Seronoknya Sarah Hildebrand Bercuti Di Luar Negara, Ini 10 #OOTD Sarah Yang Super Cool!

Share

Sarah Hildebrand bukanlah satu nama baharu dalam industri hiburan tanah air. Mungkin wajahnya agak asing di kaca televisyen tetapi namanya mekar mengharum sebagai salah seorang model yang sering menjadi perhatian ramai.

Selain bergelar seorang pelakon dan pengacara televisyen, gadis kacukan Melayu – Amerika ini juga merupakan duta bagi produk kecantikan Safi Balqis. Patutlah Hijabista lihat wajahnya kekal segar, cerah dan berseri.

Sekitar November 2017, Sarah telah terbang ke Amerika Syarikat untuk bertemu dengan bapanya yang hampir 8 tahun sudah tidak berjumpa. Ibu bapanya sudah bercerai sejak Sarah berumur 8 tahun lagi dan dia bersama ibunya kemudian berpindah ke Kuala Lumpur. Manakala bapanya masih menetap di Amerika.

Sungguhpun jarak mereka jauh, Sarah dan bapanya sering berkomunikasi menerusi Skype, FaceTime dan media sosial yang lain. Menurut Sarah, dia sangat beruntung kerana mempunyai kedua-dua ibu bapa yang sangat mengambil berat tentang kondisinya.

Sarah yang mempunyai pengikut seramai 109 ribu di Instagram ini kelihatan begitu seronok dan gembira bercuti di Amerika Syarikat. Apa yang Hijabista kagum, dia tetap menjaga kesopanannya sebagai seorang Muslimah.

Jom kita lihat #OOTD Sarah yang memang cool dan sempoi! Kebanyakan #OOTDnya bermain dengan rona-rona nude dan neutral yang mudah disuai padan.

Sumber: Instagram Sarah Hildebrand

Published by
Naqiyatul Uzma