Menjelang Ramadan, semangat menyambut Syawal semakin menghampiri. Hari Raya akan terasa tidak lengkap tanpa wanita cantik memakai pakaian tradisional Melayu, sama ada baju kurung, kebaya, kebarung atau jubah.
Kita tahu betapa sukarnya memilih warna, sama ada kebaya atau kurung, diikuti dengan corak dan juga material pakaian! Terdapat banyak platform untuk anda mencari baju raya, tetapi adakah anda telah menemui yang sesuai?
Jadi HIJABISTA kumpulkan baju raya yang boleh membuatkan anda kelihatan memukau sepanjang Syawal. Bermula dari pelbagai warna, gaya dan saiz, semuanya boleh didapati dalam talian dan akan dihantar ke depan pintu anda. Cuma… pilih satu atau dua.
Risau Beli Baju Kalau Tak Cuba! Ini Langkah Mudah Untuk Membeli Pakaian Secara Online.
Membeli-belah secara atas talian ni dah jadi satu benda yang normal. Senang, jimat tenaga dan kadang-kadang harga barangan lebih murah tau! Tetapi ada kesukaran dan lebih tricky sikit, jika anda baru berjinak-jinak membeli atas talian. Maklumlah, takut saiz tak betul, tak kena dengan citarasa dan macam-macam lagilah! Sebenarnya, senang je nak beli pakaian secara online kalau anda ikut tip ini:
Perhatikan Jenis Kain
Kenalpasti jenis kain sesuatu pakaian tu. Bagi memudahkan boleh bertanya pada seller. Yang penting, anda kena tahu ciri-ciri sesuatu fabrik. Contohnya lembut, menyerap peluh, strechtable dan see through. Barulah rasa berbaloi beli!
Ukuran Dan Saiz
Ini faktor yang paling penting! Ukur baju pada Badan sendiri, pastikan saiz badan anda betul-betul sebelum membeli. Rujuk carta saiz yang disediakan. Walaupun dah dinyatakan saiz standard, kena semak jugak ukurannya sebab lain jenama, lain ukuran. Standby measuring tape ya!
Tentukan potongan Pakaian
Baca penerangan mengenai pakaian yang disediakan oleh seller. Potongan pakaian seperti slim fit, straight cut dan flare pun perlu diambil kira kerana tak semua sesuai dengan sesetengah potongan dan rekaan.
Ads
Baca Review Pembeli
Ini paling penting! Bila dah berkenan, pastikan anda baca review pembeli. Baca dan buat penelitian! Mudah bukan nak shopping online. Apabila anda mengenali perkara diatas tidak perlu bimbang dengan pilihan sendiri. Jika tidak berpuashati, penting untuk melihat syarat-syarat pemulangan semula.
Serlahkan Kemeriahan Hari Raya dengan Rangkaian Busana Sopan
Tatkala umat Islam Malaysia bersiap sedia untuk menyambut hari raya, kempen raya ini bakal membuat anda teruja, ‘Bersiap untuk berhari raya bersama rakan dan keluarga’, platform atas talian ini membawakan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan kepada para pembeli.
Setiap orang harus mempunyai akses kepada pakaian bergaya untuk meraikan Hari Raya Aidil Fitri yang bakal menjelang. Lazimnya, ia menjadi satu kemestian untuk berpakaian baharu pada hari raya pertama. Justeru itu, Hijabista akan kongsi pilihan yang sesuai untuk hijabi jadikan inspirasi membeli malah bergaya dengan harga yang berpatutan.
Warga Malaysia boleh mencari gaya unik mereka dalam koleksi raya SHEIN yang menampilkan busana sopan dengan pelbagai rekaan yang menarik, bergaya dan berkualiti yang sesuai untuk hampir semua personaliti.
Ads
Suai padankan secara ‘mix and match’ pakaian raya untuk menyerlahkan penampilan anda, untuk sama ada untuk berhari raya bersama keluarga dan rakan-rakan atau sekadar menyertai kemeriahan perayaan ini. Tambahan pula, trend ini akan bertahan lebih lama dan boleh digayakan selepas hari raya.
