Serlahkan Gaya Baju Raya Dengan Padanan Warna Hijab Yang Tepat. Ini Panduannya!

Share

Aura raya tahun ini lain dari tahun lepas, walaupun masih tidak dibenarkan merentas negeri. Baru sahaja minggu pertama puasa ramai sudah berfikir-fikir tema warna baju raya. Menjadi satu kewajipan seisi keluarga menentukan warna tema tahunan.

Namun apa yang hijabista mahu kongsikan kali ini adalah padanan warna tudung hijabi. Seringkali padanan yang asal boleh dibuat kerana penekanan pada warna baju terlebih dahulu.

Silap ya! Salah pilih warna mungkin wajah anda akan tampak kusam dan gaya padanan akan suram dan serba tak kena. Jadi sedikit panduan asas dari guru imej Pn Mary dapat membantu hijabi memilih padanan warna yang betul.

Kuning mustard

Baju raya warna kuning mustard? Kuning mustard sesuai untuk mereka yang berkulit gelap mahupun cerah, kedua-duanya akan menyerlah. Namun apabila dipadankan dengan warna hijab yang sesuai ditambahkan lagi dengan solekan natural, anda pasti tidak salah gaya di pagi raya.

Koleksi ZALORAYA2021 boleh dibeli atas talian Zalora

Pandanan warna hijab: Kelabu, ungu, merah jambu & hijau

Dusty Rose/Pink

Nama sebenarnya Dusty Rose. Sampai ke Malaysia, namanya ditukar menjadi Pink Belacan. Orang Malaysia memang kreatif! Warna yang lembut dan pastel ini

Koleksi ZALORAYA2021 PiecesByRaeesa boleh dibeli atas talian Zalora

ini memang masih lagi warna baju kegemaran ramai. Mana-mana jenama pakaian akan mengeluarkan warna ini di store mahupun atas talian. Jadi apakah warna tudung yang sesuai untuk baju raya berwarna pink belacan? Kalau boleh elakkan warna yang senada.

Pandanan warna hijab: Biru pastel, Silky Yellow Green, Ungu, Biru Firus

Merah

Raya tahun ini baju raya warna merah! Wow selalunya memang tak ramai yang berani nak cuba warna merah Mak Ngah ni. Ada sahaja warna yang sesuai dipadankan asalkan berani mencuba. Ini beberapa warna tudung, baju warna maroon juga boleh aplikasi tip ini juga.

Koleksi ZALORAYA2021 boleh dibeli atas talian Zalora

Pandanan warna hijab: Kuning Emas, Biru pastel, Pink, Coklat Krim (Boleh juga padankan dengan Mint green)

Kelabu

Selalunya yang sudah berpasangan, En Suami memang gemar warna-warna selamat seperti hitam atau kelabu. Sudahnya Cik Isteri yang pening nak cari padanan warna hijab bukan? Apakah warna tudung yang sesuai?

Koleksi ZALORAYA2021 Lubna boleh dibeli atas talian Zalora

Kelabu adalah salah satu daripada 5 warna neutral. Selain kelabu, warna neutral yang lain ialah putih, hitam, biru navy dan coklat/perang. Sifat warna neutral adalah ia sesuai dipadankan dengan semua jenis warna.

Pandanan warna hijab: Merah, Biru, Turqoise, Ungu

Tip tambahan untuk padanan warna neutral:

Koleksi ZALORAYA2021 Zalia boleh dibeli atas talian Zalora

1. Warna neutral yang bersifat gelap atau pekat, sesuai dipadankan dengan warna lain yang bersifat lembut atau terang.

Contoh: Baju kelabu gelap padankan dengan tudung biru pastel

2. Warna neutral yang bersifat lembut, cair atau pastel, sesuai dipadankan dengan warna lain yang bersifat gelap atau pekat.

Contoh: Baju coklat lembut (soft brown) padankan dengan tudung merah gelap atau maroon.

Hijau lembut atau mint green

Warna ini juga salah satu warna kegemaran tema hari raya. Tetapi hrus berjaga-jaga salah pilih warna penampilan tampak malap. Hijabi yang kulit cerah akan Nampak pucat lesi. Cadangan padanan warna ini mungkin dapat membantu anda. Kena gayanya pasti anda Nampak ayu bergaya.

Koleksi ZALORAYA2021 Petra boleh dibeli atas talian Zalora

Pandanan warna hijab: Silky Yellow Green, Blue Tiffany, Blue Sky

Jadi tak perlu kusut mencari padanan tudung raya, boleh juga buat panduan untuk majlis perkahwinan sebagai ‘dulang girl’. Masih mencari baju raya hijabista kongsi beberapa koleksi baju raya yang boleh dibeli di atas talian Zalora

.

“Musim Raya ini sangat pasti menggembirakan anda kerana lebih banyak lagi tawaran dari ZALORA untuk pelanggan bagi persiapan meraikan Hari Raya – dari fesyen dan kecantikan hingga ke rumah dan kehidupan. Zalora dengan senang hati menyediakan persekitaran yang selamat dan berjauhan bagi pembeli untuk mengatur tradisi lebaran mereka. ZALORA komited untuk membawa jenama terbaik dan bekerjasama dengan pereka pakaian sederhana yang disukai untuk memberi kegembiraan dalam perayaan Raya setiap orang, ”kata Shasha Ahmad, Ketua Pakaian Modest.

Koleksi ZALORAYA2021 boleh dibeli atas talian Zalora

Koleksi # ZALORAYA2021 menampilkan kolaborasi pereka yang sangat digemari seperti PETRA, NH oleh Nurita Harith, Ezzati Amira, Yadotsa, TAS oleh Tom Abang Saufi, FK oleh Farah Khan, Bellapizo dan Naelofar. Tahun ini, ZALORA juga memulakan koleksi kolaborasi pertama dengan Pieces by Raeesa dan koleksi pakaian sederhana yang berkelanjutan dengan Earth oleh Zalia Basics.

Published by
SH