim tersebut.

TIP MEMILIH DAN MENYIMPAN SERUM VITAMIN C: 

*Pilih krim wajah atau serum vitamin C dalam kemasan kecil, supaya tidak disimpan terlalu lama dan terpapar udara serta cahaya.

*Jauhkan krim dan serum dari paparan sinar matahari langsung. Setelah memakai serum atau krim, tutup kemasannya dengan rapat supaya tidak terkontaminasi udara atau cahaya. Sambil mengoleskan pada wajah, sebaiknya Anda juga menutup krim wajah, jangan dibiarkan terbuka.

*Simpan krim wajah atau serum vitamin C Anda di tempat yang sejuk.

PILIHAN SERUM VITAMIN C YANG BOLEH ANDA PILIH:

ALPHA-H Vitamin C Serum

Masalah jeragat pada kulit wajah dapat diatasi dengan adanya ALPHA-H Vitamin C Serum yang dirumus khas dengan bahan semulajadi dan Vitamin C. Serum ini berfungsi untuk merawat dan mencegah kesan penuaan, pigmentasi dan garis halus kerana ia mengandungi pelembap untuk penghidratan yang berterusan serta merangsang pertumbuhan kolagen.

PURITO Pure Vitamin C Serum

Dengan kandungan 10% asid Ascobic dan 84% Asid Hyaluronic, vitamin tulen secara inovatifnya dapat menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi kulit.Berfungsi untuk melawan kedutan, kembalikan keanjalan, menghapuskan lingkaran gelap, mencerah, melembut dan melegakan kulit serta kesan parut jerawat hilang dalam masa beberapa minggu sahaja.

Klairs Freshly Juiced Vitamin Drop

Serum dari Klairs ini menggunakan teknologi penstabilan hibrid yang mampu menyerap dengan mengandungi bahan aktif 5% asid L-Ascorbic ke dalam lapisan kulit dan merupakan bahan antioksidan yang telah diuji dan terbukti secara saintifik. Serum vitamin C ini sesuai digunakan oleh semua peringkta usia dan semua jenis kulit kerana formulanya yang tidak merengsakan.

Wardah C-defense with Vitamin C Serum

Serum ini memiliki kandungan utama Hi-Grade Vitamin C 10% dengan tambahan aloe vera dan biosaccharide. Produk ini memiliki tekstur yang ringan dan dapat meresap dengan mudah. Tahap vitaminnya akan membantu mencerahkan kulit anda, menjaga keanjalan kulit, memperbaiki struktur kulit, dan melembapkan.

The Body Shop Vitamin C Skin Boost

Produk ini mengandung glycerin dan ascorbic acid yang akan memberikan kelembapan dan berperanan sebagai antioksidan. Serum ini sesuai dipakai pada waktu pagi dan malam hari sebagai langkah terakhir perawatan kulit harian anda. Dengan pemakaian yang teratur, hasilnya kulit anda lebih cerah dan berseri hasil kandungan mineral glowing dalam serum ini.

HIJABISTA: Terdapat banyak produk serum vitamin C yang boleh anda pilih dengan tekstur yang berbeza-beza. Anda boleh memilih tekstur yang ringan atau kenyal sesuai dengan keinginan dan keperluan kulit. 

Sumber kredit: Dr Nazelia Top image: Photo by Karolina Grabowska from Pexels Photo by Shiny Diamond from Pexels

Published by
Norhasliza