Matlamat utama jenama antarabangsa untuk memperkasakan individu bagi mencari identiti fesyen, keperibadian dan kreativiti mereka tersendiri melalui fesyen. Koleksi hari raya tahun ini mencerminkan etos tersebut dengan membawakan rangkaian pakaian sopan yang berwarna terang serta berkepelbagaian yang merangkumi budaya Malaysia yang kaya.
Ads
Daripada rekaan busana yang ranggi kepada siluet feminin yang lembut, segalanya untuk melengkapkan busana dalam gerobok pakaian anda.
Fesyen bukanlah sekadar pakaian, ia merupakan satu saluran yang sempurna untuk menyerlahkan keperibadian unik setiap individu dan juga satu cara yang hebat untuk berhubung dengan individu lain. Raikan kepelbagaian dan keterangkuman di dalam sesebuah komuniti, bawakan trend dan gaya fesyen terkini yang menggarap intipati perayaan di mana fesyen bertemu dengan budaya dan komuniti.
Oleh yang demikian, pada hari raya ini, jadikan platform ini sebagai kedai sehenti anda untuk mendapatkan semua keperluan perayaan, daripada fesyen, hiasan rumah, keperluan dapur, produk kecantikan dan penjagaan kulit dan banyak lagi. Tawaran rangkaian produk yang luas yang boleh diperolehi oleh warga Malaysia dari keselesaan rumah anda sendiri bagi menjadikan persiapan hari raya lebih mudah.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Seperti biasa anda bangun pagi dan melakukan rutin harian anda. Selepas mandi, anda sedang bersiap, tiba-tiba mulut anda rasa masin yang amat melampau! Ibarat anda telan air laut!
Rasa masin yang terjadi di dalam mulut boleh terjadi pada mana-mana orang sahaja. Bagi individu yang mengalami masalah ini, mereka akan merasakan ketidakselesaan dari semasa ke semasa, bahkan, makan masa minggu atau sebulan.
Setiap masalah pasti ada pucuk pangkalnya, sudah tentu anda ingin tahu dari mana i berpunca. Melalui artikel ini, anda akan mengetahui lebih lanjut mengenai sebab-sebab juga penyelesaian bagi masalah ini supaya kita mendapat lebih penjelasan tentangnya.
Lepas makan makanan yang masin, seperti kerepek, ikan bilis dan lain-lain, sisa makanan yang tinggal di dalam mulut akan tertinggal dalam beberapa saat. Namun, ada terdapat kejadian di mana rasa masin ini terjadi dalam kadar masa yang lama. Ia pulak terjadi setibanya anda bangun dari tidur dan juga ketika anda makan makanan yang tidak ada rasa masin. Kondisi ini boleh terjadi untuk menunjukkan masalah kesihatan badan.
Masalah anda yang mengalami rasa masin di mulut pasti akan membuatkan anda rasa tidak selesa. Anda juga telah menggunakan pelbagai cara untuk menghilangkan rasa sensasi yang tidak enak itu, tetapi ia masih lagi rasa yang sama. Menurut hellosehat, ada antara punca kenapa rasa masin ini terjadi, antaranya:-
1. Mulut kering
Orang yang mengalami masalah seperti mulut kering akan sering merasakan satu sensasi seolah-olah ada bola-bola kapas di mulut yang terasa masin. Gangguan mulut ini selalunya terjadi pada mereka yang kerap merokok atau boleh juga terjadi pada mereka yang makan ubat-ubat tertentu yang memberikan kesan sampingan. Gejala lain yang terjadi juga adalah:-
Rasa melekit di dalam mulut
Nafas jadi berbau
Tekak sakit
Suara menjadi serak
Masalah mulut yang rasa masin ini boleh di atasi dengan mudah apabila anda mula mengambil kadar air yang mencukupi untuk kekal hidrasi. Anda juga boleh mengunyah gula-gula getah untuk melegakan simptom dan merangsang pengeluaran air liur. Hal ini kerana ia membantu mulut anda untuk kekal dalam keadaan lembap dan dapat mengurangkan sensasi rasa masin dalam mulut.
2. Dehidrasi atau kurang minum air
Salah satu punca yang membuatkan mulut terasa masin adalah dehidrasi! Apabila badan anda kurang dan tidak mencukupi air seperti yang sepatutnya, paras garam dan air dalm badan akan menjadi tidak seimbang. Maka, air liur yang terkeluar akan mula menjadi masin dan semakin masin. Selain dari itu, dehidrasi juga boleh mengakibatkan masalah lain seperti:-
Anda terlalu dahaga
Jarang membuang air kecil
Warna air kencing anda menjadi gelap atau keruh
Selalu letih
Kerap pening
3. Gusi berdarah
Rasa masin yang terjadi dalam mulut juga boleh berpunca di sebabkan rasa logam di dalam mulut yang boleh juga di panggil sebagai dysgeusia, atau erti kata lain penyimpangan sensasi rasa. Keadaan mulut atau nafas yang ada berbau zat besi boleh mengganggu seseorang individu yang menyukarkan mereka untuk rasa makanan dan minuman.
4. Jangkitan mulut
Gusi yang berdarah jika tidak di rawat akan menyebabkan satu jangkitan yang di panggil periodontitis. Gejala penyakit ini akan menyebabkan seseorang individu itu alami perkara seperti:-
Lidah terasa masin
Nafas berbau
Gigi anda boleh tercabut
Gusi akan bernanah
Jangkitan pada mulut sebenarnya tidak merbahaya selagi anda ambil langkah berjaga-jaga unutk merawatnya. Jika tidak, anda mungkin akan mengalami masalah yang lebih teruk di mana ia boleh merosakkan gigi dan membawa kepada komplikasi penyakit gusi.
5. Lendir dari hidung
Lendir dari hidung yang terlalu banyak boleh menyebabkan anda menelan lendir itu di bahagian belakang tekak. Apabila lendir mula bercampur dengan air liur di dalam mulut, rasa masin akan mula terasa pada lidah. Anda juga berkemungkinan akan mengalami masalah hidung tersumbat, hidung berair, dan kesukaran untuk bernafas.
Jadi jika anda ada masalah seperti ini, anda boleh cuba untuk kekalkan kadar air yang mencukupi dan pastikan anda sentiasa hidrasi. Jika ia masih berlarutan, anda boleh terus berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat dan rawatan yang sepatutnya.
Pempengaruh ini mencuba satu celak ‘tradisional’ yang cukup menarik. Namun, ramai yang risau dengan cara untuk memakai celak tersebut bila dia mula meletakkan dia mata.
Dunia media sudah tentu akan menghiburkan dan mendidik kita dengan sesuatu benda yang baru setiap hari. Hari ini kita dapat lihat tutorial solekan pemakaian celak ‘tradisional’ oleh pempengaruh Sofea Shra, @sfeashraa.
Dia yang terkenal dengan menggayakan gaya hijab yang simple dan menarik sering menjadi perhatian orang ramai. Kali ini, percubaannya menggunakan celak ‘tradisional’ ini agak merisaukan ramai orang.
Celak yang dia gunakan adalah celak Ithmid iaitu celak yang sering digunakan oleh orang Arab. Alatan solekan ini sangat menarik kerana ia di dalam bekas kecil yang di datangkan bersama besi halus yang digunakan untuk hasilkan solekan celak.
Di dalam video itu dia menyatakan keterujaannya untuk mencuba alat solek tersebut. Ianya cuma kecil sahaja berbanding dengan apa yang dia bayangkan.
Apabila dia mulai menggunakan alatan itu dengan semua agak terkejut. Cara gunakannya perlu di gosokkan besi kecil itu di antara kelopak mata untuk menghasilkan garisan cantik di ‘water line‘ mata.
Katanya, ia agak susah untuk di gunakan tetapi cukup menarik di samping mempunyai kebaikan tersendiri. Tambahan lagi, produk itu di sarankan untuk digunakan sewaktu sebelum tidur.
“Tak sakit ke bila gosok di mata?” – warganet
Sofea menyatakan di dalam video itu tiada rasa sakit meski pun kelihatan agak ‘memeritkan’. Katanya dia terlebih rasa geli-geli sewaktu menggunakan alatan itu.
Meninjau di ruangan komen, sudah tentu ramai yang memberikan reaksi yang pelbagai. Rata-ratanya menyatakan penggunaan alat itu agak ‘menyeramkan’.
“Weh kita pulak seriau tengok dia pakai tu..,
“Takut lah macam cucuk mata, tapi menarik!” antara mereka yang agak terkejut dan takut melihat cara pemakaiannya.
Tetapi ada juga segelintir komen yang menyatakan kebaikan memakai celak ini. Ianya bagus untuk bantu masalah rabun.
Ulang kicau di tweet membuat ramai untuk berkongsi fasa yang rakyat Itali telah lalui. Berikutan ramai rakyat Malaysia masih tidak faham dengan tindakan kerajaan anjurkan. Hijabista ingin berkongsi 6 fasa Covid-19 yang dia lami rakyat Itali dan Malaysia tahap 3.
Mohon baca sampai habis sgt berguna sbg panduan utk masa kuarantin skrg…
6 Fasa Covid-19 Yang Rakyat Italy Dah Lalui. Malaysia Di Fasa 3 Sekarang
Baca sampai habis – Sebab anda akan faham apa yang rakyat Itali telah lalui dan apa yang rakyat Malaysia bakal lalui jika situasi tidak berubah.
Itali adalah contoh terdekat – Ambil sebagai panduan untuk persediaan menghadapi Covid-19. Apa yang mereka telah lalu, sedang kita lalu dan bakal kita lalui.
Sejujurnya, hingga kini *Italy masih belum berjaya mengawal Virus ini.* Dalam tempoh 24 jam, mereka mencatatkan *3500 kes Covid-19 yang baru.* Jumlah semasa di negara mereka 31,506 kes.
Dari segi progress, *kita hanya 2 minggu di belakang mereka.* Seikhlas hati saya nak cakap, masih ramai rakyat Malaysia yang ambil mudah, tak kisah, tak takut dengan gejala Covid-19 ini.
Semalam, hari pertama *Kawalan Pergerakan* yang diarahkan oleh kerajaan, masih ada kedai makan yang buka pagi ini dan orang makan di dalamnya secara berkumpulan. Hari ini, di KL kebanyakkan taman taman dah di tutup oleh pihak DBKL. Tapi, uncle dan auntie di KL berpusu pusu ke Bukit Kiara untuk ‘bersenam’ dan aerobik di sana. Di banyak tempat, banyak geng muda hari ni yang ‘berbasikal’ untuk pusing pusing. Exercise katanya.
Hari ini juga, ramai orang muda dari Kuala Lumpur yang merupakan bandar yang mencatatkan bilangan pesakit tertinggi di Malaysia telah sampai di kampung halaman masing masing. Mereka menggunakan kesempatan cuti sekolah dan cuti tempat kerja untuk ‘bercuti’ di kampung dengan ibu bapa tersayang.
Walaupun hakikatnya, kerajaan sudah memerintahkan Kawalan Pergerakan. *Saya rasa RAKYAT MALAYSIA TAK SEDAR DAN TAK FAHAM apa yang dimaksudkan.* Kita hanya akan sedar betapa serius masalah ini bila kita baca artikel ini atau bila kita melalui sendiri.
Di Itali, seorang rakyat Itali telah berkongsi situasi yang dilalui oleh mereka menghadapi Covid-19. Jaso Yonowitz telah menulis 6 Fasa Covid-19 Yang Dilalui Rakyat Italy. Penulisan beliau di Twitter mendapat jumlah Re-tweet yang sangat tinggi. Saya tulis balik 6 Fasa yang dilalui oleh mereka dan sesuaikan dengan situasi di Malaysia yang sedang kita lalui.
