Makanan Korea kini bukanlah sesuatu yang asing lagi buat masyarakat di Malaysia. Fenomena muzik K-pop, pengaruh drama Korea(K-Drama) yang mula ditayangkan di pelbagai saluran televisyen dan platform media membuatkan orang ramai tertarik dan ingin mencuba pelbagai makanan Korea. Bahkan, pelbagai restoran makanan Korea yang dah ada di Malaysia seperti Kyochon, Sopoong, Dubuyo, Mr. Dakgalbi, dan banyak lagi!
Sebut je pasal makanan Korea, perkara pertama yang terlintas di benak fikiran pastinya makanan seperti Kimchi, Tteokbokki, Bimbimbap, dan macam-macam lagi. Tapi sebenarnya, ada banyak lagi makanan Korea yang hijabi patut tahu. Contohnya seperti pencuci mulut dan kudapan Korea!
Kalau hijabi biasa layan K-Drama, mesti anda pernah melihat babak pelakon sedang menikmati satu pencuci mulut seperti ‘mini pancake’, iaitu Hotteok. Ia adalah makanan ringan dari Korea dan juga merupakan makanan jalanan (street food) yang popular di Korea Selatan. Katanya, ia sedap dimakan ketika panas!
Hotteok atau ‘Sweet Korean Pancake’ ialah sejenis lempeng Korea yang mempunyai isi di dalamnya. Hotteok ini diperbuat dari adunan tepung gandum, air, susu, gula dan yis. Intinya selalu dipenuhi dengan gula merah, madu, kacang dan serbuk kayu manis. Ia menjadi diantara pencuci mulut kegemaran masyarakat di Korea. Bukan itu sahaja, bintang global Korea; BTS juga sangat menggemari Hotteok ni tau!
Artikel berkaitan: Feeling Macam Di Korea, Ini Cara Untuk Masak Oden Sendiri Di Rumah. Senang Rupanya!
Kini, ada banyak variasi hotteok yang dijual, seperti hotteok teh hijau, hotteok jagung dan sebagainya. Namun, isi tradisionalnya iaitu kayu manis bersama kacang masih menjadi kegemaran ramai. Buat hijabi yang ingin mencuba resepi Hotteok ini, bolehlah ikuti resepi yang dikongsikan orang seorang pengguna di laman Facebook.
Ha…buat peminat K-Drama atau peminat makanan Korea, anda harus cuba resepi ini sekurang-kurangnya sekali dalam hidup tau. Yang paling penting, jangan lupa nikmati ketika ianya masih lagi panas, baru terasa kemanisan inti di dalamnya!
Artikel berkaitan: Hilangkan Kebosanan Dengan Hasilkan Ais Krim Malaysia Ala Magnum. Ini Resepinya!
Sumber: Facebook
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.