Bekas penyanyi dangdut popular, Iwan Syahman meluahkan rasa syukur apabila dua puterinya yang tersayang iaitu pelakon Oktovia Manrose dan Aprena Manrose kini sudah tampil dengan imej berhijab sepenuhnya.
Jelas Iwan, dia sering menasihati kedua-dua anak perempuannya itu namun tidak pernah memaksa mereka dalam soal mengenakan tudung.
Saya selalu jumpa anak-anak saya tarbiah. Saya kata ini rezeki kamu, kamu kena fikir bahawa rezeki ini berterusan kamu kena berubah. Bila dua orang anak saya Aprena dan Oktovia beritahu, papa saya dah tutup aurat. Alhamdulillah, bagus.
Tambah Iwan, dia hanya menasihati mereka namun yang mengubah dan menggerakkan hati mereka untuk berhijrah hanyalah kuasa Allah S.W.T.
Iwan juga berkata dia tidak pernah memutuskan hubungan silaturrahim dengan anak-anaknya meskipun sudah mempunyai keluarga sendiri.
Ujarnya, dia akan terus mendoakan agar anak-anaknya itu terus kekal istiqamah dalam penghijrahan mereka.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
sumber: mStar online