Fasa 1
Ramai orang mula tahu dan dengar mengenai penyakit berjangkit Covid-19 di Wuhan China. Tapi sebab ia berlaku di luar negara, ramai tak ambil port sebab merasakan ia tidak penting.
Tiba tiba, ‘kes pertama Covid-19’ sampai ke negara. Ini adalah permulaan kepada sebuah penderitaan yang berpanjangan.
Di Malaysia kes pertama dikesan pada 25 Januari 2020.
Pada waktu ini, pihak berkuasa mengatakan keadaan masih terkawal dan rakyat diminta untuk tidak panik.
Di luar negara, terutama di China, jumlah peningkatan tersangat banyak dan mengejutkan. Ia seperti tidak dapat dikawal.
6.Tapi di negara kita, bilangan kes semakin bertambah. Kebanyakkan kes datang dari luar negara iaitu China.
7.Atas sebab ekonomi, pihak kerajaan pada waktu itu masih tidak mahu menutup pelancong yang datang dari China.
8.Ia situasi yang sama dihadapi oleh Italy pada peringkat awal. Kita dah lalui fasa ini.
Fasa 2
Jumlah pesakit semakin meningkat. Makin ramai pelancong yang datang ke negara telah pun mendapat jangkitan Covid-19 dari negara asal. Cuma kesan dirasai ketika melancong.
Ada juga rakyat Malaysia yang ke luar negara dan terkena jangkitan di luar negara membawa balik virus itu ke Malaysia tanpa sedar.
Pada stage ini, ada Menteri yang bijak mengatakan _”Covid-19 tidak memberi kesan ekonomi terhadap Malaysia”.”
Disebabkan Covid-19 penyakit berjangkit, pihak kerajaan mula menjejaki mereka yang pernah ada ‘contact’ dengan pesakit yang sudah disahkan. Mereka yang ada ‘contact’ diminta untuk membuat pemeriksaan.
Dalam masa yang sangat cepat, penyakit mula berjangkit kepada rakyat tempatan.
Waktu ini, pihak berkuasa mula mengarahkan Self Quarantine terhadap mereka yang close contact dengan pesakit.
Syarikat yang staf mereka didapati positif mula ‘menutup’ bangunan dan meminta staf bekerja dari rumah untuk kerja kerja pembersihan.
Makin ramai pelancong dari China yang datang ke negara disahkan positif. Kerajaan terpaksa buat keputusan untuk ‘tidak menerima kapal terbang dari Wuhan dan bandar yang terjejas teruk dengan Covid-19 dari China.” Atas dasar ekonomi, pelancong dari tempat lain di China masih boleh datang ke Malaysia.
Waktu ini, peringatan demi peringatan diberikan kepada rakyat Malaysia.
Tapi, hidup berjalan seperti biasa. Meeting berjalan seperti biasa. Kedai semua di buka seperti biasa. Kerja seperti biasa.
Namun, bilangan pesakit semakin bertambah.
Fasa ini lebih kurang sama yang dilakukan oleh kerajaan Itali dan kerajaan Malaysia. Fasa ini juga telah kita lalui.
Fasa 3
Tiba tiba jumlah peningkatan pesakit meningkat mendadak. Kes sudah berjangkit dikalangan penduduk tempatan. Malaysia sekarang berada di Fasa Ketiga ini.
Hospital semakin dipenuhi dengan pesakit dan juga mereka yang dikuarantin. Pemeriksaan Covid-19 terpaksa di lakukan ke atas ribuan suspek.
Pihak pegawai kesihatan mula keletihan kerana terpaksa bekerja lebih masa dan merawat pesakit dengan pakaian keselamatan yang kurang selesa.
Negara mula mencatatkan kematian atas kes terdahulu.
Di Italy, Covid 19 hanya serius di 1/4 dari keseluruhan bandar bandar utama sahaja. Untuk itu, pada peringkat awal kerajaan menyisytiharkan penutupan sekolah, komuniti dan tempat kerja di 4 bandar utama ini.
Waktu ini, restoran, kerja kerja penting masih dibuka seperti biasa.
Sewaktu pengisytiharan KAWALAN PERGERAKAN di bandar bandar ini, hampir 10,000 rakyat Italy di Kawasan yang dijangkiti penyakit ini telah ‘pulang’ ke kampung halaman untuk bertemu dengan keluarga mereka di bandar bandar yang kurang dijangkiti penyakit.
Ini kesilapan besar yang dilakukan oleh rakyat Itali. Mereka telah keluar dari tempat wabak dan menjadi punca untuk tersebar penyakit di tempat lain.
Arahan pihak kerajaan untuk kekal di rumah masing masing diabaikan. Sebaliknya mereka ‘balik’ kampung dan ‘lari’ dari tempat wabak.
Ketika ini, di media social, di televisyen, di whatsapp, ramai orang berkongsi mengenai Covid-19 ini. Semua orang baca, tapi tak ramai yang ambil serius.
Situasi di Italy, sama seperti yang berlaku di Malaysia. Kerajaan melalui MKN memutuskan untuk Kawalan Pergerakan bermula 18 March – 31 March 2020. Tempoh kawalan selama 14 hari. Matlamat kerajaan adalah untuk memastikan orang ramai kekal di dalam rumah dan mengurangkan aktitivi berkumpul dan berjumpa dengan orang lain. Semua masjd dan surau serta rumah ibadah ditutup sepanjang tempoh ini.
Namun, apa yang berlaku malam tadi amat menyakitkan. Kita mengulangi kesilapan yang dilakukan oleh Itali. Kesilapan terbesar mereka kita lakukan.
Malam tadi, ramai penduduk di Kuala Lumpur pulang ke kampung halaman masing masing untuk ‘bercuti’ dengan keluarga di kampung. Anda boleh tengok, di lebuh raya menuju ke Kelantan di Gombak, plaza tol sesak teruk. Di TBS para pelajar berpusu pusu balik ke kampung setelah mendapat arahan dari pihak atasan untuk mengosongkan asrama. Di KL Sentral keretapi ke semua arah penuh. Di lebuh raya utara selatan malam tadi jammm. Belum dikira di balai polis malam tadi penuh disebabkan rakyat nak mohon untuk travel keluar daerah.
Tanpa kita sedar, mereka yang tinggal di Kuala Lumpur yang mempunyai rekod pesakit yang tinggi di sana telah balik ke kampung halaman masing masing di seluruh negara.
Bayangkan, betapa tinggi risiko sedang dihadapi oleh ibu bapa dan sedara mara di kampung yang masih sihat.
Malaysia sekarang berada di fasa ini. Lebih kurang 2 minggu lepas, Itali berada di fasa ini.
Fasa 4
Di Itali, pada fasa ini. Peningkatan kes baru meningkat ribuan kes setiap hari. Keadaan semakin tidak terkawal.
Semua sekolah dan university di seluruh Itali diperintah tutup.
Di hospital, bilangan doktor dan jururawat tidak mencukupi. Mereka terpaksa memanggil doktor yang telah pencen untuk membantu. Tidak kurang, mereka memanggil pelajar jurusan perubatan dan nursing di tahun akhir untuk membantu di lapangan.
Mereka bekerja tanpa mengira shift. Ada yang bekerja lebih dari 24 jam kerana kekurangan kaki tangan dan bilangan pesakit yang bertambah.
Ada diantara mereka yang memakai pampers di dalam pakaian mereka. Mereka tiada masa untuk ke tandas sebab setiap kali dibuka pakaian keselamatan itu, merekta terdedah dengan virus ke badan mereka.
Itali sudah sampai ke fasa ini.
Fasa 5
Ingat 10,000 rakyat Itali yang ‘melarikan’ diri ke kampung halaman masing masing untuk bercuti dengan keluarga. Nak jumpa ibu bapa mereka.
Kesan mula terasa. Seperti ada satu gelombang yang besar. Selepas 10 hari mereka sampai di kampung halaman, virus Covid 19 tersebar secara meluas di seluruh Italy. Ibu bapa mereka mula dijangkiti virus ini. Contact contact yang mereka buat di kampung juga turut terlibat. Rakan rakan yang mereka jumpa di kampung mula sakit.
Kes meningkat lagi sekali secara mendadak.
Sudah ada doctor dan nurse yang terjangkit dengan virus ini.
Hospital sudah penuh. Mereka terpaksa merawat pesakit di Gudang, di stor, di khemah.
Bilangan pesakit yang kronik terutama dari kalangan warga emas mula mengalami masalah pneumonia. Mereka perlukan bantuan pernafasan. Tapi bilangan tangki oksigen tidak mencukupi. Doktor terpaksa memilih, siapa yang perlu diselamatkan dan siapa yang akan mati. Keutamaan diberi kepada mereka yang mempunyai peluang rawatan yang tinggi untuk baik. Mereka yang sakit teruk, terpaksa dibiarkan mati.
Para doctor dan nurse yang keletihan mula buat video memohon rakyat untuk betul betul lockdown di rumah.
Di Malaysia, jikalau yang balik kampung malam tadi mula menjadi penyebar Covid-19, kesan akan mula dirasai pada 1 April nanti.
Pada fasa ini, masalah di Itali masih belum selesai.
Fasa 6
Peningkatan kes baru di seluruh negara meningkat mendadak. 3 hari terakhir, jumlah kes baru melebihi 3000 kes setiap hari.
Akhirnya, 12 March lepas, 6 hari lalu kerajaan Italy mengarahkan TOTAL LOCKDOWN DI SELURUH NEGARA.
Mana mana individu yang keluar rumah perlu ada Certificate untuk keluar dengan tujuan yang strict.
Siapa yang didapati salah, keluar dari rumah tanpa alasan yang kukuh di denda 206 EURO.
Hanya dibenarkan keluar untuk beli makanan atau ke ke hospital sahaja.
Selepas perintah berkurang ni dimulakan 6 hari yang lalu, kini baru Total Isolation Berjaya dilakukan di seluruh Italy. Mereka yang sakit tidak akan menyebarkan penyakit ke luar. Tapi, kesan penurunan hanya akan dapat di lihat selepa 14 hari.
Sebab itu, sekarang new cas setiap hari adalah 3000. Ia kesan daripada SIKAP RAKYAT ITALI terdahulu yang tak serious mengikuti peraturan yang kerajaan sediakan.
Jika di lihat di China, new case setiap hari dah turun secara mendadak. Ini disebabkan kerajaan China sudah mengeluarkan perintah LOCKDOWN secara tegas
Belajarlah dari kesilapan rakyat Itali.
Buat rakyat Malaysia yang sudah pun pulang ke kampung halaman, jangan seronok sangat. Jangan ingat anda bebas dari Covid-19. Semoga kita bukan penyebab kematian ibu bapa kita sebagai penyebar Covid-19 kepada mereka.
Jika dah balik ke kampung, elak lah bertemu dengan rakan rakan, jiran jiran. Lock down lah di rumah masing masing. Jaga anak anak, elakkan anak anak dari berjalan merata rata. Berdoalah sama sama, solat hajat, solat taubat, minta Allah mudahkan urusan kita.
Satu jer saya nak pesan, _”Elak terkena jangkita Corona Virus ni sekarang. Sebab kalau kita kena sekarang, lagi 14 hari baru nak rasa kesannya. Waktu tu, Hospital dah penuh. Tak ada tempat dah untuk kita. So, berhati hatilah….”_
*Mohon SHARE.* Biar Ramai Orang Faham Apa Yang Bakal Terjadi Kalau Kita Tidak Berubah
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Malah, jika dilihat menerusi perkembangan terkini di laman sosial miliknya, kehidupan anak saudara kepada pelakon veteran Wan Maimunah itu kini lebih kepada...