Tiada apa yang lebih menarik apabila dapat disatukan serta dikumpulkan bersama-sama rakan seperjuangan dalam sebuah majlis ilmu. Begitulah perasaan yang diluahkan oleh barisan selebriti popular apabila dapat bersama-sama meluangkan masa mendengar ceramah dari insan yang dihormati.
Antara pelakon yang menzahirkan rasa syukur ialah pelakon popular tanah air, Erra Fazira apabila berpeluang meluangkan masa menghadiri Majlis Eksklusif Ramah Mesra Ustaz Wadi Annuar Bersama Selebriti pada 27 Mei bersamaan 27 Syawal 1443H yang lalu.
Menerusi perkongsian dalam akaun Instagramnya, Erra Fazira ataupun nama sebenar Fazira Wan Chek berkongsi rasa syukurnya kerana dapat berkumpul bersama-sama dengan sahabat dan insan yang dihormati.
View this post on Instagram
Alhamdulillah malam yang indah bila dapat berkumpul dengan sahabat dan insan yang baik dan dihormati. Moga ini menjadi asbab untuk kita terus istiqomah mencari syurga. Moga dengan izin-Nya, pertemuan pertama ini memberi perspektif baru dalam kita menyebarkan perkongsian kepada semua. InsyaAllah Amin.
Tambahnya lagi, biarpun ia merupakan perjumpaan yang sebentar, namun banyak ilmu bermanfaat yang diperolehi dan dapat dibawa pulang untuk memberi kebaikan kepada diri sendiri.
Terima kasih team bagi menganjurkan sesi berhari raya bersama figura yang dihormati Ustaz Wadi Annuar. Walaupun perjumpaan hanya sebentar tapi ada ilmu bermanfaat yang dapat kami bawa bersama. Terima kasih Ustaz.
Erra juga turut berharap agar sesi seperti ini dapat diteruskan untuk menyemai nur Islam dan memberi peringatan kepada semua orang.
Barisan artis yang hadir ke majlis tersebut juga meluahkan rasa syukur mereka kerana berpeluang menghadiri ke majlis ilmu tersebut. Menurut Lisa Surihani, ia merupakan sebuah majlis ilmu yang menginsafkan diri untuk sentiasa berusaha memperbaiki diri dan istiqomah ke jalan yang diberkati-Nya.
Datuk Seri Siti Nurhaliza juga menyatakan bahawa ia merupakan sebuah majlis yang amat bermakna apabila golongan alim ulamak atau pendakwah dapat bermusyawarah dengan anak seni untuk mengajak membuat kebaikan.
Majlis Eksklusif Ramah Mesra Ustaz Wadi Annuar Bersama Selebriti merupakan sebuah majlis ilmu dan sambutan hari raya yang membincangkan topik membuat kebaikan kepada umat Nabi Muhammad SAW hingga akhir hayat. Antara selebriti yang turut hadir seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Neelofa, Lisa Surihani,Rozita Che Wan, Betty Banafe, PU Haris, Dato K dan lain-lain lagi.
Sumber gambar: Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza, Erra Fazira & Lisa Surihani.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI